Nenas, Betik, Tebu, Air Kelapa, Durian Bukan Penyebab Keguguran Ibu Hamil! Ini Penjelasan Doktor

Fasa awal kehamilan adalah sangat mengujakan tetapi ia juga fasa yang mendebarkan kerana biasanya ketika ini berlakunya keguguran janin yang dikandung. 

Fasa awal kehamilan adalah satu fasa yang sangat mengujakan tetapi ia juga fasa yang mendebarkan kerana di awal kehamilan ini lah biasanya berlakunya keguguran janin yang dikandung. 

Menurut doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin  secara puratanya, 20 dalam setiap 100 kehamilan mengalami keguguran.

Katanya kebanyakan keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan sebab masalah baka telur yang tidak sempurna atau rosak, bukan sebab apa yang ibu makan, bukan sebab ibu terlalu lasak dan bukan sebab rahim tidak kuat.

Keguguran janin bukan sebab makanan

Keguguran janin

Menurut Dr Imelda, jika dibuat ultrasound scan sebelum keguguran berlaku, didapati 60 peratus dari ibu yang mengalami keguguran memang tiada embryo yang terbentuk dengan normal atau kantung yang kosong tanpa embryo dari permulaan kehamilannya lagi.

Berikut adalah perkongsian Dr Imelda:

Banyak kali jika kita buat ultrasound scan, kita boleh lihat kehamilan yang akan gugur sebelum ibu hamil mendapat simtom pendarahan.

Inilah dinamakan ‘missed miscarriage’, dimana kita sudah mengesahkan keguguran sebelum ibu mendapat simtom keguguran. Saya selalu beri nasihat, tunggu saja dua minggu dan keguguran boleh berlaku dalam masa dua minggu ini secara semulajadi tanpa perlu membuat apa-apa pembedahan atau D&C. 

Ramai ibu hamil yang pendarahannya sudah bermula datang tanya saya adakah ini sebab saya makan A, B, C semalam? Saya jawab bukan, sebab sudah memangpun embryo tidak terbentuk dari permulaan kehamilan ini dan memang pun keguguran ini akan berlaku,

Bukan sebab apa yang anda makan semalam atau pagi ini. Semua buah-buahan berkhasiat semulajadi yang kita biasa makan bukanlah penyebab keguguran. Sebagai contoh nenas, betik, air kelapa, tebu atau durian bukan penyebab keguguran.

Tempoh pembentukan embrio manusia yang normal

Keguguran janin

Jadi, apakah pembentukan embryo manusia yang normal? Menurut Dr Imelda, ini bergantung kepada usianya.

1) 4 minggu – Ada kantung yang terbentuk di dalam rahim.
2) 5 minggu – Ada kantung di dalam rahim dan yolk sac di dalam kantung.
3) 6-7 minggu – Ada yolk sac di dalam kantungnya. Ada embrio di dalam kantung. Saiz embrio 0.3-1cm. Ada nadi jantung yang berdenyut-denyut. Embrio akan membesar lebih kurang 1 mm sehari.
4) 8 minggu –  Saiz embryo 1.5cm. Sudah lihat bentuk kepala dan badan embryo.
5) 9 minggu – Saiz embryo 2.2cm. Hanya ada tunas-tunas tangan dan kaki. Belum lagi kelihatan pembentukan uri placenta Sudah ada pergerakan badan tetapi hanya sedikit-sedikit.
6) 10 minggu –  Saiz embryo 3 cm. Sudah ada pembentukan tangan dan kaki (upper and lower limbs) tetapi belum lagi ada jari-jari tangan dan belum ada jari-jari kaki. Uri placenta sudah mula terbentuk tetapi belum lagi berfungsi dengan sempurna. Ada pergerakan badan atas ke bawah. Ada pergerakan tangan dan kaki yang aktif.
7) 12 minggu – Saiz 5-6cm. Sudah cukup sifat-sifat nya. Semua jari-jari dan semua organ dalaman sudah terbentuk. Sudah ada tali pusat yang bersambung ke uri placenta yang berfungsi dengan normal untuk membekalkan nutrisi, sebab itulah boleh menari-nari berpusing-pusing dengan cergas. Yolk sac pada permulaannya membekalkan nutrisi kepada embryo sudah mengecut atau hilang dan digantikan dengan uri placenta yang berfungsi.

Bila sudah sampai ke tahap 12 minggu kehamilan ini, risiko keguguran jatuh dari 20 peratus  ke hanya 2 peratus.  Bila dah sampai 12 minggu, saya beritahu ibu-ibu inilah graduation ceremony dari ‘embryo’ ke ‘fetus’.

Faktor meningkatkan risiko keguguran

Keguguran janin

Menurut portal myhealth, berikut adalah antara faktor yang meningkatkan risiko keguguran

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran

#1. Usia ibu – ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
#2. Pernah keguguran sebelumnya – jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
#3. Merokok – merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
#4. Alkohol – pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
#5. Demam panas – melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
#6. Trauma – trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling 
#7. Kafeine – pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin. myhealth

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-menangani-dan-mengatasi-keguguran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!