Anak & ibu bapa yang tak boleh "lepas langsung" telefon dari tangan boleh dapat Nomophobia!

Anda biasa dengar tentang keburukan telefon pintar. Tapi, pernahkah anda dengar tentang nomophobia dan kesannya pada anak anda?

Anda mungkin sudah banyak kali dengar tentang bahaya telefon bimbit sama ada pada anda atau pada anak. Tapi mungkin anda tak pernah dengar tentang keburukan telefon pintar yang dipanggil nomophobia ini.

Jaga-jaga ya. Ada bahayanya jika anda tidak boleh “lepas langsung” telefon bimbit itu dari tangan anda sendiri, pasangan mahupun anak-anak!

Keburukan telefon pintar: Apa itu nomophobia?

Nomophobia adalah singkatan dari “no mobile phone phobia“. Ia adalah ketakutan untuk tak ada telefon atau tak boleh hidup tanpa telefon.

Ia mungkin kedengaran seperti tak masuk akal, tapi ramai orang rasa susah untuk “berfungsi” jika mereka tak mempunyai telefon.

keburukan telefon pintar, kesan telefon, nomophobia, kesan telefon pada anak, keburukan telefon pada anak

Malah, semakin ramai kanak-kanak dan remaja terlalu bergantung kepada telefon mereka sehingga mereka tak lagi berkomunikasi secara bersemuka dan memilih untuk bercakap menggunakan telefon sahaja.

Keburukan telefon pintar: Kesan nomophobia yang anda tidak sedar

Dan tak mengejutkan jika terlalu bergantung kepada telefon bimbit boleh memberi kesan negatif kepada otak seseorang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pew, orang yang menghidapi nomophobia kronik dan ketagih atau obses dengan telefon bimbit berkemungkinan untuk mendapat depresi, cemas, insomnia dan impulsif.

Kesan lain jika terlalu bergantung dengan telefon bimbit adalah, ia boleh menyebabkan kawalan dan kurang perhatian yang boleh menyebabkan seseorang itu susah untuk fokus semasa membuat sesuatu.

Apa yang lebih membahayakan, kesan-kesan ini boleh berlaku pada anak kecil dan remaja yang mempunyai telefon bimbit. Jangan ingat kanak-kanak dan bayi tidak boleh ketagih pada telefon ya!

Kerana ini, penting untuk ibu bapa menetapkan masa penggunaan telefon.

Apa boleh anda buat untuk mencegah nomophobia pada anak dan keluarga?

keburukan telefon pintar, kesan telefon, nomophobia, kesan telefon pada anak, keburukan telefon pada anak

Tak boleh dinafikan, penggunaan telefon bimbit hari ini adalah sebahagian daripada kehidupan seharian.

Malah ibu dan bapa juga bergantung pada telefon untuk memudahkan urusan harian. Tapi, terlalu bergantung pada telefon bimbit juga bukan perkara yang baik.

Kerana ini, tanggungjawab semasa menggunakan telefon bimbit adalah penting lebih-lebih lagi pada kanak-kanak supaya telefon bimbit mereka digunakan sebagai alat yang mereka boleh kawal dan bukan sebaliknya.

Tip untuk ibu bapa:

keburukan telefon pintar, kesan telefon, nomophobia, kesan telefon pada anak, keburukan telefon pada anak

1. Galakkan keluarga untuk berkomunikasi tanpa telefon. Pastikan keluarga anda meluangkan masa untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan satu sama lain atau melakukan aktiviti yang tak melibatkan penggunaan telefon seperti membaca buku.

2. Ajar anak kelebihan berinteraksi secara bersemuka berbanding menghantar mesej atau berhubungan di media sosial. Ini akan menggalakkan mereka untuk cuba bercakap dengan orang berbanding bercakap melalui telefon.

3. Tetapkan sekurang-kurangnya sehari seminggu seluruh keluarga anda tak menggunakan telefon dan internet. Ini boleh membantu anda untuk menghargai dunia lebih dari telefon.

4. Jangan biarkan anak anda tidur dengan telefon mereka. Lebih baik jika anak anda tinggalkan telefon mereka di luar bilik semasa waktu tidur. Dengan cara itu mereka tak akan terganggu dan mudah untuk tidur.

5. Tetapkan contoh yang baik. Kadang-kadang anak-anak ketagih menggunakan telefon kerana mengikut ibu bapa yang sering menggunakan telefon. Jadi penting untuk anda menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Memang tak dinafikan yang dalam dunia teknologi seperti ini, sukar untuk kita tak memberikan anak-anak menggunakan telefon. Tapi, pada masa yang sama, pengawasan anda juga penting untuk anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Alwyn Batara dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenangis-darah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!