-

Kehebatan watak animasi di Malaysia

Share this article with other mums

Dengan menonjolkan lagi kehebatan watak animasi seperti ini, ia dapat membantu kita menghargai keistimewaan ini.

Jrnyboard blog baru-baru ini telah satu perkongsian menarik tentang watak-watak animasi di Malaysia. Perkongsian ini dibuat sempena pelancaran blog ini. Di bahagian 1 perkongsian ini, mereka telah berkongsi tentang watak-watak di dalam animasi Upin dan Ipin dan Boboi Boy.

Namun apakah tujuan mereka membuat perkongsian seumpama ini? Menurut mereka, ini kerana setiap anak mempunyai keistimewaan dan keunikkan sendiri. Dengan menonjolkan lagi kehebatan watak animasi seperti ini, ia dapat membantu kita menghargai keistimewaan ini.

Ikuti infografik menarik berikut dari mereka.

Foto ehsan jrnyboard

Jom kita lihat sebahagian watak animasi yang ditampilkan melalui infografik ini.

  • Jarjit merupakan salah satu watak animasi yang sentiasa menghiburkan setiap episod Upin dan Ipin. Dia merupakan rakan sekelas dan sepermainan Upin dan Ipin. Watak Jarjit sangat popular dengan pantun-pantunnya.Watak Jarjit dikategorikan sebagai 50% kreatif kerana pantun-pantunnya yang unik, 30% yakin diri kerana tidak segan mencalonkan diri sendiri sebagai ketua dikalangan kawan-kawannya dan 20% setiakawan kerana tidak pernah mengambil hati dengan gurauan kawan-kawannya.
  • Probe pula merupakan salah seorang watak antagonis di dalam siri animasi Boboi Boy. Dia merupakan pengikut setia Adu Du. Siri animasi Boboi Boy sering kali dimeriahkan dengan pelbagai rancangan Probe dalam usaha menjayakan misi Adu Du.
    Probe dikatakan 50% optimistik atau sentiasa berfikiran positif, 40% panjang akal kerana dia selalu menjumpai jalan untuk menyelesaikan tugasan dari Adu Du serta 10% kesetiaan kerana walaupun kerap dimarahi Adu Du, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya.
  • Mei mei ialah seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu di dalam siri animasi ini. Mei mei juga merupakan salah satu watak animasi di dalam siri Upin dan Ipin. Serta rakan sekelas dan sepermainan Upin dan Ipin.Mei mei disifatkan sebagai 70% menghargai kawan-kawannya kerana 'tagline' nya "saya suka saya suka" yang sering kali disebut terhadap cadangan atau apa-apa yang ditunjukkan kepadanya. 15% kesopanan dan 15% kebaikan kerana sifatnya berbudi bahasa dan disenangi semua orang kerana kebaikkannya.

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, sekiranya anak anda meminati siri animasi ini, dan lebih cenderung dengan salah satu watak, bantu mereka dengan menonjolkan sifat terbaik watak itu.

Dengan ini, contoh yang baik dari watak-watak ini dapat membantu membentuk peribadi mereka kerana anak-anak lebih gemar mengikuti sesuatu yang mereka suka 🙂

Activities for kids Entertainment Family Lifestyle