Kembali Pulih Selepas Bersalin Secara Normal: Perkara Penting Anda Harus Tahu

Share this article with other mums

Anda wanita hamil yang bakal bersalin tak lama lagi? Banyak soalan bermain di minda? Mari baca perkara-perkara penting yang harus anda tahu tentang apa yang berlaku selepas bersalin!

Anda sarat hamil dan sedang merancang tentang proses bersalin? Biasanya, wanita akan lebih kerap khuatir dan ingin tahu tentang semua perkara sebelum menjalani sesuatu. 

Sama seperti proses bersalin ini. Wanita sarat hamil pasti tertanya-tanya tentang pelbagai perkara. Sakit bersalin secara normal berapa lama? Bila kesakitan boleh pulih dan bila anda boleh mula bekerja? Ada perkara penting yang harus diketahui oleh semua ibu yang sarat mengandung ke? Adakah proses bersalin bahaya?

Semua benda bermain di minda. Dan… anda telah datang ke tempat yang betul!

Kami di theAsianparent akan merungkai perkara penting yang harus anda tahu tentang proses kembali pulih selepas bersalin secara normal. Jom baca!

Kesakitan Yang Kerap Berlaku Selepas Bersalin & Faktor-faktornya

Mom Junction mendedahkan minggu ke-6 hingga ke-8 selepas kelahiran secara normal adalah fasa yang paling kritikal untuk faraj anda.

Pada ketika ini, badan akan mula kembali pulih seperti sedia kala selepas pelbagai perubahan ketika hamil dan bersalin. Akan tetapi, untuk kembali pulih… anda perlu melalui beberapa kesakitan!

Antara kesakitan dan perubahan yang dilalui oleh badan anda selepas bersalin adalah:

Rahim anda akan mengecut untuk kembali ke bentuk asal. Biasanya, ia akan mengambil masa selama 6 hingga 8 minggu.

  • Kesakitan di sekitar leher, rahang dan otot lengan

Ini kesakitan biasa. Ia berpunca dari tekanan yang diterima badan ketika anda melalui proses bersalin. Biasanya, kesakitan ini akan hilang selepas beberapa hari.

  • Pendarahan selepas bersalin (lochia)

Lochia adalah sedikit pendarahan yang keluar daripada faraj selepas proses bersalin. Pendarahan ini mengandungi darah, tisu daripada rahim dan bakteria.

Kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan selepas bersalin dalam kuantiti yang sedikit dan akan darah akan berhenti selepas dua hingga empat minggu. 

Namun, dapatkan doktor pakar dengan segera jika pendarahan anda tidak berhenti.

  • Kesakitan, kebas dan tak selesa di bahagian faraj

Biasanya, kesakitan dan kes-kes tidak selesa di bahagian faraj adalah normal selepas bersalin. Jika anda melalui episiotomi, kesan koyakan pada faraj mungkin lebih besar. Jadi, tanda-tanda kesakitan mungkin lebih teruk.

  • Bengkak di kaki

Semuanya kerana tekanan yang telah anda lalui ketika proses hamil dan bersalin.

  • Sembelit dan sukar untuk buang air besar

Beberapa minggu pertama selepas bersalin, anda akan mengalami kesulitan ini. Bersabar sajalah!

Biasanya, bengkak ini akan hilang dalam masa beberapa hari. Ia kerana badan anda sedang bersedia untuk menghasil dan menyimpan susu badan. 

Tips: Apa Perlu Anda Buat Untuk Membantu Diri Sendiri

Bila anak itu telah dilahirkan, semua fokus ibu adalah untuk mencurahkan kasih sayang pada anak tersebut. Sedangkan badan tengah sakit ni! Betapa bernilainya kasih sayang seorang ibu. Tapi, jangan lupa tentang badan sendiri, wahai wanita sekalian.

Badan anda perlukan rehat. Dan proses untuk pulih selepas bersalin mungkin akan mengambil masa!

Apa yang perlu anda buat? Cuba beberapa perkara di bawah ini:

  1. Jangan tahan kencing. Pergi kencing! Pundi kencing yang terlalu penuh akan mengganggu rahim jadi ia tak boleh mengecut.
  2. Letak pek ais di antara tuala wanita dan kesan luka pada faraj anda. Ia akan memberi sedikit keselesaan.
  3. Ketika kencing, tuang sedikit air suam di kawasan kemaluan untuk mengurangkan kesakitan.
  4. Pastikan kawasan di antara lubang faraj dan lubang dubur bersih.
  5. Hati-hati bila nak duduk. Letak bantal di bawah punggung.
  6. Cuba berbaring dengan muka menunduk ke bawah. Letakkan bantal di bahagian bawah perut.
  7. Perlahan-lahan urut bahagian bawah perut.

Apa yang pasti, waktu inilah anda perlu menjaga tubuh badan itu dengan sehabis baik! Badan anda memerlukan penjagaan rapi untuk kembali pulih.

Jadi, pastikan anda mendapat tidur dan makan dengan secukupnya. Hubungi doktor jika anda melalui kesakitan yang teramat. Ia mungkin mampu mengundang bahaya!

Bagaimana anda berpantang selepas bersalin? Ada sebarang tips berguna yang banyak membantu anda? Kongsikan dengan kami dan ibu bapa lain!

Apa pun, tahniah kerana tak lama lagi anda akan melahirkan cahaya mata itu! Beg sebelum anda ke hospital bersalin sudah kemas? Pastikan 13 benda ini ada dalam beg!

 

Sumber rujukan: Mom Junction dan Baby Center

Kehamilan