5 sebab kenapa anak anda itu sering lapar

Kadang kita bimbang anak tidak cukup makan. Tapi kadang-kadang, kita juga bimbang apabila melihat kenapa anak sering lapar. Apa yang tak kena? Ini 5 sebab kenapa anak selalu lapar

Dilema ibu bapa, pasti anda akan tertanya-tanya sama ada anak cukup makan atau tidak. Adakah mereka makan makanan yang sihat? Adakah mereka kenyang? Ada juga tertanya-tanya kenapa anak sering lapar?

Memang mencabar untuk berdepan dengan tabiat makan anak-anak. Adakalanya mereka terlalu cerewet, adakalanya mereka tidak mahu makan langsung.

Tetapi ada juga yang kerap makan tanpa henti! Ini membuatkan ibu risau, kenapa anak sering lapar ni? Tak cukup khasiat ke makanan yang diberi?

Jika anda tertanya-tanya kenapa anak sering lapar, berikut adalah 5 sebab yang mungkin menjadi punca:

5 sebab kenapa anak sering lapar

1. Tabiat anak untuk “memakan”

kenapa anak sering lapar, anak cepat lapar, kenapa anak selalu lapar, anak mudah lapar, anak makan banyak

Kerap makan tidak bermakna mereka kerap berasa lapar. Ia mungkin kerana mereka sudah terbiasa untuk makan sesuatu ketika itu.

Sebab itu ada ibu bapa yang tersalah anggap dan serabut memikirkan kenapa anak sering lapar.

Contohnya jika duduk depan tv, duduk dalam carseat dan sebagainya. Mereka sudah terbiasa makan, lalu mereka akan melakukan tabiat itu berulang-ulang kali.

Salah satu sebab lagi ialah mereka tahu mereka sentiasa boleh mendapatkan apa yang mereka mahu dari ibu bapa.

Apa yang anda boleh lakukan ialah menulis jadual makan. Termasuklah masa snek. Serta makan di tempat khas seperti meja makan.

2. Anak rasa disekat

Apabila makanan mereka disekat dan cara mereka makan dikawal, mereka rasa disekat. Dan ini akan membuatkan mereka mula mahu makan untuk membalas apa yang mereka rasa.

Ini boleh menyebabkan berat badan berlebihan.

Apa yang anda boleh buat selain menyediakan jadual makan ialah biar anda anda berhenti makan apabila mereka mahu. Anda juga boleh sediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk mereka.

3. Kurang makanan yang mengenyangkan

kenapa anak sering lapar, anak cepat lapar, kenapa anak selalu lapar, anak mudah lapar, anak makan banyak

Kadang-kadang, ibu bapa tidak perasan makanan yang disediakan untuk anak-anak mungkin tidak mengandungi lemak yang cukup. Lemak penting untuk diet anak.

Namun ia haruslah sumber lemak yang sihat.

Kurangkan makanan proses kerana ia bukan sahaja tidak berkhasiat untuk anak-anak, malah ia tidak cukup mengenyangkan! Mereka akan kerap makan kerana tidak kenyang.

Sebab itu anda asyik tertanya-tanya kenapa anak sering lapar walaupun sudah makan burger McDonald.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengikut piramid makanan, serta berikan makanan yang seimbang untuk anak-anak anda.

Pastikan mereka mendapat karbohidrat, protein , serat yang mencukupi.

4. Sedang melalui fasa membesar

Jawapan kepada kenapa anak sering lapar adalah normal saja – anak anda sedang aktif dan membesar.

Mereka perlukan lebih makanan supaya ada tenaga untuk bermain. Sebab itu kadang-kadang mereka makan bertambah, atau bangun terus sangat lapar.

Apa yang anda boleh buat ialah, banyakkan kuantiti makanan mengenyangkan di dalam menu mereka. Dapatkan nasihat dietetik atau doktor tentang apa yang anda patut tambah.

5. Tiada makanan yang mereka gemar

kenapa anak sering lapar, anak cepat lapar, kenapa anak selalu lapar, anak mudah lapar, anak makan banyak

Jika makanan yang disediakan tidak memikat mereka, mereka tidak mahu makan. Kemudian mereka akan membalas dengan makanan yang mereka gemar contohnya snek.

Apa yang anda boleh lakukan ialah, tanya mereka apa yang mereka ingin makan. Atau biar mereka membantu anda memasak. Mereka akan lebih teruja hendak makan.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Beri makanan minda ini pada anak seminggu sekali untuk lebih bijak: Kajian