Asyik sakit tapi tak mampus-mampus, suami ini akhirnya menyesal kejam pada isteri

lead image

Seorang suami meluahkan perasaannya yang menyesal bertindak kejam pada isteri sepanjang hayatnya. Kini, dia kehilangan isteri tersebut akibat kanser tahap 4.

Seorang suami yang baru kehilangan isterinya akibat kanser rahim tahap 4 meluahkan penyesalan kerana telah berlaku kejam pada isteri sepanjang isterinya itu hidup.

Ikuti kisah luluh lelaki ini yang dikongsikan oleh sahabat arwah di Facebook Kisah Rumah Tangga. Moga-moga luahan hatinya ini dijadikan sebagai pengajaran untuk semua suami di luar sana agar lebih menghargai isteri-isteri mereka….

Luahan hati suami yang kejam pada isteri

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah.

“Itu je yang arwah ada…”

Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata-kata si suami tu tadi.

“Semalam aku membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada…

“Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak aku pergi ke hospital, aku hanya menganggap ia perkara remeh.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/utf 8eyeem 117802935.jpg Asyik sakit tapi tak mampus mampus, suami ini akhirnya menyesal kejam pada isteri

Aku juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit. Aku ingat ia semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak.

Lalu bangun juga dia untuk memasak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar aku membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya aku…

Namun aku lupa dia hanyalah pinjaman sementara… Bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya.”

Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah aku, arwah bawa 3 beg besar pakaian. Semuanya cantik – cantik…

Dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan aku mengcukupi.”

Si suami mula menangis.

Masa aku tahu arwah sakit… masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Aku marahkan dia kerana tidak menjaga makan.

Tetapi bila aku lihat dia tidak bermaya dan bila aku periksa nadi dia semakin menurun, aku terus bawa dia ke hospital. Masa dalam kereta, mulut aku tak berhenti – henti menyumpah dia..

Kata dia menyusahkan aku, nak diet sampai tak makan, ambil supliment yang bukan – bukan sampai sakit macamni. Masa tu aku sangat marah pada arwah sampai aku terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus – mampus jugak.

Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward, aku lagi berangin dan menunjal – nunjal kepala dia, aku terpaksa batalkan aktiviti badminton aku pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak – anak di rumah.

Tiga hari arwah warded. Jarang sekali aku menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu. 

“Sewaktu dia sakit, aku cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan aku menolak kerusi roda.

Aku ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Aku ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu, dia lesu tak bermaya…

Runtun hati aku melihat wanita yang aku sayang, cintai, menderita. Tiap kali dia sakit, aku ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi.

src=http://ak4.picdn.net/shutterstock/videos/1775294/thumb/1.jpg Asyik sakit tapi tak mampus mampus, suami ini akhirnya menyesal kejam pada isteri

Aku ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal…

Allahu…rupanya arwah terasa dengan kata – kata aku. Aku melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama dia memaafkan kesilapan aku namun itu tidak mampu membasuh dosa aku pada arwah…

Aku mula memeluk dia sewaktu tidur, aku tahu aku akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan aku sayangkan arwah cuma aku lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia.

Aku tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu – satunya wanita yang amat aku kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkan aku bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin…”

 

*****

Sungguh memilukan luahan suami ini yang merasakan dia berlaku kejam pada isteri. Tapi suaminya itu sudah terlambat.

Isterinya yang telah pergi tidak boleh lagi kembali. Pada pasangan di luar sana, tidak kira suami atau isteri, hargailah pasangan kita sementara hayat mereka masih ada.

Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Semua yang ada kini hanyalah pinjaman dan bila tiba masanya, kita akan kehilangan segala-galanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kisah Rumah Tangga, Ayu Aris

Baca juga:

Suami sibuk dengan hp hingga perkahwinan kami di ambang perceraian!