Antara Kate Middleton & Meghan Markle - Ini Satu Perbezaan KETARA 2 Puteri Diraja Cantik Itu!

Isu Kate Middleton vs Meghan Markle akan sentiasa timbul. Akan tetapi, ini sebenarnya satu perbezaan ketara antara kedua-dua puteri yang cantik ini!

Apabila Putera Harry mengahwini pelakon Hollywood, Meghan Markle 19 Mei lalu — mulalah netizen pun membandingkan antara Meghan dan Kate, isteri Putera William. Isu Kate Middleton vs Meghan Markle tidak asing lagi kini.

Tapi hakikatnya, penampilan luaran mereka berdua sama sahaja.

Kedua-dua wanita yang mengahwini putera Princess Diana ini mungkin memiliki latar belakang yang berbeza, namun Duchess of Cambridge dan Duchess of Sussex ini bijak menyesuaikan diri apabila memasuki kerabat Diraja.

Akan tetapi, Cheat Sheet baru-baru ini telah memaparkan satu perbezaan ketara antara Kate Middleton vs Meghan Markle yang akhirnya membuka mata rakyat untuk tidak lagi membandingkan mereka berdua.

Kate Middleton vs Meghan Markle: Satu Perbezaan Ketara Antara Kedua-dua Puteri Ini

kate middleton, meghan markle, kate middleton vs meghan markle, kate middleton meghan markle, kate middleton vs meghan markle wedding dress, kate middleton and meghan markle, kate middleton and meghan markle news, kate middleton and meghan markle relation,

Kredit gambar: Hello Magazine

Kate Middleton sudah mula bercinta dengan Putera William ketika dia masih remaja.

Ini bermaksud, beliau telah bercinta dengan Putera itu sedekad lalu, dan berpeluang mempelajari etika menjadi kerabat Diraja sebelum betul-betul mengahwini Putera William.

Oleh sebab Kate Middleton telah “disediakan” untuk menyertai kerabat Diraja, maka pendekatannya menggalas imej “Puteri Diraja” adalah lebih klasik berbanding Meghan. 

Duchess ini juga terpaksa lebih klasik, dan membawa imej yang sopan kerana Putera William akan menjadi Raja England. Jadi, Kate Middleton jarang melanggar peraturan Diraja.

Lain pula kesnya dengan pelakon Meghan Markle! Dia sudah berusia 30 tahun ketika mengahwini Putera Harry. 

Sebelum berkahwin dengan Putera tersebut, Meghan telah memiliki kerjayanya yang sendiri, dan hidup dengan bebas. Sebab itu ternyata Kate Middleton vs Meghan Markle tidak releven kerana kedua-duanya memiliki satu perbezaan ketara!

Kate Middleton vs Meghan Markle: Kedua-duanya berbeza, walaupun sama

kate middleton, meghan markle, kate middleton vs meghan markle, kate middleton meghan markle, kate middleton vs meghan markle wedding dress, kate middleton and meghan markle, kate middleton and meghan markle news, kate middleton and meghan markle relation,

Kredit gambar: People

Menurut Rupert Bell, komentar Diraja, dalam bahasa mudah, isu Kate Middleton vs Meghan Markle tidak patut wujud kerana kedua-duanya berbeza walaupun kelihatan sama!

“Kate lebih tradisional, seperti bunga ros English. Tapi Meghan pula sebaliknya. Beliau sangat berbeza! Beliau seorang yang berkeyakinan, sudah memiliki karier berjaya sendiri. Memasuki dunia Kerabat Diraja di mana semuanya berlandaskan peraturan, etika dan tata susila amat berbeza untuk mereka berdua. Akan tetapi, ini tidak bermaksud Meghan tidak dapat menyesuaikan diri. Beliau bijak mengendalikan situasi sukar, dan tidak “terikat” untuk mematuhi semua peraturan.

Sebab itu juga beliau ingin keluar dari Istana Kensington. Kerana bagi Meghan, apabila dia bersama mereka berempat (Putera William, Kate Middleton, dan Putera Harry), rakyat akan bercakap tentangnya sahaja. Meghan memiliki personalitinya tersendiri dan beliau akan terus sedemikian.”

Kate Middleton vs Meghan Markle: Apa Sebenarnya Rahsia Hubungan Mereka Berdua?

kate middleton, meghan markle, kate middleton vs meghan markle, kate middleton meghan markle, kate middleton vs meghan markle wedding dress, kate middleton and meghan markle, kate middleton and meghan markle news, kate middleton and meghan markle relation,

Oleh sebab Kate Middleton dan Meghan Markle tidak memiliki personaliti yang sama, maka mereka tidaklah terlalu rapat.

Akan tetapi, hubungan di antara mereka berdua tidaklah seteruk yang dilaporkan media Hollywood! Sebenarnya, hubungan Kate dan Meghan lebih rapat daripada apa yang digembar-gemburkan.

Ketika Duchess of Cambridge itu sedang hamil anak ketiganya, Putera Louis, Meghan selalu menemani Puteri itu ketika morning sicknessnya teruk sekali.

Malah, Meghan juga dilaporkan selalu datang ke apartment Kate untuk menawarkan sebarang bantuan. Awww, comel sungguh, kan?

Kate Middleton vs Meghan Markle: Mereka Akan Dibandingkan Selama-Lamanya

Akan tetapi, Kate dan Meghan sendiri faham yang mereka berdua akan sering dibandingkan, walaupun mereka cuba menjadi yang terbaik.

Jadi kini, mereka hanya meneruskan hidup seperti biasa, sebagai kerabat Diraja, dan aktif melakukan aktiviti amal.

Meghan Markle juga sedang hamil dan bakal bersalin pada akhir April atau awal Mei 2019 kelak. Semoga semuanya selamat untuk kelahiran bayi itu!

Tak sabar nak tengok bayi kerabat Diraja ini pula…

Anak siapa yang akan lebih comel? Anak Kate atau Meghan?

Sumber rujukan: Cheat Sheet

Baca juga:

6 peraturan pelik ketika bersalin bayi diRaja yang perlu Kate Middleton patuhi, kesiannya!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!