Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

undefined

Wujud pelbagai budaya dan kepercayaan dalam masyarakat kita ia termasuk istilah yang dipanggil kenan yang sering dikaitkan dengan bayi dan ibu hamil. 

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Jadi tidak hairanlah wujud pelbagai budaya dan kepercayaan dalam masyarakat kita ia termasuk istilah yang dipanggil kenan yang sering dikaitkan dengan bayi dan ibu hamil. 

Kenan dalam masyarakat Melayu dapat difahami dalam pelbagai takrifan yang mana menurut Kamus Dewan, perkataan kenan mempunyai dua pengertian iaitu pertama, tanda atau cacat pada kulit, anggota, tubuh, dan lain-lain semenjak lahir lagi.

Kedua, keganjilan tertentu pada gerak geri, kelakuan dan lain-lain seperti tangisan yang menyerupai salakan anjing atau keganjilan gerak geri seperti menyerupai kera. Kenan juga dianggap keadaan bayi yang tidak sempurna dan biasanya dikaitkan dengan karakter dan fizikal binatang tertentu seperti monyet.

Kenan terjadi akibat perbuatan ibu bapa?

Seringkali kita dengar, ibu hamil tidak digalakkan melihat gambar yang tidak elok seperti hantu dan sebagainya kerana ditakuti anak yang dilahirkan akan menyerupai rupa tidak elok itu.

Selain itu, kita juga sering dengar, lelaki yang mempunyai isteri yang sedang hamil, tidak boleh pergi memancing dikhuatiri anak yang bakal dilahirkan akan sumbing. 

Sejauh manakah logiknya kepercayaan ini? 

Kenan adalah kecelakaan sama ada merupakan penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru dilahirkan akibat melanggar pantang, yang dilakukan ibu atau bapa ketika bayi masih dalam kandungan.

Ia boleh terjadi kerana perbuatan membunuh, menyeksa binatang atau si pelaku melakukan sesuatu dalam keadaan lupa dirinya sedang mengandung.

Pantang larang dikaitkan dengan kenan bagi ibu hamil

Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan dari dalam kandungan hinggalah kematian.

#1. Tidak boleh mencaci atau bercerita mengenai kecacatan

Wanita mengandung dilarang mencaci atau bercerita mengenai seseorang yang cacat kepada orang lain, atau tidak digalakkan melihat orang cacat. Jika tidak kononya anak yang bakal dilahirkan juga akan cacat anggotanya.

#2. Tidak dibenarkan melihat sesuatu yang ganjil 

Gambar seperti ilustrasi bermata satu atau apa saja yang ganjil tidak digalakkan untuk tengok kerana dikhuatiri terkenan. 

#3. Digalakkan buka plastik dari atas tidak boleh koyak ditengah

Jika melanggar pantang larang ini dikhuatiri ibu tidak boleh bersalin secara normal dan perlu melalui pembedahan.

#4. Suami tidak boleh mencucuk sesuatu atau pergi memancing

kenan

Ia kononnya kerana untuk mengelakkan anak lahir dengan bibir sumbing.

#5. Tidak boleh memahat, mengail atau menyembelih ayam, atau binatang ternakan lain

Jika ia dilakukan oleh ibu mengandung anak yang bakal lahir dikhuatiri bibir terbelah atau mendapat kecacatan lain pada anggotanya.

#6. Keluarga atau ibu hamil tidak boleh menyeksa atau membunuh binatang

Ibu yang mengandung juga tidak boleh terperanjat atau mengenangkan sesuatu benda keterlaluan. Sekiranya ini terjadi, anak dalam kandungan akan terkena kenan atau cacat.

 Jika diteliti, kebanyakan pantang larang itu merujuk kepada perbuatan atau kelakuan ibu atau bapa dalam tempoh mengandung.

Sebahagian pantang larang itu tujuannya adalah baik untuk mengelakkan sesuatu terjadi kepada bayi dalam kandungan, di samping menjaga keharmonian alam sekitar tanpa menzalimi makhluk lain.

Kenan dan perspektif perubatan

Setiap kenan yang berlaku dalam masyarakat seperti kenan ular, monyet dan katak dikenali sebagai sindrom atau penyakit tertentu yang ganjil dalam ilmu perubatan.

Ia hanya terjadi kepada sebahagian orang sahaja yang dikenali sebagai penyakit genetik. Antaranya termasuk

#1.Harlequin type ichthyosis vs kenan ular

Harlequin ichthyosis sindrom penyakit kulit yang parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir yang mana ia dapat dilihat lapisan kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian.  Dalam masyarakat Melayu yang mana lazimnya mempercayai kenan, sindrom ini dikenali sebagai kenan ular.

#2. Sindrom ambras vs kenan monyet

kenan

Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu. Dalam masyarakat Melayu, ia turut dikenali sebagai kenan monyet.

#3. Bibir sumbing vs kenan ikan

Bibir sumbing atau nama saintifiknya cleft lip ialah kelainan pada celah bibir atas yang wujud sejak bayi lahir. Apabila celah yang berada pada bahagian langit-langit rongga mulut (palate), kelainan ini disebut cleft palate.

#4. Sindrom Prune Belly vs kenan katak

kenan

Sindrom ini digambarkan dengan keadaan fizikal bayi menggambarkan ketiadaan abdomen pada bahagian hadapan. Ia dikenali sebagai kenan katak di dalam masyarakat Melayu.

Semua kes kenan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu pada hakikatnya memang ada dan benar-benar berlaku. Namun demikian, ia tidaklah boleh dikaitkan semata-mata dengan perbuatan melanggar pantang larang, membunuh atau menyeksa binatang dan sebagainya. 

Sumber: darussyifabbst

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-tidak-sempurna

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!