7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & 'Blah' Dari Rumah

lead image

Menurut kajian, lelaki lebih banyak curang dari wanita. Pasti anda tertanya-tanya kenapa suami curang kan? Ini antara 7sebab sebenar kenapa mereka "pilih" untuk curang.

Setiap perkahwinan ada cabarannya yang tersendiri. Tapi salah satu cabaran paling besar dalam perkahwinan adalah penglibatan orang ketiga. Berita suami curang bukanlah satu benda yang mengejutkan. Tapi, kenapa suami curang? Apa sebabnya?

Menurut Laurie Watson, seorang ali terapi seks, curang biasanya berlaku kerana individu tersebut mempunyai masalah dalam perkahwinan mereka.

Tapi kadang-kadang, ia berlaku kerana masalah individu itu sendiri. Dr. Kat Herlein pula menjelaskan, sekurang-kurangnya 40% lelaki mencari “kepuasan seksual” kerana itu mereka mencari wanita lain.

Ini adalah 7 sebab sebenar kenapa suami curang.

7 sebab sebenar kenapa suami curang

Kenapa suami curang #1 Tak matang atau kurang pengalaman

src=https://img.minq.com/filter:scale/quill/6/d/c/e/f/5/6dcef5b0f80591073a920f301c20639e7752003a.jpg?mw=650 7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & Blah Dari Rumah

Salah satu sebab kenapa suami curang adalah kerana mereka tak ada banyak pengalaman yang memerlukan mereka untuk komited dalam hubungan.

Ataupun mereka tak faham yang tindakan mereka ada kesannya lalu merasakan perkara yang mereka lakukan itu tak salah.

Kenapa suami curang #2 Ketagih alkohol, dadah ataupun seks

Mereka mungkin ada masalah dengan alkohol atau dadah yang bpleh mempengaruhi tindakan mereka dan menyebabkan mereka curang.

Mereka juga mungkin ada ketagihan seks di mana mereka perlu melalukan seks fantasi sebagai cara untuk “keluar dari realiti”.

Kenapa suami curang #3 Kurang keyakinan diri

src=https://i1.wp.com/www.elcrema.com/wp content/uploads/2015/09/woman checking mans phone.jpg 7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & Blah Dari Rumah

Salah tu sebab kenapa suami curang adalah mereka hilang keyakinan diri.

Mereka mungkin fikir mereka terlalu tua, tidak menarik atau bodoh pada mata isteri hingga mereka perlu mencari wanita lain yang “boleh menghargai” atau membuat mereka rasa mereka istimewa.

Kenapa suami curang #4 Bosan

Menurut Steve Santagati, penulis Code of Honor Men: The Ten Commandments That Define All Bad Boys, 99% sebab lelaki curang adalah kerana mereka bosan atau bosan dengan hubungan mereka.

Sebab itu mereka mencari wanita lain yang boleh memberikan mereka “personaliti baru” dan menepati keperluan seks dan fantasi mereka.

Kenapa suami curang #5 Perubahan penampilan fizikal isteri

src=https://media.istockphoto.com/photos/man with lover caught by his wife picture id494308405?k=6&m=494308405&s=612x612&w=0&h=h0dABXtCnD2sZYojiRiFk4VEy5jhDYUfRiAkk7Nyy2M= 7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & Blah Dari Rumah

Menurut Steve lagi, salah satu sebab kenapa suami curang adalah kerana mereka “kurang berselera” dengan isteri mereka kerana perubahan penampilan mereka.

Ia seperti, bentuk badan berubah atau isteri tak ada masa untuk menjaga penampilan. Jadi mereka mencari wanita baru yang lebih menarik pada mata mereka.

Kenapa suami curang #6 Tak ada persetujuan atau isteri tak memahami

Ini juga sebab kenapa suami pilih untuk curang dan ada perempuan simpanan – tak ada persetujuan dalam perhubungan atau isteri tak memahami kehendak mereka.

Mereka lebih senang mencari wanita lain yang boleh memahami dan setuju dengan kehendak dan minat mereka dari “buang masa” bergaduh dengan pasangan.

Kenapa suami curang #7 Isteri tolak ajakan seks

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2014/10/dreamstime s 35656372.jpg 7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & Blah Dari Rumah

Dr. Kat Harlein mengatakan yang penolakan isteri untuk melakukan seks juga membuatkan mereka berfikir untuk mencuba dengan wanita lain.

Lelaki normal akan ada keinginan untuk melakukan seks, jadi bila isteri menolak ajakan mereka, mereka akan rasa tersinggung.

Kerana ini mereka mencari wanita lain untuk penuhi keinginan mereka.

Walau apa pun sebab suami curang, mereka sebenarnya sentiasa ada pilihan untuk terus setia dan cuba untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara lain.

Pastikan anda sentiasa bersikap terbuka dengan suami atau isteri anda jika anda mempunyai masalah kerana kejujuran adalah asas perkahwinan.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Irish Mae Manlapaz, mendapat izin theAsianparent Philippines untuk diterjemah.

Baca juga:

5 cara jaga suami agar mereka tak curang diam-diam belakang anda

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!