X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

6 min bacaan
Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Sebenarnya, ada hampir 10 khasiat cuka epal sama ada untuk kecantikan dan kesihatan anda. Rugi kalau tak cuba semua khasiat ini!

Selalunya apabila mendengar perkataan cuka epal, ramai yang beranggapan ia sekadar salah satu benda untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiat cuka epal.

Tapi, sudah beratus tahun, cuka epal merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan sungguh menakjubkan!

Khasiat cuka epal yang ramai tak sedar

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Freepik

Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukarkan gula kepada alkohol kemudian asid asetik.

Cuka epal berwarna emas pucat. Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Sebagai peringatan, sekiranya anda mengambil sebarang ubat, pastikan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tip yang dikongsikan.

Khasiat cuka epal #1 Mengawal diabetes jenis 2

khasiat cuka epal

Kredit: Pexels

Kajian mencadangkan bahan aktif dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan mengimbangkan gula dalam darah.

Sebagai hasilnya, khasiat cuka epal ini adalah dapat mengawal diabetes jenis 2.

Bagaimana: Tambah cuka epal ke dalam sos salad atau campurkan satu sudu di dalam air dan minum sebelum makan. 

Baca juga: Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

Khasiat cuka epal #2 Menghapus kelumumur

khasiat cuka epal

Kredit: The Derm Group

Gatal kepala akibat kelumumur sungguh menyakitkan hati. Tapi lepas ini, anda tidak perlu bergantung kepada syampu yang keras untuk menghapuskannya lagi.

Pakar menerangkan cuka epal membantu menstabilkan pH kulit kepala anda, menghalang yis, iaitu salah satu punca kelumumur.

Bagaimana: Campurkan 2 sudu cuka epal dalam secawan air dan bilas rambut anda dengannya.

Untuk kelumumur yang lebih teruk, campurkan suku cawan cuka epal dengan suku cawan air, sapu campuran ke kulit kepala dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum bilas.

Khasiat cuka epal #3 Melegakan sakit tekak

khasiat cuka epal

Kredit: Freepik

Ingin menghilangkan rasa sakit tekak tanpa ubat? Percayalah dengan khasiat cuka epal yang satu ini!

Campurkan cuka epal, madu dan serbuk lada cayenne. Ini adalah ubat batuk semulajadi. Ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.

Bagaimana: Campurkan 1 sudu cuka epal, 1 sudu serbuk lada cayenne, dan 3 sudu madu ke dalam air suam dan minum.

Jika sakit tekak akibat alergi, cuka epal sangat berkesan kerana ia mampu membantu memecahkan mukus.

Khasiat cuka epal #4 Rambut sihat dan berkilat

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Femina

Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam dan tidak bermaya.

Cuka epal boleh membantu anda mendapatkan rambut idaman ini.

Kata pakar, cuka epal ada asid asetik, apabila digunakan pada kulit kepala, ia membuang lebihan bahan yang digunakan seperti kesan minyak rambut atau syampu.

Bagaimana: 2  kali sebulan selepas syampu, tuang satu cawan cuka epal di kulit kepala dan rambut, urut dan bilas selepas beberapa minit. Rambut anda akan kelihatan cantik dan lembut

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Khasiat cuka epal #5 Membuatkan rumah lebih bersih

khasiat cuka epal

Kredit: Pexels

Cuka epal merupakan pembersih rumah antibakterial yang sempurna.

Dan kerananya ia dari bahan semulajadi, anda tidak perlu risau tentang kesan dan bau bahan kimia.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan cuka epal untuk membersihkan rumah:

  • Campur cuka epal dan air dengan nisbah 1:1, letakkan dalam botol penyembur dan guna untuk membersihkan meja di dapur serta alatan di dapur.
  • Malah anda boleh gunakan campuran ini untuk membersihkan telefon bimbit, kerusi bagi anda. Dan untuk campuran yang lebih cair, ia boleh digunakan untuk membersihkan mainan anak.
  • Sekiranya anda ada kesan karat air pada sinki, penuhkan sinki dengan air panas, letak 2 cawan cuka epal dan rendam selama 2 jam.
  • Anda juga boleh meneutralkan bilik berbau dengan menuang cuka epal dalam mangkuk dan letakkan ia di tempat paling berbau. Selalunya ia akan menghapuskan bauan terutamanya bau asap.

#6 Membantu masalah penghadaman

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Freepik

Refluks asid dan pedih ulu hati bukanlah pengalaman yang menyenangkan.

Ini berlaku akibat pH yang tidak seimbang di dalam perut dan kurangnya enzim dan probiotik. 

Menurut pakar cuka epal mempunyai enzim dan probiotik semulajadi boleh membantu masalah ini.

Bagaimana: Tambah satu sudu cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

#7 Menyahkan bau kaki dan ketiak

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Freepik

Tiada apa yang lebih memalukan dari mempunyai bau badan dan ketiak yang busuk.

Cuka epal ialah penyelesaian yang efektif, murah dan semulajadi untuk kedua masalah kaki dan ketiak berbau.

Asid dalam cuka epal menukarkan pH kulit anda dan membantu menghentikan pembentukan bakteria.

Bagaimana: Untuk kaki, rendamkan kain lap dalam secawan cuka epal dan bekas kedap udara sepanjang malam lalu simpan dalam peti sejuk dan gunakan ia untuk mengelap kaki bila perlu.

Juga boleh digunakan untuk mengelap ketiak. Hanya lap pada kulit yang kering dan bersih. Jangan risau dengan bau cuka kerana ia akan hilang setelah kering.

#8 Menghalau kutu pada haiwan peliharaan

khasiat cuka epal

Kredit: Pixabay

Buangkan bahan kimia yang anda gunakan untuk merawat masalah kutu pada binatang peliharaan anda. Gunakan cuka epal yang efektif dan semulajadi

Bagaimana: Campurkan dengan nisbah 1:1 air dan cuka epal di dalam tub rendaman haiwan peliharaan anda. Buat ini sekali sehari untuk beberapa minggu dan selamat tinggal kutu!

#9 Membersihkan berus make-up

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Unsplash

Sangat penting untuk memastikan berus solekan anda bersih bagi mengelak terkumpulnya kekotoran yang akan memberi kesan kepada kulit anda.

Khasiat cuka epal bukan setakat pada kesihatan anda saja. Ia juga adalah pembersih berus solekan yang bagus kerana kandungan asid malik yang antibakterial!

Bagaimana: Pakar kecantikan mencadangkan untuk mencampur secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal.

Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus anda di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air.

Keringkan sebelum menggunakan mereka lagi.

#10 Membersihkan kulit

Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

Kredit: Freepik

Jika anda mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu anda. 

Pakar kulit menerangkan yang kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum mgunakan pada kulit muka dengan kapas muka.

Buat tiga hingga empat kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 9 Parenting Hacks Paling Berkesan Dan Berguna Untuk Ibu Bapa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?
Kongsikan:
  • Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

    Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

  • Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

    Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

    Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

  • Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

    Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.