Kanak-Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

lead image

Kita sedar apa keburukan telefon bimbit, tapi kita tak pernah sangka ia boleh jadi seteruk ini! Jadikan kes berikut sebagai pengajaran buat anda sekeluarga.

Sudah banyak keburukan telefon bimbit pada kanak-kanak yang telah didedahkan oleh pihak theAsianparent Malaysia. Telefon bimbit bukan saja “menjauhkan” hubungan kekeluargaan, malah ia juga mampu menjejaskan perkembangan sosial anak!

Tapi, tak sangka keburukan telefon bimbit boleh menjejaskan fizikal anak, sama seperti kes yang terjadi di Thailand ini.

Seorang bapa yang sering membenarkan anaknya bermain telefon bimbit akhirnya menyesal apabila anaknya terpaksa dibedah kerana gangguan mata.

Jom baca perkongsian bapa ini untuk dijadikan sebagai pengajaran – terutamanya tentang keburukan telefon bimbit pada kanak-kanak.

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/bad effects of mobile phones post screenshot.jpg Kanak Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

Ayah ini beri amaran tentang keburukan telefon bimbit pada kanak-kanak

Dalam post Facebook tersebut, ayah ini menjelaskan bagaimana dia mula memberikan telefon bimbit pada anaknya. Ketika itu, anaknya baru berusia 2 tahun.

Telefon bimbit diberikan pada anaknya untuk bermain, malah untuk “melekakan” kanak-kanak itu ketika dia sibuk bekerja di rumah

Namun lama kelamaan, muncul pelbagai masalah kesihatan pada anaknya. Tapi bapa ini tidak menyangka semuanya kerana keburukan telefon bimbit. 

Mula-mula, anaknya menghidap masalah mata dan terpaksa memakai kacamata. Kemudian, penglihatan anaknya makin merosot.

Masuk umur 4 tahun, kanak-kanak ini terpaksa menjalani pembedahan mata kerana penglihatannya makin teruk! Rupa-rupanya, inilah keburukan telefon bimbit yang kita tidak pernah sedar!

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/12/o KID WITH IPAD facebook.jpg Kanak Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

Apa kata pakar tentang keburukan telefon bimbit pada kanak-kanak?

Dr. Rawat Sichangsirikarn, pakar pediatrik dari Bangkok mendedahkan, ibu bapa kini memang sudah sinonim dalam memberikan telefon bimbit pada anak-anak. 

Memang diakui telefon bimbit ini ada banyak kebaikannya, namun, jangan lupa tentang keburukan telefon bimbit tersebut pada kanak-kanak! 

Tanpa had dan batas waktu dalam bermain telefon bimbit, kanak-kanak lebih cenderung untuk menghadapi risiko fizikal malah mental!

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/bad effects of mobile phones intext1.jpg Kanak Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan akan menyebabkan kanak-kanak itu mampu membuka aplikasi tertentu dan bebas melayari internet. 

Ini membawa kesan buruk dan bahaya kerana mereka mungkin akan mengakses laman web yang tidak sepatutnya seperti pornografi, mahupun terdedah kepada pemangsa kanak-kanak online!

Keburukan telefon bimbit pada kanak-kanak: Bagaimana ia menjejaskan perkembangan anak anda?

Tahukah anda penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan (dan terlalu lama) mampu menjejaskan perkembangan fizikal, mental dan emosi anak anda? Jom kita lihat bagaimana ia terjadi:

Kesan pada kesihatan fizikal anak:

  1. Melihat skrin telefon bimbit terlalu lama boleh menyebabkan sawan, masalah mata seperti myopia dan keletihan mata
  2. Kanak-kanak akan kurang tidur dan tidak boleh memberi fokus. Setiap 15 minit anak anda bermain telefon, mereka sebenarnya hilang 60 minit masa tidur
  3. Kanak-kanak membesar boleh lambat bercakap
  4. Turun berat badan (kerana tidak bermain dan hanya main telefon bimbit), insomnia, sakit kepala, tiada selera dan masalah mata

Kesan buruk telefon bimbit pada kesihatan mental anak:

  • Kanak-kanak boleh berubah perangai, atau menjadi depresi
  • Mereka juga boleh jadi agresif dan mudah marah jika parents tidak berikan mereka telefon bimbit/tablet
  • Kebolehan berfikir, menahan diri dan mengawal emosi mereka juga boleh terjejas
  • Masalah kerisauan melampau, rasa sunyi, mengasingkan diri, depresi, mood tidak menentu dan kerap melawan
  • Terdedah kepada telefon bimbit juga meningkatkan risiko ADHD dan autisme!

Peraturan waktu skrin yang anda patut buat pada anak

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/04/kid phone 3.jpg Kanak Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

Walaupun kita mahu sangat untuk tidak beri langsung telefon bimbit pada anak, tapi kita juga kena berpijak pada Bumi yang nyata. 

Telefon bimbit itu sudah jadi seperti “darah daging” kita, dan kita tidak boleh mencampaknya terus. Jadi, apa yang anda boleh buat untuk mengurangkan risiko keburukan telefon bimbit pada anak anda?

Cuba 4 peraturan mudah yang diberi AAP ini:

  1. Bayi bawah 18 bulan – Jangan beri telefon bimbit langsung, melainkan video chatting
  2. Bayi 18 hingga 24 bulan – Pilih program yang benar-benar berfaedah. Tonton ia dengan anak untuk memahami apa yang mereka nampak
  3. Kanak-kanak 2 hingga 5 tahun – Bataskan waktu skrin ke satu jam sehari sahaja, dan tonton program yang benar-benar berfaedah
  4. Kanak-kanak 6 tahun ke atas – Bataskan had untuk main apa-apa media secara konsisten. Pastikan mereka cukup tidur, dan bermain di luar

Ibu bapa, kami tahu memang susah nak membesarkan anak-anak tanpa guna telefon bimbit. Tapi, kita boleh menggunakannya dengan bijak tanpa menjejaskan anak-anak.

Apa caranya? Cuba baca di sini. Malah, anda juga boleh buat peraturan ini setiap kali anak anda mahu main telefon bimbit anda.

Jom sama-sama kita berwaspada! Jangan lupa share artikel ini dengan pasangan. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Ingin Beri Telefon Bimbit Pada Anak Anda? Jawab 5 Soalan Penting Ini Dulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!