Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

lead image

Kenapa payudara sakit sebelum haid? Sebab sakit sangat, ia jadi lebih sensitif dan menimbulkan rasa tidak selesa. Mari ketahui jawapannya dari sudut sains.

Anda perasan tak rasa payudara sakit sebelum haid? Bila hampir saja waktu nak datang bulan, mulalah payudara ini rasa membengkak dan seakan sangat sensitif dengan sentuhan!

Kadangkala, payudara sakit sebelum haid itu rasa biasa-biasa saja namun ada juga masa di mana ia agak ketara dan memeritkan. Pernahkah anda terfikir mengapa ia terjadi? Kami akan berkongsikan dengan anda penerangannya menurut sains.

Payudara sakit sebelum haid kerana perubahan hormon

Adalah menjadi rutin kita para wanita untuk mengalami perubahan hormon tanpa henti dalam badan. Kadangkala, kita tidak sedar tentangnya.

Namun, apabila terasa saja sakit-sakit pada payudara, ketahuilah bahawa itu salah satu petanda yang hormon sedang berfungsi dalam badan kita!

why breasts hurt before period Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

Source: Careguru.in

Pada bahagian kitaran haid kedua iaitu di antara hari ke 14 sehingga hari 28, akan ada 2 hormon yang meningkat, iaitu estrogen dan progesteron.

Selepas haid habis, tahap estrogen dalam badan wanita selalunya akan mula meningkat dan memuncak pada hari ke 14.

Pada waktu ini, hormon estrogen akan menyediakan badan kita untuk proses ovulasi iaitu proses mengeluarkan telur dari ovari untuk persenyawaan.

Kesan daripada peningkatan estrogen dalam badan kita, saluran payudara (breast ducts) akan membesar dan terasa padat. Sebab itulah pada waktu ini, payudara anda akan berasa tidak selesa sedikit.

Hormon progesteron menyediakan payudara untuk menyusu bayi jika anda hamil

mom breastfeeding baby Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

Yang keduanya, payudara sakit sebelum haid adalah disebabkan oleh hormon progesteron yang mula ‘bertugas’ selepas proses ovulasi.

Hormon progesteron akan membesarkan saluran susu payudara. Ia bagi menyediakan payudara untuk menghasil dan menyalurkan susu sekiranya anda hamil selepas ovulasi.

Disebabkan proses ini, maka anda akan mula mengalami payudara yang sensitif. Ia akan berasa sakit-sakit.

Tetapi, ia tidak sepatutnya mengganggu anda menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Selalunya, rasa sakit ini akan hilang sedikit demi sedikit sehingga haid anda datang.

Payudara sakit sebelum haid mungkin petanda anda hamil!

breasts sore signs of pregnancy Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

Source: WebMD.com

Lagi satu sebab kenapa payudara sakit sebelum datang bulan adalah kerana kemungkinan kita hamil!

Apabila badan mula mengesan yang kita mengandung, hormon progesteron akan terus dihasilkan bagi memulakan proses penghasilan susu badan.

Maka, ia akan terus menyebabkan payudara anda membesar, sakit-sakit dan sangat peka pada sentuhan. Ia akan berterusan sehinggalah akhir tempoh mengandung!

Jadi, kalau selepas ini anda perasan yang payudara anda mula sakit-sakit, jangan risau. Ia adalah satu proses biasa –sebahagian daripada kesan PMS (premenstrual syndrome). Hampir 70% wanita akan merasainya setiap bulan.

Dan, ia juga boleh menjadi tanda yang anda mengandung! Kadangkala, wanita berusia yang hampir menopause juga akan merasai rasa sakit sebegini pada bahagian dada mereka.

Bila anda perlu risau jika merasai payudara sakit?

Namun, jika payudara anda kerap sakit dan salah satu daripada perkara berikut terjadi pada payudara anda, anda perlu segera membuat pemeriksaan di hospital:

  • Ada ketulan luar biasa pada payudara
  • Keluarnya cecair dari puting payudara, terutamanya jika warna merah atau coklat
  • Rasa sakit yang keterlaluan sehingga menyukarkan anda menjalani kehidupan harian seperti biasa

Jika anda ada tanda-tanda sakit pada payudara seperti di atas, maka pada waktu ini, anda perlu risau! Takut-takut ia adalah simptom kepada penyakit yang lebih serius seperti contoh, kanser payudara.

Semoga semuanya selamat untuk anda! 😉