Tak sangka kehamilan boleh berjangkit kerana 3 sebab ini! Satu pejabat serentak hamil ha...

lead image

Teringat semasa mengandung dahulu, ada kawan melaga perut dan beberapa bulan kemudian, dia disahkan hamil juga....Namun, ia hanyalah kebetulan dan keinginan seseorang itu untuk memiliki zuriat

Antara percaya dengan tidak, kehamilan berjangkit boleh berlaku? Terutama apabila melihat kawan baik sendiri hamil, esok lusa pula pasti giliran anda bakal menyusul!

“Berapa bulan mengandung Atiqah? 

“Oh, saya sudah masuk lima bulan…

Tup, tup esok lusa dengar khabar rakan yang bertanya itu mengandung pula. Eh, eh berjangkit ke dengan Atiqah tadi?

Ada juga yang usap-usap perut kawan yang mengandung, tengok-tengok dia pun mengandung juga. Alamak memang betullah, kehamilan berjangkit ini!

Pernah tak anda terfikir tentang kehamilan berjangkit ini? Terutama apabila yang mengandung itu rakan baik atau adik beradik anda. Ada yang sehingga hamil serentak dan due date pun tak jauh mana. 

Memang ia satu kebetulan untuk memberi rezeki anak kepada seseorang itu. Sebab itu, kekadang orang yang sukar nak berbadan dua digalakkan mengusap perut ibu hamil kerana mereka percaya dengan mitos ini. 

Pokok pangkalnya, pasangan tersebut haruslah bersedia menimang cahaya mata dan dalam keadaan subur supaya mudah hamil.

Tapi tahukah anda kajian menunjukkan bahawa aura kehamilan ini boleh berjangkit dan memang ada kehamilan berjangkit ini! Betul ke? 

Benarkah wujud kehamilan berjangkit? 

kehamilan berjangkit, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan pejabat, kehamilan berjangkit dengan rakan sepejabat, mengandung berjangkit, hamil berjangkit, sebab boleh hamil serentak

Kredit: Cari infonet

Menurut kajian yang dijalan oleh American Sociological Association, kehamilan berjangkit ini terjadi apabila aura wanita hamil mempengaruhi rakan-rakan terdekat supaya hamil sama! 

Apatah lagi, satu lagi penyelidikan mendapati peratusan wanita hamil boleh meningkat jika lebih ramai rakan mereka mengandung dalam tempoh tiga tahun.

Namun begitu, kehamilan berjangkit ini hanyalah melalui psikologi manusia saja, bukanlah secara proses biologi tertentu.

Maksudnya, keinginan wanita untuk hamil meningkat sekiranya melihat rakan terdekat mereka mengandung. Walhal individu tersebut tak merancang pun untuk hamil dalam tempoh terdekat itu. 

Tiga sebab kehamilan berjangkit berlaku

kehamilan berjangkit, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan pejabat, kehamilan berjangkit dengan rakan sepejabat, mengandung berjangkit, hamil berjangkit, sebab boleh hamil serentak

Kredit: Otot geligo

Terdapat tiga teori berkaitan mengapa kehamilan berjangkit ini terjadi. Antara sebab-sebabnya adalah:

Pembelajaran sosial: 

  • Wanita merasa teruja untuk berbadan dua apabila melihat ramai rakan mereka yang berjaya untuk hamil. 
  • Jika sebelum ini perasaan takut untuk hamil menyelubungi diri, tapi apabila melihat rakan mengandung, mulalah rasa sudah bersedia terutama apabila melihat kecomelan dan telatah anak kecil. 

Pengaruh sosial: 

  • Bimbang bila melihat ramai rakan yang sudah mengandung tapi dirinya belum memiliki zuriat. 
  • Stres dengan orang sekeliling yang selalu bertanyakan soalan tentang anak. 

Berkongsi kos:

  • Rakan-rakan berkongsi tips untuk penjimatan seperti membeli baju baby yang murah, jualan ekspo baby terbesar atau tips mencari kos pengasuh atau taska yang murah untuk jaga bayi. Dari situ anda nampak lebih bersemangat dan teruja untuk ada anak. 

Jangan terlalu percaya dengan mitos

kehamilan berjangkit, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan, kehamilan berjangkit dengan rakan pejabat, kehamilan berjangkit dengan rakan sepejabat, mengandung berjangkit, hamil berjangkit, sebab boleh hamil serentak

Kredit: ecografia

Jadi, sebaiknya anda tidak terlalu percaya melaga perut akan membuatkan seseorang itu cepat mengandung.

Kadang-kadang melawak saja untuk berlaga perut tapi kalau betul-betul rakan itu hamil mungkin hanya kebetulan atau sudah tertulis rezeki untuk ada anak. 

Yalah, nanti kalau ada seorang lagi pergi melaga perut lepas itu tak mengandung tak ke frust kawan itu nanti. Aduhai. 

Walauapapun, ia hanyalah permainan psikologi dan keinginan seseorang untuk cepat hamil seperti rakan lain. Biasalah bila tengok rakan lain ada anak, pasti kita pun teringin nak ada baby.

Namun, percayalah rezeki, ajal dan maut semuanya sudah ditentukan. Yang penting anda berdoa, berusaha dan tawakal supaya rezeki anak tetap ada untuk anda dan suami. 

Pernah tak lalui pengalaman kehamilan berjangkit ini? Jangan lupa untuk kongsikannya dengan kami di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: sirap limau 

Sumber: Sirap limau 

Baca juga

Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan