Berpuasa terbukti dapat menyembuhkan kanser lebih baik dari kemoterapi!
Kajian baru menunjukkan kebaikan berpuasa iaitu ia dapat memulihkan sistem imunisasi dan menyembuhkan kanser lebih baik dari kemoterapi!
Sebagai umat Islam, kita berpuasa untuk melatih diri menahan nafsu dan juga untuk merasa apa yang orang susah rasai apabila tidak dapat makan tiga kali sehari seperti kita. Tapi apa kebaikan berpuasa pada tubuh badan kita?
Di Varat, sudah lama tercetusnya kontroversi tentang kelebihan berpuasa dan bahaya berpuasa.
Penyokong amalan puasa mengeluarkan banyak kelebihan berpuasa seperti ia mampu menurunkan berat badan, menormalkan sensitiviti insulin, menurunkan tahap triglyceride dalam badan dan melambatkan proses penuaan.
Ada banyak cara berpuasa dari puasa berselang-seli 14-18 jam ke puasa yang lebih lama seperti tidak makan selama 2-3 hari.
Ramai pakar nutrisi dan pakar perubatan mengatakan berpuasa hanyalah sekadar trend yang menyebabkan pelbagai risiko penyakit yang patut diambil berat.
Mereka merujuk kepada kehilangan nutrisi semasa berpuasa dan mereka juga berkata berpuasa menyebabkan orang makan lebih banyak dan menaikkan berat badan.
Kajian baru mendedahkan tentang kebaikan berpuasa
Akan tetapi, kajian baru dari Universiti California Selatan telah menemui penemuan yang menarik. Kumpulan ini mengumpulkan beberapa peserta dan menyuruh mereka berpuasa 2-4 hari dalam masa 6 bulan.
Selepas tamat kajian, mereka menemui beberapa perubahan yang menarik. Peserta mengalami pengurangan produksi enzim PKA, hormon yang dikautkan dengan peningkatan risiko kanser dan tumor.
Lebih-lebih lagi, sistem imunisasi mereka diperbaiki dengan lengkap!
Profesor Valter Longo, PhD, pengkaji kajian ini meluahkan rasa terkejut dengan hasil kajian ini. Dia berkata,
“Apa yang kami temui, kedua-dua kajian antara manusia dan haiwan menunjukkan yang kumpulan darah putih menurun apabila subjek kajian berpuasa untuk jangka masa yang lama. Bila anda makan semula, sel darah ini kembali. Jadi, kami berfikir, dari mana ia datang?”
Kajian ini mungkin memberi harapan pada suspek penyakit kanser dan pada yang menerima rawatan kemoterapi atau untuk populasi yang semakin berumur.
Kajian juga menunjukkan salah satu kebaikan berpuasa ialah apabila berpuasa, ia memberi signal kepada tubuh badan untuk memulakan regenerasi sel stem berasaskan sistem hematopoietik.
Ia memaksa badan untuk menggunakan gula, lemak dan ketones yang tersimpan dan memecahkan sel darah putih yang banyak. Kehilangan sel darah putih ini membuatkan tubuh badan menghasilkan sistem sel imunisasi yang baru.
Kebaikan berpuasa: Ia mampu merawat kanser lebih baik dari kemoterapi!
Profesor Longo menerangkan,
“Bila anda berlapar, sistem badan anda akan cuba untuk menyimpan tenaga. Salah satu cara menyimpan tenaga ialah dengan membuang banyak sel imunisasi yang tak digunakan, lebih-lebih lagi yang rosak.”
Ini bermakna, menurut hasil kajian, proses berpuasa selama 72 jam dan diikuti dengan makan semula makanan berkhasiat dan bernutrisi membuatkan kita mampu berjuang dengan sistem imunisasi yang baru.
Penemuan tentang kebaikan berpuasa ini adalah sangat berbaloi untuk dikaji dengan lebih mendalam.
Pakar perubatan memberi amaran yang kajian ini perlu dikaji dengan lebih mendalam untuk membuktikan keberkesanannya bagi menjadikan ia sebagai pilihan perubatan.
Pengkaji bersama Tanya Dorff berkata,
“Walaupun kemoterapi menyelamatkan nyawa, ia memberi kesan yang buruk terhadap sistem imunisasi. Hasil kajian ini mencadangkan yang berpuasa dapat menukarkan beberapa kesan berbahaya dari rawatan kemoterapi.”
Kajian klinikal yang lebih mendalam perlu dibuat dan apa-apa campur tangan dalam diet perlu dibuat di bawah pengawasan doktor.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber Rujukan: Awareness Act
Baca juga:
6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!