Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

undefined

Proses pemancutan keluar air mani dipenuhi dengan perasaan penuh keseronokan dan memuaskan.Baca artikel ini untuk mendapatkan fakta mengenai air mani!

Ketika anda beraksi ‘bersama’ isteri, pancutan keluar air mani akan membuatkan aktiviti seks anda menjadi sebuah kenikmatan yang tidak terhingga.

Bagi segelintir orang, pastinya pengetahuan anda anda lebih berfokus kepada sperma berbanding dengan air mani.

Hal yang lebih teruk lagi,  ada yang beranggapan bahawa air mani dan sperma adalah perkara yang sama, namun padahalnya kedua-dua ini berbeza.

Keluar air mani dari kemaluan

lelaki keluar air mani

kredit gambar: Hello Doktor

Secara umumnya, air mani adalah cairan yang berwarna putih. Di dalam air mani pula mengandungi sperma, pelbagai enzim dan fruktosa yang membolehkan sperma disenyawakan di dalam ovum.

Sperma adalah sel pembiakan lelaki yang mengandungi setengah kromosom.

Dengan ini, air mani dan sperma adalah dua perkara yang berbeza. Ada beberapa fakta unik mengenai keluar air mani yang boleh mengejutkan anda. Antaranya:

#1. Air mani mengandungi nutrien

Kandungan air mani yang tinggi dengan protein menyebabkan warnanya menjadi putih kekeruhan.

Selain protein dan sel sperma, air mani juga terdiri daripada pelbagai nutrisi lain seperti vitamin C, fruktosa, zat besi, kalsium, magnesium, natrium, kalium, vitamin B12, kalori dan air.

#2. Sebanyak 5% air mani adalah sperma

keluar air mani ketika seks

Foto: Medical News Today

Setiap kali anda keluar air mani, ia juga mengandungi kuantiti sperma yang banyak. Dalam hal ini, bilangan sperma yang terkandung dalam setiap ejakulasi adalah sekitar 200-500 juta.

Sebenarnya, keluar air mani dan berapa banyak ia terhasil bergantung pada tempoh ejakulasi seseorang. Bagi setiap jumlah sperma yang dihasilkan pula, ia dianggarkan hanya 5% sahaja dari keseluruhan air mani.

Fungsi air mani juga mampu meneutralkan keasidan sperma ketika memasuki vagina bagi melindungi sperma dari mati dan dapat disenyawakan dengan baik.

#3. Pengambilan makanan harian mempengaruhi rasa air mani

Terdapat segelintir orang mempercayai bahawa tabiat pengambilan makanan dan minuman seharian akan mempengaruhi rasa air mani.

Jika anda memakan buah-buahan, maka air mani akan memiliki rasa yang lebih ghairah. Namun, perkara ini masih menjadi mitos dan belum ada kajian yang membuktikannya.

Apa yang pasti, makanan dan minuman yang diambil tidak akan mempengaruhi rasa air mani.

Biarpun ada yang merasai air mani dan mengatakan ia berasa sedikit manis, namun sebenarnya ia adalah disebabkan oleh kandungan fruktosa.

Bagi anda yang perokok tegar, rasa sebenar air mani boleh terjejas kerana adanya bahan-bahan yang terlarang seperti nikotin, tar dan karbon monoksida.

#4. Kepekatan berubah setiap hari

pancut air mani

Foto: 1stNews

Kebiasaannya, air mani lelaki tidak akan selamanya pekat dan juga tidak selalunya akan cair kerana ia berubah pada setiap hari.

Anda jangan risau jika mendapati perubahan terhadap tesktur air mani kerana ia adalah perkara yang normal. Ada ketika keluar air mani yang menyerupai gel dan terkadang ia dalam bentuk cair.

Faktor yang mempengaruhi perubahan terhadap kepekatan air mani adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah kadar pengambilan air yang diperlukan untuk tubuh anda.

Semakin banyak pengambilan air dalam sehari, air mani akan menjadi semakin cair.

#5. Menelan air mani tidak membuat gemuk

Ada yang mengatakan bahawa menelan air mani suami boleh menyebabkan kegemukan. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata.

Biarpun air mani mengandungi kalori dan jika isteri menelannya, anda tidak akan menjadi gemuk. Air mani yang dihasilkan ketika ejakulasi hanya memiliki sedikit sahaja kalori iaitu sekitar 5 kalori sahaja.

#6. Alergi jarang terjadi

Kebanyakan isteri menolak apabila diminta air mani kerana bimbang akan terkena alahan. Dalam hal ini, cairan air mani sememangnya berpotensi menyebabkan kepada alergik, tetapi masalah ini sangat jarang berlaku.

Berdasarkan sebuah penelitian, wanita yang mengalami alergi air mani hanya sekitar 1-15% saja.

Antara tanda-tanda alergik pada air mani adalah timbunya rasa gatal, kemerahan, dan bengkak pada kulit atau bahagian tubuh yang terkena air mani.

#7.  Menyebabkan penyakit kelamin

Biarpun cairan air mani mengandungi nutrisi yang baik, tetapi ia juga berpotensi menularkan penyakit berkaitan dengan seksual.

Penyakit kelamin ini disebarkan melalui hubungan seks antara pasangan yang telah dijangkiti kuman seperti chlamydia, sifilis dan gonorrhoea.

Untuk menghindari risiko dari terkena penyakit kelamin ini, anda perlu mengamalkan hubungan seksual yang sihat dengan pasangan.

Sumber: honestdocs

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwarna-air-mani

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!