Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik
Bagi golongan lelaki, imaginasi hubungan seks yang mengasyikkan akan mendorong diri untuk melakukan onani. Jom ketahui kebaikan melancap untuk kesihatan!
Bagi mereka yang belum mendirikan rumah tangga pasti akan terangsang untuk melakukan onani. Biarpun ada yang memfokuskan keburukannya, namun kebaikan onani dikatakan berpotensi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Dalam mencapai kepuasan terhadap keinginan seks tanpa melakukan persetubuhan ini, ia turut mengekalkan keseimbangan hormon dan tahap kortisol dengan lebih baik.
Kebaikan onani kepada kesihatan
Sifat dan naluri manusia yang mudah terangsang dengan ciptaan di sekelilingnya adalah fenomena yang sangat biasa.
Apabila mereka melakukan kajian hanya memfokuskan kesan negatif, namun sebenarnya masih banyak yang perlu diteliti kesannya terhadap tubuh dan otak.
#1. Rangsangan terhadap otak
Semasa seseorang lelaki melakukan onani atau melancap, tubuh dan otak akan memberikan tindak balas terhadap bahan kimia dan hormon selepas mengalami kepuasan seks.
Menurut pengarah Kinsey Institute for Research in Sex, Gender, and Reproduction, Julia Heiman mengatakan terdapat spekulasi data sebenar antara fungsi dan nilai klimaks seseorang.
Amalan onani atau melancap yang dibuat secara tergesa-gesa menghasilkan dopamin, iaitu bahan kimia yang membuatkan seseorang berasa seronok.
Bukan itu sahaja, kebaikan onani juga akan melepaskan hormon yang dipanggil oxytocin, atau lebih dikenali dengan hormon cinta.
#2. Mengurangkan tekanan
Tindak balas semula jadi ini bukan sekadar meningkatkan mood anda, namun ia turut dapat mengurangkan tekanan dan berasa lebih relaks.
Oxytocin juga akan menurunkan tahap kortisol iaitu hormon tekanan yang biasanya hadir dalam jumlah yang tinggi ketika diri dilanda kegelisahan, takut atau panik.
Menurut penyelidik BDSM dan penyelidik fetish, Dr. Gloria Brame, kepuasan diri ketika melakukan onani menjadi ubat semula jadi yang setanding dengan pengambilan dadah.
#3. Sistem imunisasi dapat ditingkatkan
Peningkatan hormon cinta dan dopamin menyebabkan penurunan tahap kortisol yang membantu meningkatkan sistem imunisasi diri.
Hal ini kerana fungsi kortisol (hormon penyebab tekanan) dapat mengekalkan sistem imunisasi anda jika ia dibebaskan dalam dos kecil.
Menurut seorang pakar terapi hormon, Dr. Jennifer Landa, kebaikan onani bagi lelaki berupaya membentuk perkembangan sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat.
Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Psikologi Perubatan di Klinik Universiti Essen (di Jerman) menunjukkan keputusan yang sama.
Seramai 11 orang sukarelawan mengambil bahagian dalam kajian bagi melihat kesan klimaks melalui melancap dengan mengira jumlah sel darah putih dan sistem imun.
Hasilnya, rangsangan seksual dan klimaks meningkatkan jumlah sel darah putih, terutama sel pembunuh semulajadi yang membantu melawan jangkitan.
#4. Menghalang demam dan selesema
Walaupun terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan sistem imunisasi berfungsi pada tahap optimum, tabiat gemar onani terbukti berkesan.
Tabiat tidak sihat seperti jadual tidur tidak konsisten atau bahan kimia berbahaya di dalam badan, ia boleh melambatkan sistem imun anda.
#5. Mengurangkan sakit kepala
Perbuatan onani sering dianggap hal yang menjijikkan sehingga tidak ramai yang berani untuk membahasnya.
Namun berdasarkan penyelidikan topik sensitif ini mendapati terdapat banyak tindak balas positif yang berlaku dalam badan dan otak ketika anda mencapai kepuasan seks.
Menurut Ahli Neurologi dan Pakar Sakit Kepala, Stefan Evers, kira-kira satu dari tiga pesakit merasai kelegaan akibat migrain dengan terlibat dengan aktiviti seksual.
Tambah Evers, kajian menunjukkan 60% penghidap migrain mengalami kelegaan setelah mengambil bahagian dalam aktiviti seksual ini kerana mereka boleh melepaskan sejumlah besar endorfin.
Menurut Pakar Rheumatologi, Dr Harris McIlwain, orang yang menghidap penyakit kronik mempunyai sistem imunisasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.
Oleh itu, mencapai kepuasan seks melalui onani dapat meringankan kesakitan yang dialami.
#6. Menjadikan tidur lebih berkualiti
Keseronokan seks kerana onani membuatkan seseorang lebih relaks dan mudah melelapkan mata.
Hal ini kerana hormon serotonin, oxytocin dan norepinephrine dibebaskan semasa rangsangan seksual dan orgasme.
Ketiga-tiga ini dapat menghalang hormon tekanan dan melegakan stres yang dialami sekaligus membolehkan anda tidur lebih lena.
Semasa tempoh tidur, sistem kekebalan melepaskan protein yang dikenali sebagai cytokines, yang mensasarkan jangkitan dan keradangan.
Ini adalah bahagian penting dalam tindak balas semula jadi yang dialami oleh tubuh. Cytokines yang dihasilkan akan dilepaskan di seluruh badan semasa anda tidur.
Sumber: Big Think
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: