Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Tekanan perasaan, kemurungan dan kematian adalah antara contoh punca kepada masalah kesihatan mental di kalangan budak, remaja dan dewasa. Ketahui 6 pusat kesihatan mental terbaik di sekitar Lembah Klang!

Kaunseling adalah salah satu topik tabu dalam masyarakat kita kerana ia seringkali dianggap sebagai suatu perkara yang negatif. Yang sebenarnya, kaunseling adalah salah satu cara yang diiktiraf oleh pakar psikiatri sebagai satu kaedah berkesan untuk bantu lelaki dan wanita, tua dan muda dalam mengawal dan merawat masalah kesihatan mental. 

Hal ini sangat relevan dengan kami di theAsianparent kerana ramai ibu hamil, golongan bapa dan pasangan TTC yang mengalami masalah psikologi dan memang mencari kaunselor berdaftar untuk mendapatkan bantuan buat mereka menjadi lebih positif dan pulih di dalam menjalani dugaan kehidupan.

Kesihatan Mental Tidak Boleh Diambil Mudah

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Antara contoh masalah berkaitan kesihatan mental ialah kemurungan, tekanan perasaan, rasa rimas dan serabut melampau. Episod gelap yang terpaksa dilalui oleh individu ini mungkin berpunca daripada pelbagai faktor sosial, ekonomi dan kesihatan. Bagi kaum wanita, ia sering terjadi apabila hormon mereka tidak stabil. Contohnya disebabkan hamil atau kerana pengambilan ubat hormon untuk rawatan kesuburan.

Tanpa intervensi yang betul oleh pihak yang bertauliah seperti kaunselor berdaftar atau pakar psikologi, masalah kesihatan mental ini boleh melarat dan menyebabkan pelbagai masalah lain lagi.

Hubungan bersama pasangan dan anak-anak, karier seseorang boleh musnah akibat daripada masalah psikiatri yang tidak dikawal dan dirawat. Lebih merunsingkan apabila masalah mental ini membawa kepada tragedi yang menyakitkan orang di sekeliling atau perasaan ingin bunuh diri. 

Ketahui Perbezaan Psikiatri, Psikologi Dan Kaunseling

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Terlalu banyak istilah yang digunakan apabila berbincang tentang kesihatan mental dan psikiatri. Jika anda masih terasa keliru dengan istilah di atas, kami terangkan perbezaan beberapa istilah penting untuk anda mendapat gambaran yang lebih jelas. 

1. Psikiatri

Dari segi istilah, psikiatri merujuk kepada “cabang perubatan yang berkaitan dengan kajian dan rawatan gangguan mental". Orang yang bertauliah dalam bidang ini dipanggil Pakar Psikiatri (Psychiatrist). 

Mereka berpangkat doktor yang mempunyai kepakaran untuk merawat masalah pesakit mental seperti bipolar disorder, schizophrenia dan kemurungan. Pakar psikiatri menggunakan kombinasi kaedah psikoterapi dan ubat untuk membantu pesakit.

2. Psikologi

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi ialah “kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan per­lakuan manusia…". Mereka yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf dalam bidang ini dikenali sebagai Pakar Psikologi (Psychologist). 

Berbeza dengan Psyciatrist, Psychologist tidak mempunyai kuasa untuk memberikan ubat kepada pesakit yang sedang mendapat rawatan masalah psikologi. Teknik  yang digunakan untuk membantu pesakit tadi adalah lebih kepada membantu mereka untuk mengupas masalah yang sedang dihadapi – sama ada masalah emosi, sikap, atau daya belajar.

3. Kaunseling

Istilah kaunseling didefinisikan sebagai proses teratur yg melibatkan per­bincangan yg rapi tentang masalah yg diha­dapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Manakala kaunselor pula ialah individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi penasihat kepada orang lain yang meng­hadapi masalah peribadi dan hubungan antara dua pihak menerusi khidmat kaunseling.

Khidmat kaunseling biasanya ada disediakan di institusi pengajian dari peringkat sekolah rendah hingga universiti. Selain itu, kaunselor bertauliah juga ada di pusat kaunseling di bawah seliaan kerajaan dan pusat kaunseling swasta yang dikhususkan untuk individu, keluarga dan pasangan. 

Proses Kaunseling Yang Anda Harus Tahu

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Secara umumnya, semua pakar daripada bidang berkaitan kesihatan mental yang menggunakan kaedah terapi dalam pelan rawatan mereka akan menggunakan proses yang hampir sama. 

Jika anda bercadang untuk mendapatkan khidmat kaunselor berdaftar atau pakar psikiatri buat kali pertama, berikut adalah proses kaunseling yang anda akan lalui:

1. Bina hubungan dan kepercayaan

Proses pertama ini amat penting untuk kedua-dua pihak – anda dan juga kaunselor. Pada peringkat ini, sasaran utama kaunselor adalah untuk buat anda rasa selesa untuk bercakap dengan terbuka dan jujur semasa sesi psikologi kaunseling berjalan. 

2. Analisis keadaan dan situasi

Pada peringkat kedua ini, kaunselor akan minta untuk berkongsi tentang masalah, kerunsingan, punca tekanan yang dilalui dari akar umbi secara terus terang. Jika perlu, kaunselor juga akan bertanyakan beberapa soalan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dengan kondisi anda. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor itu membuat analisis yang tepat. 

3. Menetapkan matlamat bersama

Setelah penilaian dibuat, kaunselor akan menetapkan matlamat kepada proses kaunseling tersebut. Kebiasaannya matlamat itu adalah antara dua pilihan – untuk bantu anda dengan cara mengatasi atau berdamai dengan masalah yang dihadapi.

4. Pelan tindakan susulan

Yang terakhir dalam proses kaunseling melibatkan tindakan yang anda harus amalkan untuk melihat kesan atau hasil yang dikehendaki. Dari semasa ke semasa, kaunselor akan nilai progress anda dan beri cadangan tindakan lain mengikut keperluan.

5. Atasi masalah dengan efektif

Akhir sekali, apabila anda sudah menjadi lebih tenang, positif dan menunjukkan progres yang baik, seiring dengan matlamat yang ditetapkan, anda sudah dianggap berjaya! 

6 Pusat Kesihatan Mental Dan Kaunseling Berdaftar Terbaik di Malaysia

Sekarang anda dah tahu apakah proses yang akan anda lalui apabila anda mendapatkan khidmat psikologi kaunseling. Seterusnya, kami akan perkenalkan beberapa pusat yang menawarkan rawatan untuk masalah kesihatan mental yang terbaik di Malaysia. 

Jangan risau, semua pusat yang kami senaraikan ini berdaftar dan sudah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Lembaga Kaunselor Negara.

Pusat Kaunseling Dan Terapi Terbaik
The Mind Faculty
Lebih 20 orang pakar untuk bantu anda
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Soul Mechanics Therapy
Bantu mangsa trauma dengan kaunseling
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
MY Confidential
Khidmat kaunseling secara bersemuka dan atas talian
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
InPsych
Menyediakan rawatan kesihatan mental dan kaunseling sejak 2015
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Telos Mental Wellness
Sesi kaunseling pada harga berpatutan
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
The Help Talk
Khidmat kaunseling atas talian oleh kaunselor bertauliah
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

The Mind Faculty

Lebih 20 Orang Pakar Untuk Bantu Anda

kaunseling dan terapi mental

Klinik kesihatan mental premium The Mind Faculty ini mempunyai lebih daripada 20 orang pakar berdaftar yang bersedia untuk membantu individu dalam mendapat rawatan kesihatan mental. Bersesuaian dengan kepelbagaian khidmat rawatan yang disediakan, kaunselor dan pakar yang ada di sini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.

Terletak di Solaris Mont Kiara, The Mind Faculty menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai kategori seperti psychological assessment, terapi individu, kaunseling pasangan, terapi kanak-kanak dan remaja, pemulihan masalah ketagihan dan lain-lain lagi. 

Selain itu, The Mind Faculty juga mempunyai klinik dengan program rawatan yang lengkap untuk membantu mereka yang mempunyai masalah eating-disorder. Mereka yang memerlukan bantuan untuk menangani masalah eating-disorder akan mendapat rawatan dan konsultasi daripada pakar yang berbeza untuk setiap aspek yang berkaitan.

Contohnya, pakar psikologi untuk therapeutic intervention, pakar diet untuk kaunseling pemakanan dan terapi keluarga untuk menggalakkan suasana pemulihan yang lebih baik. 

Apa yang kami suka:

  • Satu pusat kesihatan mental yang menyediakan pelbagai jenis khidmat rawatan kesihatan mental, dengan pakar khas untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Profil pakar dan kaunselor yang meyakinkan, berkelulusan tinggi (Doctor, Professor, Consultant) serta berpengalaman yang luas merawat ramai pesakit.
  • Mengenakan caj RM150 untuk khidmat psychological assessment dan talk therapy di bawah program Associate Practitioner.

Soul Mechanics Therapy

Bantu Mangsa Trauma Dengan Kaunseling

kaunseling terbaik

Menggunakan trauma-informed approach, Soul Mechanics Therapy mempunyai kepakaran untuk membantu mangsa trauma untuk kembali menjadi individu yang gembira. Melalui pendekatan ini, mereka yang datang akan mempunyai hak untuk mengawal dan menentukan cara penjagaan diri dan rawatan yang dirasakan sesuai.

Soul Mechanics Therapy menyediakan khidmat kaunseling oleh kaunselor bertauliah dan pakar psikologi, bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi oleh individu yang datang. Yang paling penting, Soul Mechanics Therapy menyediakan ruang selamat dan selesa bagi mangsa trauma untuk melalui proses psikologi kaunseling yang efektif.

Dari segi caj untuk setiap rawatan pula, secara asasnya Soul Mechanics Therapy menggunakan caj yang disarankan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia iaitu RM250 untuk 60 minit. Tetapi kadar ini mungkin membebankan untuk sesetengah individu/keluarga yang berpendapatan bawah RM5000.

Jadi, bagi membantu golongan ini, Soul Mechanics Therapy ada menyediakan Sliding Scale Therapy di mana caj yang dikenakan adalah lebih rendah, dan perbezaan bayaran disubsidikan oleh pusat ini sendiri.

Apa yang kami suka:

  • Diasaskan oleh Devi Venashinee, salah seorang kaunselor berdaftar yang terkenal di Malaysia.
  • Satu pusat yang menyediakan pelbagai jenis khidmat berkaitan kesihatan mental termasuk khidmat kaunseling, psikiatri, psikologi kanak-kanak, terapi seni, terapi kecergasan dan macam-macam lagi.
  • Mempunyai pilihan khidmat kaunseling secara atas talian yang dikendalikan oleh kaunselor berdaftar dengan lebih dua tahun pengalaman.

MY Confidential

Khidmat Kaunseling Secara Bersemuka Dan Atas Talian 

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Berbeza dengan pusat sebelum ini yang menyediakan pakar daripada pelbagai bidang berkaitan kesihatan mental, MY Confidential adalah khusus sebagai pusat kaunseling semata-mata. Kategori perkhidmatan yang disediakan di sini ialah kaunseling individu, kaunseling pasangan, terapi keluarga, kumpulan sokongan dan pemeriksaan kesihatan mental.

Dengan pengkhususan ini, pusat ini mempunyai kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Negara dan berpengalaman untuk membantu mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, setiap kaunselor yang bertugas di MY Confidential juga mempunyai kelulusan sehingga peringkat Sarjana.

Caj untuk khidmat kaunseling yang disediakan adalah berbeza mengikut kategori, bermula serendah RM200 untuk kaunseling individu, sehingga RM550 untuk terapi keluarga. Tempoh kaunseling pula bergantung pada keadaan dan progress individu tersebut dalam menangani masalah mereka.

Apa yang kami suka:

  • Setiap kaunselor mempunyai profil yang lengkap tentang kepakaran masing-masing dan jenis terapi yang mereka akan gunakan.
  • Kaunselor mempunyai kebolehan berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Cantonese dan Tamil.
  • Juga mempunyai kaunselor yang mempunyai kelulusan terapi ABA untuk membantu mereka (terutama kanak-kanak) yang berada dalam spektrum Autisme.

InPsych

Menyediakan Rawatan Kesihatan Mental Dan Kaunseling Sejak 2015

psikologikal dan kaunseling

InPsych ialah pusat yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk merawat masalah berkaitan kesihatan mental. Pusat ini terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan beroperasi selama enam hari seminggu, Isnin hingga Sabtu, dengan janji temu sahaja. 

Antara kategori perkhidmatan yang disediakan di sini ialah individual counseling, couple/marriage counseling, terapi kanak-kanak dan remaja dan penilaian psikologi. Bilik rawatan untuk dewasa mempunyai susun atur yang lebih serius tetapi selesa, manakala bilik rawatan kanak-kanak pula adalah lebih ceria, sesuai dengan jiwa kanak-kanak.

Dengan lebih 15 orang pakar di bawah satu bumbung, pusat InPsych ini adalah antara pilihan terbaik untuk anda mendapatkan bantuan masalah kesihatan mental. Masalah personal yang berkaitan dengan mood, stress, perubahan hidup, krisis kehidupan dan hubungan adalah antara aspek yang boleh dirawat di pusat ini.

Apa yang kami suka:

  • Ada lebih daripada 5 clinical psychologist yang berpengalaman untuk membantu pesakit.
  • Mempunyai Sexuality Counselor yang khusus untuk memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan isu seksualiti.
  • Kaunselor yang bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Telos Mental Wellness

Sesi Kaunseling Pada Harga Berpatutan

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Terletak di Subang Jaya, Telos Mental Wellness berpegang kepada tagline menyediakan khidmat rawatan kesihatan mental pada harga berpatutan. Pendekatan yang digunakan di sini pula direka atau diolah khas mengikut keperluan, masalah dan keselesaan individu itu.

Jenis rawatan yang disediakan di sini termasuk terapi individu, terapi remaja, penilaian kesihatan mental dan program kesihatan pekerja. Telos Mental Wellness mempunyai 3 orang kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman untuk membantu anda melalui sesi kaunseling.

Berkenaan caj yang dikenakan, seiring dengan tagline pusat ini, kadar untuk kaunseling individu adalah antara RM120-RM140 untuk setiap sesi. Caj untuk penilaian kesihatan mental pula hanya RM80.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai kaunselor tetap dan sepenuh masa yang berdaftar dan bertauliah.
  • Kaunselor yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa – Bahasa Melayu, Inggeris, Chinese, Cantonese dan Hokkien.
  • Caj rawatan yang lebih murah berbanding pusat kesihatan mental lain.

The Help Talk

Khidmat Kaunseling Atas Talian Oleh Kaunselor Bertauliah

kaunseling atas talian

Menggunakan konsep kaunseling atas talian sepenuhnya, The Help Talk menyediakan kaunselor untuk membantu individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling. Setiap kaunselor, therapist atau pakar yang bertugas di sini wajib mempunyai kelulusan Sarjana dan mempunyai lesen atau kelulusan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Dengan platform atas talian ini, mereka yang memerlukan khidmat kaunseling dapat berhubung dengan kaunselor pilihan setelah menjawab beberapa soalan saringan awal. Cara komunikasi yang digunakan pula adalah dalam bentuk teks pesanan. 

Tiada jumlah maksimum untuk bilangan teks pesanan yang boleh diberikan oleh individu berdaftar kepada kaunselor. Kaunselor pula akan memberi maklum balas khusus satu kali setiap hari.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk mereka yang berada di luar kawasan Lembah Klang, kerana perkhidmatan ini adalah 100% secara atas talian.
  • The Help Talk akan mencari dan padankan anda dengan kaunselor yang sesuai dalam tempoh 24 jam sahaja.
  • Caj bulanan yang dikenakan yang sangat rendah iaitu RM192 sebulan.

Cara Kawal Perubahan Emosi Semasa Hamil

Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Ibu hamil tidak terkecuali di dalam mengalami masalah yang melibatkan mental. Seringkali kita dengar ibu hamil melalui tekanan perasan dan biasanya adalah mood swings. Semestinya mood swings atau perubahan emosi semasa hamil adalah normal, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan.

Semasa mengandung, badan ibu sedang melalui perubahan hormon dan fikiran ibu seringkali bercelaru memikirkan pelbagai senario dan kemungkinan.

Sama ada hal berkaitan kewangan, sosial, hubungan kekeluargaan atau macam-macam lagi. Mood swings yang tercetus kerana masalah ini adalah suatu perkara yang normal. Namun begitu, ini tidak bermakna ibu harus biarkan sahaja minda dan emosi dibuai dengan kecelaruan ini.

Tindakan harus diambil untuk mengawal perubahan emosi ini agar ibu dapat merasa lebih tenang, gembira dan selesa sepanjang tempoh hamil, dan yang paling penting – elakkan risiko untuk mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Semestinya ibu hamil juga boleh dan amat digalakkan untuk mendapatkan khidmat kaunseling, tetapi sebelum itu, ibu boleh cuba ikut langkah-langkah ini:

  1. Terima hakikat yang pergerakan dan tenaga ibu kini terbatas
  2. Bincang dengan pasangan tentang perasaan ibu dengan jujur
  3. Lakukan aktiviti yang buat anda gembira untuk kurangkan stress
  4. Kenalpasti punca masalah anda dan cuba cari penyelesaian terbaik
  5. Dapatkan perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor berlesen.

**Kerajaan mengambil serius hal kesihatan mental rakyat Malaysia ini dan ada menyediakan Talian Kasih untuk orang ramai menyalurkan aduan dan mendapatkan bantuan. Talian Kasih berfungsi selama 24 jam setiap hari dan adalah satu inisiatif di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental & Fizikal

Baca juga: Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!

Baca juga: Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng