Pura-Pura Ajak Bermain, Sepupu Lelaki Rogol Bayi 4 Bulan Sampai MATI

Pura-Pura Ajak Bermain, Sepupu Lelaki Rogol Bayi 4 Bulan Sampai MATI

Ya Tuhan tergamaknya sepupu lelaki yang usia 30 tahun merogol bayi perempuan berumur 4 bulan di majlis perkahwinan!

Sepatutnya majlis kenduri kahwin berlangsung dengan penuh kemeriahan tapi lain pula jadinya apabila ia dicemari dengan sikap buruk manusia yang tidak berprikemanusiaan hingga sanggup melakukan perbuatan di luar kewarasan fikiran.

Ini yang berlaku kepada seorang bayi perempuan yang berumur empat bulan yang meninggal dunia selepas dirogol sepupunya yang berumur 30 tahun!

Kejadian ini berlaku semasa kenduri kahwin saudara mereka di Daudnager India pada malam Ahad yang lalu.

Kenduri kahwin bertukar tragedi rogol

kenduri kahwin

Semasa kejadian berlaku, sepupu tersebut bertanyakan kepada ibu mangsa sama ada dia boleh membawa anaknya keluar untuk bermain.

Lantas ibu mangsa yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa memberi kebenaran untuk tertuduh berbuat sedemikian.

Walaubagaimanapun selepas dua jam, keluarga mula mengesyaki sesuatu kerana sepupunyanya itu tidak membawanya pulang kembali kepada si ibu dan melakukan pencarian.

Ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri

kenduri perkahwinan

Walaubagaimanapun, semasa ditemui mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas rumput berdekatan dengan lokasi majlis perkahwinan berlangsung.

Sementara itu, suspek yang hanya dikenali sebagai Pappu melarikan diri dari lokasi kenduri kahwin itu namun berjaya ditahan pada keesokan harinya.

Selepas dikejarkan ke sebuah hospital yang terdekat, mangsa disahkan meninggal dunia.

Ayah kepada bayi itu telah menfailkan dakwaan terhadap anak saudaranya itu yang telah merogol dan membunuh anaknya.

Bagi membantu siasatan ujian bedah siasat akan dilakukan dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi perempuan itu.

Hukuman mati kepada perogol di India

kes rogol bayi

Kerajaan India memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati bagi perogol yang melakukan jenayah berkenaan kepada mangsa yang berumur di bawah 12 tahun.

Menurut laporan Press Trust of India, keputusan itu perlu ditandatangani Presiden India bagi mendapatkan persetujuan parlimen dalam masa enam bulan sebelum diwartakan undang-undang tersebut.

Pun begitu, jika kes rogol berlaku sebelum undang-undang itu disahkan, ia masih boleh diguna pakai ke atas pesalah rogol berkenaan.

Ini bertujuan susulan rakyat India memprotes kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang dirogol beramai-ramai dan kemudiannya dibunuh.

Kesalahan seksual terhadap wanita di India masih tidak menunjukkan angka menurun walaupun hukuman kepada jenayah rogol telah dijalankan sejak 2013 lagi.

Pura-Pura Ajak Bermain, Sepupu Lelaki Rogol Bayi 4 Bulan Sampai MATI

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner