Makan Pisang Dapat Meningkatkan Ketahanan Badan Bagi Mencegah Dijangkiti Covid-19?
Tahukah anda tentang manfaat dan kegunaan pisang? Kerana ada yang mengatakan pisang mampu melawan dari dijangkiti corona virus. Betul kah?
Tular baru-baru ini apabila ramai yang berkongsi tentang ubat-ubatan dan makanan yang boleh merawat Covid-19 misalnya kegunaan pisang yang dikatakan boleh mencegah dari dijangkiti wabak berbahaya ini.
Benarkah perkara ini atau ia sekadar mitos semata-mata?
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk ke fasa kedua selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan menambah bilangan hari PKP bagi membendung wabak corona virus sehingga 14 April, minggu depan.
Namun, saban hari kita melihat pertambahan bilangan orang yang dijangkiti di hospital hingga menimbulkan keresahan kepada orang ramai sama ada adakah PKP ini akan terus berlanjutan untuk beberapa minggu dan bulan
lagi.
Hal ini kerana, ramai pekerja yang tidak boleh keluar bekerja dan ada sesetengah keluarga tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi dek kerana kekurangan wang belanja.
Atas sebab keprihatinan YAB Perdana Menteri, pihak kerajaan menyediakan wang bantuan PRIHATIN bagi membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas kerana wabak corona virus ini.
Apatah lagi, setiap hari kita akan membaca ada saja berita yang keluar berkaitan Covid-19 hingga ia menjadi trending dan bualan ramai pada setiap hari sehingga ada sesetengah negara melancarkan perintah berkurung seperti
Itali dan China.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggesa orang ramai supaya tidak keluar bercuti ke mana-mana dan sentiasa menjaga kebersihan semasa berada di tempat awam supaya dapat mengelak diri dari dijangkiti
corona virus ini.
Tambahan pula, para saintis belum berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 kerana membuat virus ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan sedikit waktu untuk memastikan ia benar-benar berkesan dalam badan
manusia.
Kegunaan pisang dapat bantu tingkatkan imunisasi badan
Menurut laporan News, iaitu kajian daripada Universiti Queensland di Australia mereka membuktikan bahawa makan sebiji buah pisang sehari dapat meningkatkan imunisasi badan dan seterusnya sukar untuk dijangkiti Covid-
19.
Hal ini kerana, Covid-19 ini tiada lagi ubatan yang boleh melawan penyakit ini cuma imun dan ketahanan badan sahaja yang diperlukan untuk melawan jangkitan.
Untuk mengukuhkan kenyataan ini, pihak saintis menjelaskan tentang khasiat nutrisi yang terkandung dalam pisang seperti Vitamin C dan Vitamin B-6 yang dapat membantu kesihatan jantung.
Selain itu, kandungan air dan fiber dalam pisang juga dapat membantu proses pencernaan lebih normal.
Walaubagaimanapun, kajian ini hanyalah alternatif tambahan sahaja dalam jangka masa sementara sebelum vaksin berjaya ditemukan.
Ini bukanlah bermaksud makan pisang setiap hari dapat hindar dari dijangkiti Covid-19 tapi kandangan nutrisinya dapat menambah ketahanan badan.
Apapun, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang wajib dipatuhi agar tidak dijangkiti wabak ini sekaligus dapat membantu mengurangkan kes
jangkitan.
Mitos bawang putih penawar Covid-19
Dalam berperang melawan Covid-19 masih wujud berita-berita palsu tanpa sokongan fakta yang sahih.
Ini kerana ada penawar yang dipaparkan tidak dapat disahkan dengan betul oleh pasukan perubatan dalam memastikan bahan tersebut memberi kesan atau tidak terhadap kesihatan manusia.
Berikut adalah mitos yang berjalan seiring dengan Covid-19 ini.
#1. Makan bawang putih
Bawang putih dikatakan terbukti memiliki kebaikan pada kesihatan dan seterusnya mempunyai sifat bagi mencegah bakteria dan antivirus.
Namun realitinya, WHO menjelaskan tiada bukti bawang putih dapat mencegah Covid-19.
#2. Mineral ajaib
Jordan Sather seorang bintang Youube mengatakan Magical Minerals ini mengandungi klorin dioksida bukan sahaja dapat bunuh sel kanser malah membasmi jangkitan corona virus.
Padahal FDA pernah mengeluarkan amaran tentang keburukan produk berkenaan yang tiada bukti kebaikan bagi kesihatan malah menambahkan kesan buruk seperti muntah, cirit birit dan dehidrasi.
#3. Minum air setiap 15 minit
Seorang doktor dari Jepun didakwa menyarankan orang ramai agar minum air setiap 15 minit untuk mengeluarkan virus corona dari dalam badan melalui pengeluarkan air kencing.
Namun ia terbukti hanyalah mitos kosong apabila seorang Profesor dari University Oxford memaklumkan tiada bukti virus corana dapat dikeluarkan dengan cara ini.
Secara logiknya virus itu hanya dapat dilawan dengan sistem imun badan sahaja.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Donna, Awani
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga