9 Perubahan DAHSYAT Yang Akan Terjadi Pada Faraj Anda Lepas Bersalin, Tiada Siapa Beritahu Pun!
Kebanyakan doktor tidak akan menceritakan 7 keadaan faraj selepas bersalin berikut. Maka, adalah menjadi tugas anda untuk ambil tahu tentangnya sendiri!
Bersalin bukanlah mudah. Ada banyak perubahan dan keadaan faraj selepas bersalin yang tiada siapa pernah beritahu anda. Sebab itu hari ini, theAsianparent ingin mendedahkan 9 keadaan faraj selepas bersalin ini.
Ia bukanlah untuk menakut-nakutkan anda. Sebaliknya, siapa lagi yang harus tahu tentang keadaan faraj selepas bersalin, melainkan tuan badan itu sendiri?
Semuanya bermula sejak anda hamil lagi. Faraj akan mengalami beberapa perubahan yang mungkin anda tidak sedar. Berikut senarai 9 keadaan faraj selepas bersalin yang dikongsi sendiri oleh para ibu.
Doktor pun tak pernah beritahu semua perubahan ini, tau!
9 Keadaan Faraj Selepas Bersalin Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda
#1 Lendiran faraj akan jadi lebih kerap
Lendiran faraj yang normal akan berwarna sedikit jernih (atau pekat), dengan sedikit bau. Tapi apabila mengandung, anda akan perasan lendiran faraj jadi lebih kerap!
Malah warna dan baunya juga tidak terlalu menyenangkan. Jangan panik, lendiran ini akan berterusan sampai anda bersalin. Malah melalui lendiran faraj juga, anda boleh tahu sudah tiba masanya untuk bersalin!
Jika ada lendiran warna merah sedikit kecoklatan pada penghujung trimester, ha nak bersalin lah itu!
#2 Vagina akan “bengkak” seperti burger
Semasa hamil, salah satu perubahan ketara yang anda akan perasan adalah faraj seakan-akan “membengkak”. Ini kerana aliran darah dalam badan meningkat sebanyak 50% ketika anda hamil!
Malah, anda juga mungkin akan rasa sedikit sakit dan gatal di sekitar faraj sepanjang fasa kehamilan.
#3 Bau air kencing sedikit busuk
Ketika hamil juga, anda akan perasan yang bau air kencing lebih busuk daripada biasa. Ia normal kerana buah pinggang anda sedang memproses lebih banyak urin akibat hormon yang diperlukan bayi dalam kandungan.
#4 Faraj akan merenggang
Anda mungkin akan “terlebih” risau tentang perubahan ini, tapi jangan panik! Ketika trimester kedua, badan anda akan merembeskan hormon bernama relaxin.
Hormon ini akan menenangkan ligamen faraj agar ia boleh mengembangkan serviks. Pada trimester terakhir, perineum (tisu antara faraj dan dubur) pula akan merenggang!
#5 Bibir faraj mungkin akan ada lepuhan kecil
Ouch! Dengar macam sakit saja? Tapi ya, faraj anda juga berisiko untuk dinaiki lepuhan sama ada di bibir faraj, ataupun di labia minor. Lepuhan ini biasanya disebabkan virus.
#6 Faraj anda mungkin akan mengalami koyakan atau torehan
Jika proses bersalin ini adalah demi anak pertama anda, kemungkinan faraj anda akan mengalami koyakan dan torehan yang lebih daripada anak kedua.
Keadaan ini berlaku kerana pembukaan mulut rahim. Kadang-kadang, ia tidak cukup besar untuk memuatkan bayi keluar. Jadi, anda mungkin akan melalui episiotomi.
#7 Tak tahan kencing
Satu lagi keadaan faraj selepas bersalin yang anda patut tahu adalah keupayaan anda untuk menahan kencing mungkin akan semakin berkurangan.
Maka, anda akan cepat “terbabas” ketika bersin, mengangkat barang berat, ataupun ketika batuk! Hmmm…
Untuk mengatasi masalah ini, anda kena mengamalkan senaman Kegel agar otot pelviks dapat kembali ke bentuk asal semula.
#8 Anda kena berhadapan dengan jahitan…
Ini satu lagi keadaan faraj selepas bersalin yang harus anda lalui – jahitan lepas bersalin.
Biasanya, jahitan ini akan sembuh dalam masa 7 hingga 15 hari. Akan tetapi, ada juga ibu yang mengadu mereka mengalami tempoh penyembuhan yang lebih lama dan menyakitkan.
Jangan buat sebarang kerja berat sepanjang berpantang. Malah kalau nak duduk pun, duduk perlahan-lahan. Anda tidak mahu memberi kesan kepada vagina yang baru mengalami trauma bersalin, kan?
Tapi…. walaupun semua keadaan faraj selepas bersalin ini amat dahsyat, tiada apa yang mampu mengungkapkan betapa indahnya memori menjadi ibu dan memeluk bayi yang dikandung itu dalam pangkuan.
Salute kepada semua ibu-ibu di luar. Ketahuilah, anda seorang ibu dan wanita yang hebat!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Deepshikha dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: