5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Pakar psikiatris dan ahli forensik ini telah mendedahkan 5 sebab yang menakutkan kenapa ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri. Apa yang boleh kita buat untuk mengelaknya?

Kenapa ibu bapa sanggup bunuh anak sendiri?

Tempoh hari, kita berdukacita dengan berita Sherin Mathews yang didakwa hilang selepas dihukum berdiri di luar rumah kerana enggan minum susu.

Malangnya, polis telah menemui mayat Sherin dan bapanya sendiri mengaku telah membunuh kanak-kanak itu kerana menyuap secara paksa.

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Selepas Sherin mati, si bapa sanggup mengalihkan badan mangsa dan meletaknya di sebuah longkang besar.

Di mana kasih sayang seorang bapa pada anaknya? Mengapa ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri?

Jangan terkejut, tapi kajian dari Journal Forensic Science International mendapati sebanyak 500 kes kematian kanak-kanak adalah sebab dibunuh ibu bapa!

72% daripada pembunuhan itu melibatkan anak yang berusia 6 tahun ke bawah, manakala 28% lagi melibatkan bayi yang berusia bawah 1 tahun. 

40% daripada kematian dilakukan oleh si ibu manakala 60% dilakukan si bapa. Tapi, persoalannya di sini adalah mengapa?

Pakar psikiatris dan ahli forensik Phillip J. Resnick telah mendedahkan 5 sebab mengapa ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri. 

Antaranya ialah:

#1 Rasa anak akan dapat hidup lebih baik

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Terdapat ibu bapa yang membunuh anak mereka kerana menganggap anak akan dapat hidup yang lebih baik dan lebih selesa.

Kes seperti ini selalunya berlaku jika anak tersebut menghidap penyakit kronik dan akan meninggalkan ibu bapa. 

Mereka tidak sanggup melihat anak menderita…

Contoh seperti ibu ini yang membiarkan anaknya dengan demam kuning, maut tanpa rawatan.

#2 Ibu bapa ada masalah psikosis akut

Ibu bapa boleh membunuh anak-anak mereka jika mereka melalui kesukaran untuk mengenal realiti.

Hal ini mungkin terjadi kerana mereka mengalami gangguan mental seperti masalah psikosis akut.

Mereka akan percaya anak tersebut bukanlah “realiti” dan mereka perlu menyelamatkannya.

#3 Anak yang tidak diingini

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Menurut Resnick lagi, tindakan membunuh anak boleh diambil jika ibu bapa menganggap anak itu adalah satu “beban”.

Malah, ibu bapa juga boleh menghadapi masalah sosial di mana mereka takut dihina dan ada masalah kewangan untuk membesarkan anak hingga mereka sanggup membunuh.

Pada tahun 2010, seorang wanita bernama Dominique Cottrez ditahan selepas membunuh 8 bayi baru lahir beliau, dan menyorokkan semua bayi itu di kampung.

#4 Bunuh secara tidak sengaja

Kadang-kala, kejadian anak dibunuh ibu bapa terjadi secara tidak sengaja. Ia mungkin terjadi kerana ibu bapa cuai.

Wanita sering menjadi tumpuan media jika mereka didapati membunuh kerana masyarakat berang seorang ibu “sanggup berbuat demikian”.

Tindakan seperti itu seakan menghancurkan kepercayaan pada seorang ibu. Namun, lebih ramai bapa/bapa tiri yang tidak sengaja membunuh anak sendiri.

Ia biasanya terjadi jika ada kes penderaan. Penderaan yang berterusan boleh menyebabkan kecederaan badan, kepala dan urat saraf hingga boleh bawa maut.

#5 Ingin balas dendam pada pasangan

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Tindakan membunuh anak sendiri adalah tindakan yang kejam. Tapi, tindakan membunuh anak sebab ingin membalas dendam pada pasangan adalah lebih kejam!

Menurut kajian dari Australia, ramai bapa membunuh anak kerana ingin “menghukum” si ibu.

Ini terjadi kerana si ibu mungkin terlepas dari tangan si bapa, lalu penderaan yang boleh dilakukan oleh bapa itu untuk “menyakiti” ibu kini adalah dengan membunuh anaknya.

Bolehkah kita mengelak kejadian ngeri ini?

Walaupun kita tidak dapat meneka niat mana-mana ibu bapa yang ingin mencederakan anak mereka, tapi kita dapat membaca tanda-tanda yang mereka mungkin dalam masalah.

Untuk mengelak kejadian seperti ini semakin meningkat, perhati tanda-tanda penderaan fizikal, emosi atau mental yang mungkin dihadapi kanak-kanak.

Ibu bapa yang tertekan juga tidak harus dipandang sebelah mata. Mereka harus menerima rawatan. Tiada apa yang perlu dimalukan jika anda menerima rawatan.

Jangan terdorong dek nafsu hingga hilang akal dan membunuh anak sendiri. 

Sumber rujukan: Culture Cheat Sheet dan CNN

Kredit gambar: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner