Tanda Kepala Bayi Sudah Masuk Laluan, Kedudukan Janin Penting Tentukan Cara Bersalin Nanti

Mengetahui dengan jelas kedudukan bayi dalam kandungan pada fasa kehamilan terakhir adalah sangat penting untuk memudahkan proses bersalin.

Mengetahui dengan jelas kedudukan bayi dalam kandungan pada fasa kehamilan terakhir adalah sangat penting untuk memudahkan proses bersalin.

Untuk makluman ibu hamil, bayi dalam kandungan bergerak secara aktif ketika usia kehamilan anda di fasa trimester pertama dan kedua. Ia merupakan saat yang paling menakjubkan buat ibu apabila dapat merasakan bayi dalam kandungan bergerak.

Tapi tahukah anda apabila anak semakin membesar, lebih senang untuk kita meneka kedudukan bayi dalam kandungan? Kita juga mungkin akan dapat mengagak sekiranya bayi berada dalam kedudukan betul atau baby songsang.

Lambat laun ibu hamil akan menjadi lebih fasih dan pandai mengenali beza antara tendangan kaki dan jolokan siku bayi. Semua ini serta ruang dalam rahim yang semakin kecil pada akhir kehamilan akan memberi petunjuk tentang kedudukan janin dalam kandungan.

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Tanda Kepala Bayi Sudah Masuk Laluan, Kedudukan Janin Penting Tentukan Cara Bersalin Nanti

Sebelum kita mula teka kedudukan baby dalam perut, minumlah segelas jus oren segar dahulu untuk menggalakkan bayi dalam kandungan menjadi lebih aktif.

Kenapa pula ibu bapa perlu tahu kedudukan bayi dalam kandungan? Tak adalah sebab utama yang penting sangat pun, cuma untuk mereka yang curious sahaja.

Lagipun kan bagus kalau suara ayah dapat di dengar dengan jelas apabila bayi dalam perut diajak bersembang? Ataupun muzik yang dipasang dengan headphone?

Sebelum mengesan kedudukan janin dalam kandungan, ibu perlu perhati bagaimana keadaan perut, pusat, arah tendangan bayi dan sebagainya.

Bolehkah Kedudukan Bayi Diubah?

Semakin hampir dengan kelahiran, bayi akan mula menunjukkan perubahan kepada kedudukan mereka. Semasa trimester pertama dan kedua, bayi anda mampu untuk bergerak ke seluruh tempat di dalam rahim.

Anda hanya akan mula merasai pergerakan mereka menjelang trimester yang kedua. Malah pada awal trimester ketiga juga, kedudukan mereka turut akan berubah.

Bayi anda akan terus ubah kedudukan mereka sehinggalah penghujung trimester yang ketiga iaitu pada usia kehamilan 36 minggu. Pada waktu ini, kedudukan bayi dalam kandungan adalah tetap untuk posisi bersalin nanti.

Jadi anda tidak perlu berasa risau sekiranya bayi anda kerap mengubah posisi kedudukan sebelum memasuki usia kehamilan 36 minggu ini.

Tanda Kepala Bayi Sudah Masuk Laluan

kedudukan bayi dalam kandungan,  baby dalam perut, bayi dalam kandungan, kedudukan rahim dan perut

Tatkala kandungan anda memasuki usia 32 dan 36 minggu, kedudukan bayi dalam kandungan akan mula berubah di mana bahagian kepalanya akan berada di bahagian bawah.

Pada waktu ini juga, walaupun rahim anda membesar untuk menampung saiz bayi anda, tetapi disebabkan bayi anda semakin besar menyebabkan ruangan kosong yang terdapat di dalam rahim selama ini sudah menjadi penuh. 

Kedudukan kepala bayi yang turun ke bawah adalah untuk memastikan ia sesuai dengan pelvis bagi perjalanan ke saluran vagina untuk proses kelahiran nanti. Kedudukan bayi pada ketika ini terbahagi kepada dua iaitu kedudukan anterior dan juga kedudukan posterior. 

Jika bayi anda berada pada kedudukan anterior, proses bersalin anda nanti akan menjadi lebih mudah berbanding kedudukan posterior.

Ia adalah disebabkan oleh pada postur ini, dagu bayi adalah terletak elok di dada di mana kepala mereka bersedia untuk memasuki pelvis. Bahagian kepala yang ketat dapat menekan bahagian serviks dan membuatkannya terbuka untuk proses kelahiran.

Berbanding kedudukan posterior yang akan mengambil masa yang lama dan berpotensi untuk kelahiran yang sukar. Malah, kadang-kala ia turut memerlukan kaedah vakum, forcep atau cesarean.

Pada waktu ini juga, anda akan merasakan bahawa bayi anda telah turun lebih rendah ke bawah perut anda dan mengurangkan tekanan pada diafragma anda. Kedudukan ini akan membuatkan bayi anda lebih mudah untuk bernafas.

Kedudukan bayi yang jatuh ke bawah merupakan antara salah satu tanda pertama bahawa anda bersedia untuk bersalin.

Untuk mengetahui sama ada kepala bayi anda sudah pun memasuki laluan bukanlah sesuatu yang mudah dan dapat diketahui hanya dengan melihat perut anda sama ada bayi berada dalam laluan betul atau baby songsang.

Hanya doktor dan bidan terlatih sahaja yang akan dapat mengetahui kedudukan kepala bayi. Kaedah yang digunakan mereka adalah digelar sebagai Leopold’s maneuvers.

Kami ada senaraikan bidan terbaik untuk ibu hamil dapatkan urutan di sini.

7 Cara Tentukan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

kedudukan bayi dalam kandungan,  baby dalam perut, bayi dalam kandungan, kedudukan rahim dan perut

1# Kedudukan bayi dalam kandungan mengikut minggu- Anterior

Situasi: Perut dan pusat nampak terkeluar ataupun ibu dapat merasakan tendangan di bawah tulang rusuk

Kedudukan janin dalam kandungan: ada kemungkinan bayi anda berada di kedudukan anterior, dengan punggungnya menghadap ke depan.

2# Posterior

Situasi: Perut kelihatan lebih rata dan ibu dapat rasakan kebanyakkan tendangan bayi di bahagian depan perut.

Kedudukan bayi: Bayi anda mungkin berada di kedudukan posterior, dengan mukanya menghadap ke depan.

3# Itu punggung ke kepala bayi?

Jika ibu dapat merasakan benjol di bahagian atas perut (biasanya pada satu sisi sahaja), cuba tolak dengan ringan.

Situasi: Ibu merasakan seluruh badan bayi bergerak.

Kedudukan bayi: kepala bayi sedang menghala ke bawah dan bahagian yang di cucuk ibu tadi adalah punggung bayi dalam kandungan.

Situasi: Ibu merasakan benjol itu sahaja yang bergerak, tanpa pergerakkan dari bahagian badan

Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke atas dan benjol itu adalah kepala bayi yang sedang bergerak dengan bebas.

4# Kedudukan bayi lelaki dalam kandungan- Sedu

Situasi: Ibu merasakan bayi sedang sedu di bahagian bawah perut.

Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke bawah.

Situasi: Ibu merasakan bayi sedang sedu di bahagian atas pusat perut.

Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke atas.

5# Bayi dalam kedudukan betul untuk kelahiran

Situasi: Tendangan bayi di bahagian atas pusat perut pada penghujung kehamilan. Perut sesetengah ibu mungkin nampak lebih turun.

Kedudukan bayi: Kepala bayi sudah turun dan dalam kedudukan yang baik dan bersedia untuk kelahiran.

6# Bayi songsang

Situasi: Rasa sakit yang sangat teruk di bahagian tulang rusuk dan sesak nafas pada penghujung kehamilan 

Kedudukan bayi: Kepala bayi mungkin menghala ke atas dan berdekatan dengan tulang rusuk. Juga dikenali sebagai bayi songsang

7# Kedudukan bayi dalam kandungan 7 bulan- Denyutan jantung bayi

Jika denyutan jantung bayi dapat dikesan di bahagian bawah, maka kedudukan kepala baby dalam perut ialah menghala ke bawah.

Tetapi apabila denyutan jantung bayi lebih kedengaran di bahagian atas atau berdekatan dengan pusat ibu, maka kepada bayi masih menghala ke atas.

Bayi Dalam Kandungan Sangat Aktif Bergerak

kedudukan bayi dalam kandungan,  baby dalam perut, bayi dalam kandungan, kedudukan rahim dan perut

Sebelum dilahirkan, bayi di dalam kandungan akan bergerak dan berpusing dengan kerap. Jadi kedudukan mereka sering berubah dan tidak sama seperti kedudukannya beberapa jam kemudian.

Ibu-ibu hanya boleh mula merasa pergerakan bayi dari pertengahan kehamilan, tetapi apabila mereka semakin besar boleh lah ayah dan ibu mula bermain dan meneka kedudukan baby dalam perut!

Bila Perlu Jumpa Doktor

Memasuki usia kehamilan yang terakhir, keadaan bayi anda yang semakin besar dan kedudukan rahim dan perut yang sempit akan menyukarkan pergerakan mereka. Kedudukan baby dalam perut pada waktu ini sangat penting kerana bayi anda perlu bersedia untuk proses kelahiran dengan mendapatkan kedudukan yang paling terbaik dan kedudukan anterior adalah paling ideal dan sesuai.

Terdapat beberapa kes di mana bayi berada dalam kedudukan yang tidak betul semasa akhir kehamilan. Mengetahui dengan jelas kedudukan bayi adalah sangat penting untuk memudahkan proses bersalin anda nanti. Bagi bayi yang mempunyai masalah kedudukan ini, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan terbaik.

Semoga bermanfaat.

  1. healthline.com (2020, Mei 28) Signs That Your Baby Has Turned Into a Head-Down Position www.healthline.com/health/pregnancy/symptoms-of-baby-turning-head-down?utm_source=ReadNext

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!