Bestnya Kerja Dari Rumah Dan Jadi VIP Mum Ini, Duit Dan Ilmu Dapat Serentak!

Bestnya Kerja Dari Rumah Dan Jadi VIP Mum Ini, Duit Dan Ilmu Dapat Serentak!

Ibu sudah apply jadi VIP Mum tak? Sambil buat kerja di rumah, anda boleh jawab soalan-soalan yang diajukan dari ibu bapa yang lain!

Fenomena kerja dari rumah 2019 ini sebenarnya sudah popular dan digunapakai sejak bertahun lamanya di negara moden yang menganggap kerja separuh masa boleh memberi pendapatan pada keluarga.

Malah ada juga kerja dari rumah yang memberi income lumayan hingga suri rumah dapat membeli rumah mewah, naik kereta idaman, melancong ke luar negara setiap bulan dan sebagainya.

Jadi kalau anda rasa nak bertukar mood bekerja dari pejabat ke rumah, bolehlah cuba beberapa pekerjaan yang kami senaraikan ini.

5 kerja dari rumah 2019 yang paling popular! 

kerja dari rumah

#1. Data Entry (Masukkan data) 

Untuk kerja ini, anda perlu mendapatkan sebuah komputer riba supaya memudahkan kerja masukkan data sebarapa banyak yang mungkin.

Biasanya syarikat telekomunikasi, insurans dan sebaginya menawarkan banyak kerja data entry kerana ia melibatkan banyak data pengguna. Bayaran gaji biasanya dibuat setiap bulan mengikut banyak mana kerja yang anda buat.

#2. Transcribe/ translator (Salin semula dokumen)

Tugas sebagai transcribe ini pula adalah menyalin semula dokumen atau audio dalam bentuk teks. Kemudian anda perlu juga betulkan dari segi tatabahasa, ejaan, penggunaan kata imbuhan dan sebagainya.

Manakala itu bagi translator atau penterjemah, anda perlu mahir dalam beberapa bahasa terutamanya penguasaan tatabahasa.

Misalnya syarikat multinasional sering kali menggunakan penterjemah yang boleh mentafsirkan semula segala dokumen dari bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa lain mengikut negara yang mereka ada pejabat di sana.

#3. Penulis

Bagi anda yang ada bakat menulis, anda boleh juga menjadi penulis di rumah sama ada bekerja secara sambilan dengan mana-mana syarikat atau menulis dalam blog persendirian di mana anda boleh dapat income dari iklan, review produk dan sebagainya.

#4. Dropship

Sekarang, ramai suri rumah memilih kerja dropship bagi menjana pendapatan dengan hanya marketkan produk jualan syarikat melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Apapun anda perlu bijak dalam bidang pemasaran dan komunikasi yang pasti membuatkan jualan anda laris setiap bulan.

Antara kategori barangan dropship yang boleh dikatakan popular seperti makanan, pakaian, alat kecantikan, produk bayi dan sebagainya.

#5. Upah jahit pakaian

Perniagaan upah jahit pakaian ini biasanya laris semasa musim perayaan dan persekolahan di mana anda boleh menjana pendapatan dengan berlipat ganda di waktu ini.

Kalau hari-hari biasa boleh juga ambil upah outer seluar jeans, labuhkan pakaian, repair zip seluar dan sebagainya.

Jom mohon VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent Malaysia

VIP MUM

Kalau anda ada  free time sambil bekerja di rumah itu, apa kata anda mohon jadi VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent Malaysia juga. Di sini, ada banyak manfaat yang boleh diperoleh!

Berikut antara kelebihan menjadi ahli VIP Mum dalam aplikasi ini. 

vip member#1. Mendapat peluang untuk mengulas tentang produk dan mendapat bayaran untuk setiap ulasan. 

vip mum member#2. Mendapat akses untuk ganjaran eksklusif yang tidak ditawarkan kepada ahli komuniti yang lain. APLIKASI THEASIANPARENT
#3. Dapat jemputan acara eksklusif dari TAP atau klien TAP dan banyak lagi!

Jom kita lihat kriteria pula jika anda berminat untuk jadi sebahagian dari VIP Mum

  • Jika anda merupakan seorang ibu atau sedang mengandungkan bayi.
  • Mempunyai 1,000 atau lebih followers di Facebook mahupun Instagram. Jika mempunyai blog sendiri adalah satu kelebihan yang kami mahukan!
  • Selain itu, anda juga perlu bersedia post tajaan dari TAP di platform media sosial anda.
  • Anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada program kesetiaan, ganjaran, keahlian yang dianjurkan oleh komuniti atau platform keibubapaan yang lain. 

Apa tunggu lagi ibu, jom register aplikasi theAsianparent hari ini. Semuanya  free download untuk anda! 

Bestnya Kerja Dari Rumah Dan Jadi VIP Mum Ini, Duit Dan Ilmu Dapat Serentak!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: Sirap Limau , Blog mau kerja 

Baca juga

10 Sebab Kenapa Aplikasi theAsianparent SATU-SATUNYA Aplikasi Kehamilan & Keibubapaan Yang Anda Perlu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner