Bayi Songsang (Breech): Punca Baby Songsang, Tanda Bayi Songsang & Cara Pusingkan Bayi Songsang

Kedudukan bayi songsang berlaku apabila posisi bayi dalam kandungan adalah tidak normal iaitu kepala di atas dan kaki di bawah.

Kedudukan bayi songsang boleh berlaku apabila kedudukan bayi dalam kandungan adalah tidak normal iaitu terbalik, di mana kepala berada di atas dan bahagian kaki pula di bawah. Kedudukan baby songsang ini menyebabkan kelahiran berbahaya menjadi tinggi disebabkan oleh posisi tersebut boleh menyebabkan kepala bayi tersekat di bahagian pelvis.

Ibu harus tahu, sekitar 3-4% kehamilan memang boleh berisiko mengalami kedudukan bayi songsang dan ini berlaku atas banyak faktor. Tambahan lagi apabila memasuki usia kandungan tertentu, tentunya ibu hamil mula merasakan risau sekiranya tidak dapat melahirkan bayi dengan normal kerana perkara ini.

Definisi Bayi Songsang

bayi songsang, posisi tidur elak bayi songsang, tanda bayi songsang, cara pusingkan bayi songsang, bayi songsang 36 minggu, baby songsang, doa bayi songsang, petua bayi songsang

kredit foto: cleveland clinic

Bayi songsang adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan posisi janin dalam kandungan di mana bokong bayi berada di bagian bawah rahim ibu sementara kepala bayi berada di atasnya.

Posisi ini merupakan keadaan di mana bayi berada dalam posisi melintang atau terbalik dalam rahim ibu menjelang kelahiran. Umumnya, posisi ideal bayi dalam persiapan untuk kelahiran adalah dengan kepala di bagian bawah rahim, yang disebut sebagai posisi kepala panggul.

Bayi Songsang in English

Bayi songsang in English adalah Breech Baby, yang menggambarkan bayi yang berada di bahagian bawah ke bawah dalam rahim, dengan punggung atau kaki menghadap ke bawah dan bukannya kepala.

Jika doktor mendapati kedudukan bayi songsang dalam kandungan, ibu jangan risau kerana dalam kebanyakan kes, bayi songsang akan bertukar kepada kedudukan mendahulukan kepala menjelang 36 minggu. Sesetengah kes bayi songsang boleh dilahirkan secara normal, tetapi pembedahan czer biasanya disyorkan.

Punca Bayi Songsang

Laman web The Health Site mengatakan antara punca bayi songsang dalam rahim adalah disebabkan ukuran kepala bayi yang besar dan pinggul ibu yang sempit, selain jumlah air ketuban kurang menyebabkan sukar untuk bayi berkembang dan bergerak.

Selain itu, gerakan bayi juga terbatas atas alasan fisiologi yang lain seperti berat badan yang terlalu rendah, dan pastinya keadaan ibu yang kurang bergerak dan melakukan aktiviti senaman.

Pada kehamilan ‘normal’, bayi akan secara automatik memposisikan kepala di bawah atau di pembukaan jalan untuk mempersiapkan diri untuk proses bersalin. Namun ini tidak berlaku kepada baby songsang yang menyebabkan ibu ayah panik apabila doktor memberitahu kedudukan bayi dalam keadaan berbeza.

Walaupun begitu, ibu jangan kecewa terus, kerana peluang untuk melahirkan secara normal pasti ada. Antara cara untuk membetulkan kedudukan bayi songsang adalah dengan melakukan senaman.

Untuk pengetahuan umum, doktor tidak akan dapat memberitahu kenyataan yang tepat tentang punca bayi songsang ini, tetapi menurut Persatuan Kehamilan Amerika, terdapat beberapa sebab mengapa bayi dalam kandungan mungkin meletakkan dirinya di kedudukan atau posisi yang ‘salah’ dalam rahim ibunya.

Ia adalah termasuk:

  • Seorang wanita itu telah hamil beberapa kali.
  • Kehamilan kembar banyak.
  • Seorang wanita itu pernah mengalami kelahiran pramatang suatu ketika dahulu.
  • Jika uterus memiliki terlalu banyak atau sedikit cecair amniotik – di mana bayi mempunyai ruang tambahan untuk bergerak di dalam uterus atau tidak mempunyai cecair untuk mencukupi untuk bergerak di dalam uterus.
  • Jika seseorang wanita itu mempunyai bentuk uterus yang luar biasa atau mempunyai komplikasi lain seperti fibroid di dalam uterus.
  • Jika seseorang wanita itu mempunyai plasenta previa.

Tanda Bayi Songsang

bayi songsang, posisi tidur elak bayi songsang, tanda bayi songsang, cara pusingkan bayi songsang, bayi songsang 36 minggu, baby songsang, doa bayi songsang, petua bayi songsang

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Dr Wan Maskliza Wan Daud menerusi Harian Metro menjelaskan tanda bayi songsang biasanya ibu akan berasa gerakan lebih kuat di bahagian bawah rahim.

“Apabila bayi berada dalam keadaan songsang, pergerakan bayi aktif menunjukkan bayi berada dalam keadaan baik, sama seperti bayi yang tidak songsang. Tetapi, berkemungkinan ibu bayi yang songsang berasa gerakan lebih kuat di bahagian bawah rahim.” jelasnya.

Posisi Tidur Elak Bayi Songsang

#1. Tidur mengiring ke belah kiri

Posisi tidur elak bayi songsang yang pertama adalah dengan tidur mengiring ke kiri. Ketika berada trimester kehamilan terakhir, anda boleh mencuba kedudukan tidur ini dengan meletakkan bantal di bawah perut. Ia berupaya mendorong gerakan bayi di dalam rahim dan membantu masuk ke posisi normal sebelum adanya tanda-tanda bersalin.

#2. Tidur mengiring dengan bantal di antara kedua kaki

Tidak kira tidur siang atau malam, ibu disaran tidur mengiring dengan bantal di antara lutut dan pergelangan kaki kerana ia boleh membantu janin ke posisi yang sepatutnya.

Menurut pakar perbidanan dan anak, Diana Spalding, beliau mengatakan bantal yang diletakkan di antara kedua kaki dapat membantu menciptakan posisi yang optimum untuk bayi berpusing atau berbalik.

Selain itu kedudukan tidur ini dapat membantu otot-otot di bawah punggung lebih rileks dan mengurangkan ketegangan keseluruhan tubuh ibu.

#3. Tidur sambil mendengar muzik atau bacaan al-quran

Posisi tidur elak bayi songsang ini dianggap sebagai terapi yang baik dan mampu ‘memujuk’ bayi berbalik ke posisi sepatutnya. Salah satu cara yang ibu boleh lakukan adalah dengan meletakkan telefon di bahagian bawah perut.

Tidak hanya memasang lagu, anda juga boleh memainkan beberapa pilihan zikir ataupun bacaan al-quran yang diperoleh melalui carian internet.

Selain itu, anda juga boleh meminta pasangan untuk kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan. Ibu jangan terkejut jika mengetahui janin mula memberi respon ke tempat asal suara tersebut.

#4. Tidur dengan meletakkan kaki pada kedudukan lebih tinggi

Sebagai ikhtiar baby songsang, ibu boleh baring di atas lantai dan mengangkat kaki ke dinding bagi menggalakkan janin bergerak pada kedudukan lebih optimum.

Kedudukan ini juga membolehkan graviti menolak janin untuk berpusing secara semula jadi, dalam masa yang sama menjadi senaman baik untuk ligamen pelvik. Jika anda rasa sukar, minta bantuan suami atau keluarga bagi melakukannya.

#5. Gaya tidur ibu mengandung dengan kaki dibengkokkan ke lutut

Seterusnya, cara tidur ibu mengandung supaya bayi tidak songsang adalah dengan kaki dibengkokkan ke lutut. Seperti senaman yoga, ibu boleh cuba posisi tidur dengan kaki dibengkokkan dan sedikit condong ke arah pelvis.

Kedudukan ini membolehkan janin bergerak terutamanya selepas diberi ruang yang begitu banyak untuk keluar ke pelvis. Ibu boleh menggunakan bantuan bantal untuk menyokong punggung supaya lebih selesa.

Cara Pusingkan Bayi Songsang

bayi songsang, posisi tidur elak bayi songsang, tanda bayi songsang, cara pusingkan bayi songsang, bayi songsang 36 minggu, baby songsang, doa bayi songsang, petua bayi songsang

Jika para ibu mengalami keadaan kedudukan bayi dalam kandungan yang songsang, terdapat satu cara untuk membuatkan posisi baby songsang menjadi normal semula, iaitu dengan melakukan proseur External Cephalic Version (ECV).

ECV adalah cara pusingkan bayi songsang dalam kandungan daripada luar, iaitu menggunakan tangan. Prosedur ini akan disyorkan ketika bayi dalam kandungan berusia 36-38 minggu dan ke atas.

Kebiasaannya, prosedur dan cara pusing bayi songsang akan dilakukan di hospital dan keadaan bayi serta ibu akan dipantau rapi.

Perlu diketahui juga bahawa cara pusing bayi songsang ini mempunyai kebarangkalian sebanyak 50% untuk berjaya. Dan jika prosedur membetulkan baby songsang dalam kandungan ini berjaya dan keadaan bayi normal, maka ibu hamil dibenarkan meneruskan kehamilan sehinggalah tiba waktu bersalin kelak.

Walau bagaimanapun, ada juga rawatan lain yang dipercayai boleh dilakukan iaitu penggunaan minyak pati. Sesetengah individu berjaya menggunakan minyak pati seperti pudina pada bahagian perut untuk merangsang bayi memusingkan kedudukan mereka sendiri di dalam kandungan.

Tambahan pula, membalikkan badan mereka untuk menggalakkan bayi untuk membalikkan diri juga merupakan salah satu kaedah yang popular.

Ada juga ibu hamil yang menggunakan cara pusing bayi songsang  berbeza seperti menelangkupkan (tangan di bawah, kaki ke atas) diri mereka di dalam kolam renang, menyandarkan pinggul di atas bantal, bahkan ada juga yang menggunakan tangga untuk membantu menaikkan pelvis.

Risiko Bayi Songsang

Untuk pengetahuan ibu ayah di luar sana, secara amnya, kandungan baby songsang adalah tidak berbahaya sehinggalah tibanya waktu untuk melahirkan. Kedudukan bayi songsang mempunyai risiko tinggi untuk kepala bayi tersekat pada saluran peranakan.

Ia akan menyebabkan kandungan oksigen pada bayi mulai kekurangan kerana bayi tidak boleh bernafas dan bekala oksigen dari tali pusat juga akan berkurangan.

Oleh disebabkan itu, jika seseorang itu baru pertama kali melahirkan anak ataupun pernah memiliki sejarah pembedahan caesarean, kebiasaannya mereka tidak digalakkan untuk melahirkan bayi secara normal jika mengalami masalah kedudukan bayi songsang.

Senaman Bayi Songsang

Jika anda mengalami masalah kedudukan bayi songsang, anda boleh memanfaat hobi bersenam anda untuk membetulkan semula kedudukan bayi supaya mudah bersalin nanti.

Walau bagaimanapun, kalau masih ragu-ragu tentang bersenam semasa mengandung, jangan risau ya ibu. Senaman semasa hamil sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan dan tidak berbahaya sekiranya dilakukan secara berhemah

#1. Berjalan

Senaman ini paling mudah untuk dilakukan malah selamat untuk ibu hamil. Berjalan sekurang-kurangnya 2 kali dengan tempoh masa 20-25 minit di trimester akhir kehamilan. Ini dapat meningkatkan peluang mengubah posisi bayi kepala ke bawah.

Ini adalah kerana semasa anda berjalan, kepala bayi yang merupakan bahagian terberat dari tubuh akan mulai turun ke bawah dan menempel si bahagian pinggul ibu. Jadi semakin kerap anda berjalan, ia akan mengurangkan risiko kedudukan baby songsang.

#2. Merangkak

Jika bayi dalam kedudukan songsang, merangkak merupakan cara yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengatasinya. Lakukan merangkak selama 10 minit setiap hari, ini membolehkan bayi bergerak dan membetulkan posisinya.

Jika anda risau perut luka, pastikan perut tidak menyentuh lantai semasa merangkak ya!

#3. Goyangkan Pinggul

Goyangkan pinggul anda seperti sedang melakukan tarian! Ini senaman yang selamat untuk ibu kerana tarian sebegini memang merupakan tarian sesuai untuk memudahkan kelahiran.

Memusingkan atau menggoyangkan pinggul memungkinkan lebih ruang untuk bayi mengubah kedudukan. Lakukan aktiviti ini sambil berdiri atau sambil duduk di atas bola senaman sebanyak 10 kali di setiap arah.

#4. Berbaring Di Lantai Dan Angkat Kaki

Senaman ini memerlukan anda berbaring di lantai dengan kaki diletakkan di kerusi atau sofa. Tubuh berada pada 45 darjah selama 15 minit, atau sehingga anda tidak selesa.

Bangun dan lakukan semula apabila anda berasa selesa semula!

#5. Berbaring Dan Angkat Sedikit Punggung

Cuba berbaring dengan mengangkat punggung, 3 kali selama 10 minit. Letakkan bantal di belakang pinggul dan lutut untuk mengelakkan anda berasa lenguh.

Amalan Dan Doa Bayi Songsang 

1. Ibu digalakkan untuk sujud lama sedikit ketika solat iaitu sekurang-kurangnya lima minit.

2. Dalam keadaan sujud, rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan bayi dan baringkan selama 20-30 minit (di luar solat).

3. Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

4. Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: “maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.”

5. Ambil segelas air kosong lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dalam air. Ambil air yang sudah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak tiga atau tujuh kali mengikut lawan pusingan jam serta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air boleh diminum. Lebih mustajab, jika suami juga boleh lakukan perkara yang sama.

6. Amalkan membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardu beserta doa, semoga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang dikandungkan.

Petua Baby Songsang Ikut Cara Orang Lama

Ada juga petua orang tua-tua yang ibu boleh amalkan untuk cubaan mengubah kedudukan bayi songsang.

  • Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya bayi rasa tak selesa atau sejuk di bahagian kepalanya. Jadi dia akan mengubah dan berpusing ke bawah.
  • Kerap bermain dengan lampu suluh di perut anda. Suluhkan di bahagian bawah pusat dengan tujuan supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
  • Rajinlah bercakap dan pujuk bayi supaya berpusing dan duduk di kedudukan yang betul.

Bagaimanapun, kalau semua usaha telah ibu lakukan untuk mengubah kedudukan bayi kembali normal tetapi tidak berjaya, janganlah sedih dan bimbang.

Kini dengan teknologi perubatan dan kepakaran para doktor, melahirkan bayi songsang bukan lagi satu masalah. Banyakkan berdoa agar dimudahkan urusan bersalin meskipun perlu melalui pembedahan czer.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sampai Hospital Check Jalan, Kaki Bayi Dah Keluar- Ibu Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

Baca juga: Pengalaman Ibu Ini Buat Prosedur ECV “Pusingkan Bayi Songsang” & Bersalin FPP, Layanan 1st Class

Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!