Tisu basah bukan hanya boleh diguna pada bayi, ini antara faedah yang lain. No 11 paling tak sangka!

lead image

Mudah apabila keluar beriadah tisu basah di bawa bersama dalam tas tangan ibu. Tak perlu lagi, ibu kalut mencari air untuk mencuci kotoran anak kecil.

Kegunaan tisu basah mesra pengguna

Tisu basah merupakan salah satu item yang penting kala anda meniti hari untuk bersalin. Kegunaan tisu basah boleh memudahkan kerja ibu untuk menyalin pampers si kecil dengan hanya lap bahagian kotor pada punggung bayi.

Ini kerana bayi akan kerap kali membuang air besar selepas menyusu. 

Namun begitu, kegunaan tisu basah tidak terhenti hanya kepada bayi sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk perihal lain.

Akan tetapi, walaupun kegunaan tisu basah ini pelbagai, ibu ayah harus berhati-hati ketika memilih tisu basah untuk bayi kerana ada beberapa produk tisu yang mengandungi bahan merbahaya dan terlarang.

Ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh si kecil!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/viruses 3181157 960 720.jpg Tisu basah bukan hanya boleh diguna pada bayi, ini antara faedah yang lain. No 11 paling tak sangka!

11 kegunaan tisu basah, mudah kerja ibu lepas ini!

Di bawah penulis kongsikan beberapa kegunaan tisu basah yang lain. Ibu-ibu, jom jadi kreatif dan guna tisu basah ini sebaiknya 🙂

1. Membersihkan bekas warna anak

Pasti pening melihat telatah anak kecil yang sudah bijak menggunakan pensel warna. Paling tak tahan, apabila anak mula menconteng bahagian lantai atau meja!

Aduhai anak, tetapi ibu jangan terlalu gusar cuba gunakan tisu basah ini untuk mengelap bahagian kotoran warna pensil itu.

2. Guna saat selsema

Pasti tidak selesa apabila selsema. Tisu kering mungkin tidak begitu selesa tetapi tisu basah memudahkan anda membuang lendir di hidung dengan mudah.

Ini kerana teksturnya yang lembut dan lembap membuatkan wajah tidak kering.

3. Hilangkan kotoran pada pakaian

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/aid1565002 v4 728px Clean Coffee Stains Step 1.jpg Tisu basah bukan hanya boleh diguna pada bayi, ini antara faedah yang lain. No 11 paling tak sangka!

Kegunaan tisu basah juga menjadi salah satu jalan penyelesaian untuk hilangkan kotoran pada pakaian. Tisu basah boleh membersihkannya dengan cepat terutama apabila anda berada di luar. Pasti cela kotoran tidak kelihatan lagi.

4. Menyisir rambut

Jangan terkejut, kegunaan tisu basah juga boleh menyisir rambut yang beralun disebabkan angin. Sapu atau lap tisu basah ini pada rambut hingga ke hujung, anda akan rasai kelainan pada rambut yang semakin lembut.

5. Bersihkan permukaan meja

Permukaan meja juga boleh dibersihkan dengan tisu basah ini terutama apabila ia rosak dan keras.

6. Membuang kotoran di bilik mandi

src=https://cmeimg a.akamaihd.net/640/cpie/images/a08/18/g1/sewer smell after flushing toilet 800x800.jpg Tisu basah bukan hanya boleh diguna pada bayi, ini antara faedah yang lain. No 11 paling tak sangka!

Kegunaan tisu basah juga mampu membuang kotoran di bilik mandi. Tisu basah adalah solusi yang terbaik apabila kain kotoran untuk mengelap mungkin sedang dijemur.

7. Tumpahan kopi

Bagi pencinta kopi, pasti anda sering mengalami kopi tertumpah di baju. Namun, tak usah khuatir guna sahaja tisu basah ini untuk menghilangkan kotoran di bahagian yang terkena kopi tersebut.

8. Kotoran di permaidani rumah

Kegunaan tisu basah ini juga boleh digunakan untuk membersih kotoran pada permaidani rumah. Hal ini kerana, tisu basah mudah menyerap cairan yang tertumpah di celah-celah bulu permaidani.

9. Bersihkan debu bingkai gambar

Ternyata mudah untuk bersihkan habuk pada bingkai gambar di rumah. Penulis dah cuba, memang hilang dan tak ada lagi cela habuk pada bingkai gambar tersebut.

10. Bersihkan debu kaset, CD & DVD

Pasti anda ada simpanan kaset dan sebagainya bukan? Untuk mudahkan membersih kawasan tergores agar tidak terus rosak. Ambil tisu basah untuk mengelap dan anda boleh terus menggunakan cakera itu.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/allergy cold disease flu 41284.jpeg Tisu basah bukan hanya boleh diguna pada bayi, ini antara faedah yang lain. No 11 paling tak sangka!

11. Kaedah lain cuci tangan

Tangan anda kotor dan sukar untuk mencari air terutama apabila berada dalam kesesakan lalu lintas.

Tak perlu gusar, guna sahaja tisu basah pasti tangan bersih seperti sedia kala. Selain, boleh dijadikan sebagai alat untuk make-up remover. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Jangan hanya harapkan tisu basah anti bakteria untuk membasmi kuman

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!