Kemas Rumah Cara KonMari - Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Kemas Rumah Cara KonMari - Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Seorang ibu kepada dua orang anak berjaya memastikan rumahnya sentiasa bersih dan teratur dengan cara kemas rumah KonMari. Anak dia pun bijak mengemas!

Mengemas adalah kerja rumah yang paling pening untuk ibu-ibu terutamanya bagi mereka yang ada kanak-kanak kecil.

Selepas mempunyai anak, kerja mengemas barang dan permainan mereka seolah-olah tugas yang tidak berkesudahan.

Tapi, ibu semua jangan takut! Kami mungkin ada jalan penyelesaian untuk anda.

Kemas rumah cara KonMari

Kemas rumah cara KonMari? Apa itu? Haa…. mari kami jelaskan.

Sejak pengeluaran buku The Life-changing Magic of Tidying Up, Marie Kondo telah jadi inspirasi terkenal di kalangan penulis blog minimalis dan mereka yang ingin belajar cara sistematik untuk mengemaskan rumah yang bersepah.

Kemas Rumah Cara KonMari - Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Buku Marie Kondo. Sumber gambar: Today

Pengasas cara KonMari ini ibu kepada dua orang anak masih boleh memastikan rumahnya dalam keadaan yang bersih dan teratur!

Wow…

Bagaimana nak kemas rumah cara KonMari?

Cuba tengok cara dia mengemas! Apakah rahsianya? Kalau hari-hari rumah macam showroom Uniqlo, siapa tak nak?

kemas rumah

Kemas rumah cara KonMari

Cara mengemas ala KonMari ini sebenarnya sangat senang. Begini:

  1. Kumpul barang dari kategori yang sama dan letak dalam longgokan besar
  2. Asing dan simpan barang-barang kesayangan yang menggembirakan sahaja
  3. Kemudian buang atau dermakan semua barang-barang yang tak diperlukan

Senang saja bukan?

Apabila rumah tak penuh dengan terlalu banyak barang, tugas mengemas akan jadi lebih senang. Kondo berpendapat rumah yang bersepah boleh jadi punca tekanan.

Kondo selalu berkongsi macam-macam tips untuk mengemas rumah di Instagram seperti video di bawah yang menunjukkan cara untuk mengemas pakaian bayi.

www.instagram.com/p/BWS1vaigxYI/?taken-by=mariekondo

Hadkan tempat untuk barangan anak

“Satu petua yang saya ingin kongsikan ialah kepentingan untuk mengehadkan ruang yang ditetapkan untuk barang-barang kepunyaan anak. 

Dengan cara ini ibu bapa akan lebih sedar mereka tak boleh membeli barang dengan terlalu banyak. Lagipun, rumah anda juga adalah ruang yang terhad!” kongsi Marie di Instagram.

Tetapkan batasan sebelum mula membeli, ini sudah boleh banyak menolong mengurangkan barang anak di rumah!

Ajar anak untuk kemas rumah juga!

Apabila dia ditemuduga oleh Wall Street Journal, Kondo berkata, anak perempuannya berusia 2 tahun itu juga sudah pandai melipat pakaiannya sendiri.

“Tak terlalu awal untuk menggalakkan anak mengemaskan rumah pun,” kata Kondo yang mencadangkan tugas-tugas senang seperti menggunakan mop mainan atau untuk padankan stoking yang sama.

“Anak saya sudah boleh mula belajar sekitar umur 1 tahun, apabila sudah pandai berjalan.”

Kemas rumah seperti anda sedang bermain

Apabila mengajar anak untuk melakukan kerja mengemaskan rumah, beliau selalu masukkan unsur keseronokan dengan menggabungkan tugas mengemas dengan permainan mereka seperti ini:

Kemas Rumah Cara KonMari - Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Atau suruh mereka pura-pura menjadi kanggaru dan masukan stoking yang telah digulung ke dalam “kantung” di perut mereka:

Kemas Rumah Cara KonMari - Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas! 

Apabila sesuatu tugas kelihatan seronok, anak akan lebih rela untuk cuba.

Ibu bapa yang mempunyai terlalu banyak barang di rumah perlu tackle barang mereka dulu. 

Ini akan mengajar anak gaya rumah yang kemas, sikap bersederhana dan sikap suka mengemas.

Kondo berpendapat kanak-kanak yang mempunyai sikap suka mengemaskan rumah akan lebih berjaya apabila mereka besar nanti.

Mereka akan menjadi orang yang mementingkan rumah mereka.

“Mengemas rumah memerlukan kesedaran akan tanggungjawab, memupuk rasa syukur dan menanamkan disiplin,” kata Kondo.

Sumber: Motherly dan Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Tip Untuk Mengemas Permainan Kepunyaan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner