X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung, Elak Risiko Pada Bayi Dalam Perut

7 min bacaan
Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung, Elak Risiko Pada Bayi Dalam Perut

Keputihan semasa hamil yang tidak normal boleh membahayakan dan perlu rawatan segera supaya tidak memberi kesan pada janin dalam kandungan

Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, mengalami keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.

Tetapi jika keputihan ketika hamil disertai dengan rasa gatal-gatal, panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.

Isi Kandungan

  • Keputihan semasa hamil adalah normal
  • Kehamilan mengubah warna keputihan
  • Keputihan ketika hamil banyak
  • Jenis keputihan semasa mengandung tidak normal
  • Kesan keputihan mengandung
  • Cara hilangkan keputihan semasa mengandung
  • Ambil lebih banyak buah dan sayur
  • Cara mengatasi keputihan semasa mengandung
  • Bila perlu jumpa doktor

Keputihan semasa hamil adalah normal

Jangan bertangguh jika anda mengesan sesuatu yang pelik pada keputihan semasa mengandung. Jadi kali ini, kami akan menerangkan mengenai keputihan semasa hamil yang mungkin anda alami. Jom baca dengan lebih lanjut!

Salah satu tanda awal kehamilan adalah perubahan dalam keputihan dan keadaan ini akan berterusan sepanjang kehamilan.

Apabila seorang wanita hamil, farajnya sebahagian besar akan mempunyai ‘personaliti’ tersendiri, kata Dr Sheryl Ross, pakar OB-GYN dan kesihatan wanita di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica, California.

Jenis keputihan yang normal dikenali sebagai leukorea adalah nipis, jernih atau putih susu, dan berbau lembut.

Kehamilan mengubah warna keputihan

Perubahan dalam keputihan semasa mengandung boleh bermula seawal satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, walaupun sebelum anda terlepas haid.

Apabila kehamilan anda meningkat, cecair ini biasanya menjadi lebih ketara, dan ia paling berat pada penghujung kehamilan anda.

Anda mungkin mahu memakai pelapik seluar dalam tanpa wangian. Elakkan penggunaan tampon semasa mengandung.

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda juga mungkin perasan bahawa lelehan mengandungi jaluran lendir tebal dengan jaluran darah. Ini adalah tanda awal bersalin dan tidak boleh mencemaskan.

Keputihan ketika hamil banyak

Adalah perkara biasa untuk ibu hamil mengalami keputihan ketika hamil yang banyak.

Namun dalam sesetengah kes pengeluaran keputihan dengan kuantiti banyak disertai dengan warna keputihan serta berbau, ia mungkin menandakan adanya jangkitan kulat vagina. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah:

  • Jenis keputihan,berketul-ketul, tidak berbau
  • Gatal-gatal dan terbakar di kawasan luar faraj anda (dipanggil vulva)
  • Vulva kelihatan merah dan bengkak
  • Kencing yang menyakitkan
  • Sesetengah wanita juga mengalami ketidakselesaan semasa hubungan seks apabila mereka mempunyai jangkitan yis

Jenis keputihan semasa mengandung tidak normal

Ada beberapa jenis keputihan semasa mengandung yang tidak normal dan memerlukan anda berwaspada. Antaranya adalah:

#1. Bacterial vaginosis

keputihan semasa hamil, bentuk keputihan tanda hamil, kenapa keputihan bau, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berwarna kuning saat hamil

Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.

jenis keputihan semasa mengandung ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral.

Tanda-tanda jenis keputihan semasa mengandung: jumlah keputihan yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir . Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.

#2. Trikomoniasis

keputihan semasa hamil, bentuk keputihan tanda hamil, kenapa keputihan bau, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berwarna kuning saat hamil

Jenis keputihan semasa mengandung ini berpunca disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.

Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.

Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berketul, keputihan berwarna kuning saat hamil, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.

#3. Vaginitis monilia

Jenis keputihan semasa hamil ini boleh berpunca akibat jangkitan monilia. Kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina. 

Jenis keputihan semasa hamil ini bukan disebabkan oleh hubungan seks. Tetapi lebih kepada stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.

Tanda-tanda jenis keputihan semasa hamil ini adalah: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.

Kesan keputihan mengandung

Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis monilia kerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.

Oleh kerana keputihan mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.

Jika anda sedang mengalami keputihan mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, juga dengan doktor untuk pengesahan tepat.

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung

Ibu hamil boleh mengurangkan risiko jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:

  1. Jagalah kesihatan
  2. Makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
  3. Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
  4. Cara hilangkan keputihan semasa mengandung: Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
  5. Lapkan vagina dari depan ke belakang
  6. Cara hilangkan keputihan semasa mengandung: Elak menggunakan pantyliner dengan wangian
  7. Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
  8. Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.

Ambil lebih banyak buah dan sayur

  • Buah-buahan sitrus boleh membantu meneutralkan cecair yang dikeluarkan faraj. Malah ia juga boleh membuatkan bahagian intim anda kurang berbau. 
  • Elakkan makanan pedas. Sebaiknya ambil makanan yang bersup dan mengandungi bahan yang mampu mencuci dalaman wanita, seperti serai, kunyit. Tambahkan dalam masakan anda!
  • Sayuran memang dapat membantu cecair menjadi lebih jernih dan kurang berbau. Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, bendi. Malah sayuran segar seperti taugeh juga bagus!

Cara mengatasi keputihan semasa mengandung

  • Banyakkan minum air kosong bagi memastikan badan sentiasa sihat untuk mengawal jangkitan bakteria pada faraj
  • Cuci kemaluan dengan air dan sabun yang tidak mempunyai pewangi 
  • Pastikan faraj sentiasa bersih dan kering selepas membuang air
  • Elakkan makanan yang pedas dan bergoreng
  • Pakai pakaian yang longgar setiap masa

Kami ada senarai pencuci intim wanita yang selamat dan bebas pewangi untuk anda cuba di sini.

Bila perlu jumpa doktor

keputihan semasa hamil, bentuk keputihan tanda hamil, kenapa keputihan bau, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berwarna kuning saat hamil

Pastikan anda kunjungi mana-mana klinik untuk dapatkan nasihat daripada doktor jika:

  • keputihan anda berwarna kuning, hijau atau coklat
  • keputihan anda mengeluarkan bau busuk seperti bau hanyir (BV)
  • apabila keputihan anda menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada kulit faraj
  • apabila keputihan anda disertai dengan pedih ketika kencing atau melakukan hubungan seks

Anda juga boleh tanyakan doktor kenapa keputihan bau dan apakah bentuk keputihan tanda hamil yang sangat penting untuk anda tahu sepanjang kehamilan bagi memastikan ia bukannya jangkitan dan boleh memudaratkan anda. Jangan risau, doktor anda pasti ada jawapannya!

Semoga artikel ini membawa manfaat untuk anda yang sedang hamil.
 
Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia.
  1. Mayo Clinic (Jan 6, 2021). Yeast infection during pregnancy: Over-the-counter treatment OK? www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginitis/expert-answers/yeast-infection-during-pregnancy/faq-20058355
  2. Very Well Family (May 12, 2022). The Best Pairs of Maternity Underwear for Pregnancy and Postpartum. www.verywellfamily.com/best-maternity-underwear-4690525
  3. WebMD (Sept 15, 2020). Yeast Infection During Pregnancy. www.webmd.com/baby/yeast-infection
  4. What to Expect (June 16, 2021) Yeast Infections During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/yeast-infection/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!

Baca juga: Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung, Elak Risiko Pada Bayi Dalam Perut
Kongsikan:
  • 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

    9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

    9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.