Kelebihan kulit kayu manis!

Bau yang kuat kulit kayu manis sebenarnya terhasil daripada bahagian minyaknya yang tinggi dengan kompaun cinnamaldehyde. Kompaun ini yang menjadikan kulit kayu manis sangat memberi kesan terhadap kesihatan dan metabolisma.

Cinnamon atau kulit kayu manis merupakan rempah ratus yang diambil daripada bahagian dalam kulit batang pokok yang dikenali sebagai Cinnamomum.  Selepas bahagian dalam kulit kayu ini diambil, ia akan dikeringkan lalu terjadinya bentuk batang bergulung seperti yang kita biasa nampak.

Imej ehsan authority nutrition Imej ehsan authority nutrition

Penggunaan kulit kayu manis di dalam makanan sebagai penambah rasa sangat meluas. Tabur di atas roti, rebus bersama ayam untuk dibuat sup atau di dalam kopi.  Selain itu, kulit kayu manis juga digunakan sebagai bahan kecantikan seperti mask muka.

Terdapat dua jenis kulit kayu manis:

  • Ceylon cinnamon atau juga dikenali sebagai kulit kayu manis asli
  • Cassia cinnamon yang banyak terdapat di mana-mana pasaraya dan sering kali di gunakan sekarang.

Bau yang kuat kulit kayu manis sebenarnya terhasil daripada bahagian minyaknya yang tinggi dengan kompaun cinnamaldehyde. Kompaun ini yang menjadikan kulit kayu manis sangat memberi kesan terhadap kesihatan dan metabolisma.

Imej ehsan authority nutrition Imej ehsan authority nutrition

Di antara kebaikan kulit kayu manis ialah:

  1. Antioksida

Kulit kayu manis mempunyai polyphenols, phenolic acid dan flavonoids yang merupakan jenis-jenis antioksida. Sama seperti antioksida yang dijumpai di dalam buahan beri, bawang putih dan coklat gelap. Seperti yang kita tahu, antioksida dapat melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan banyak penyakit kritikal (kanser, penyakit jantung, masalah berkaitan otak).

  1. Anti radang

Kulit kayu manis juga boleh membantu badan manusia melawan jangkitan dan membaiki tisu rosak.  Memakan kulit kayu manis secara tetap boleh membantu mengurangkan kerandangan sistemik. Selain itu, disebabkan sifat kulit kayu manis yang antiradang dan mengurangkan bengkak, ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit otot, kejang semasa haid dan alergi.

  1. Melawan diabetis

Salah satu kelebihan kulit kayu manis ialah ia boleh membantu gula rendah di dalam darah dan kesensitifan hormon insulin, iaitu homon penting dalam memastikan aras gula seimbang. Kulit kayu manis membaiki reseptor supaya lebih responsif terhadap insulin.

  1. Menurutkan kolesterol jahat

Kulit kayu manis dapat meningkatkan HDL yang akan mengurangkan kandungan kolesterol jahat iaitu LDL.

  1. Membantu melawan penyakit neurodegenerative

Penyakit neurodegenerative ialah pengurangan fungsi dan struktur sel otak. Contoh dua penyakit yang biasa kita dengar ialah Alzheimer dan Parkinson. Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan menunjukan pemulihan yang positif untuk dua penyakit ini.

  1. Anti kanser

Kulit kayu manis juga dikatakan berpotensi digunakan untuk mengurangkan risiko dan mengubati kanser. Namun penyelidikan lebih lanjut diperlukan bagi membuktikan keberkesanannya terhadap manusia memandangkan kebanyakkan ujikaji yang dijalankan terhad kepada haiwan dan tabung uji kaji sahaja.

cinnamon-benefits-infographic

Kesan sampingan yang patut anda tahu:

  • Selalunya, kulit kayu manis tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan, namun, penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan kulit bibir merengsa dan pedih. Atau juga sesetengah menyifatkannya sebagao kesan alergi
  • Kuantiti kulit kayu manis cassia yang terlampau tinggi boleh menjadi toksik terhadap mereka yang mempunyai masalah hati kerana ia mampu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Serta bagi yang mempunyai diabetis, dapatkan nasihat doktor supaya anda boleh ubah suai mengikut keperluan.
  • Wanita hamil dan kanak-kanak tidak digalakan untuk mengambil kulit kayu manis yang berlebihan.

Imej ehsan pinch of health Imej ehsan pinch of health

Sumber:

www.organicauthority.com/health/11-health-benefits-of-cinnamon.html

authoritynutrition.com/10-proven-benefits-of-cinnamon/

draxe.com/health-benefits-cinnamon/