Akibat Marah Diejek Nama Arwah Bapa, Mangsa Di Buli Teruk Di Sekolah Agama!
Kes itu tercetus kerana mangsa mengusik, mengejek dan mengutuk arwah bapa si pembuli.
Kes buli di sekolah agama ini membabitkan dua orang murid di sebuah sekolah di Penampang yang telah menjadi kes polis. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley telah mengesahkan bahawa kes itu tercetus kerana mangsa mengusik dan mengutuk arwah bapa si pembuli.
Kes buli di sekolah agama
Suspek ialah seorang Ketua Pengawas merupakan seorang pelajar yang baik. Suspek baru sahaja kehilangan ayah dan mangsa bertindak untuk mengejek dan mempersendakan ayahnya. Berang dengan tindakan mangsa, si pembuli membelasah mangsa sehingga lemah dan tidak berdaya.
Daripada peristiwa ini, adalah penting untuk semua pihak menangani kes buli di sekolah. Murid-murid di sekolah haruslah memainkan peranan penting kerana tugas guru tidak semata-mata untuk menjaga hal ehwal kebajikan pelajar sahaja.
Murid haruslah menjadi mata dan telinga pihak sekolah. Di dalam rakaman video tersebut, tiada seorang pun murid yang bantu meleraikan pergaduhan tersebut. Malah ada yang bersorak dan merakamkan pergaduhan yang terjadi.
Video dari AntaraPos
Peranan guru dalam membanteras kes buli
Jika pergaduhan tercetus, guru – guru hendaklah bersikap adil terhadap pembuli dan mangsa. Dengarlah cerita kedua-dua belah pihak, serta siasatlah punca pergaduhan. Di dalam kes ini, mangsa bertindak mengejek arwah ayah si pembuli, lalu menyebabkan pembuli berang. Ini adalah untuk memudahkan kes siasatan dan untuk menjadikan semuanya jelas kepada ibu bapa pembuli dan mangsa.
Ibu bapa juga berperanan penting untuk mendidik anak-anak. Ajarlah anak-anak untuk menghormati diri sendiri, lalu menghormati orang lain. Dalam kes ini, mangsa juga kurang menghormati si pembuli, iaitu dengan mengejek arwaah ayah si pembuli.Pembuli juga bersikap kurang sabar dlam menangani perlakuan mangsa terhadapnya. Didikan bermula di rumah.
Di rumah, ajarlah anak untuk menjadi berbudi bahasa, dan menghormati orang tua dan orang lain. Ajarlah anak dengan didikan agama yang cukup, berikan kesedaran terhadap anak-anak bahawa perbuatan dan percakapan akan dinilai di sisi Allah. Dengan cara ini sahaja mereka dapat menghormati diri sendiri dan orang lain.
Yang penting, tugas guru bukan semata-mata mendidik anak-anak di luar dan di dalam kelas.Mereka juga sibuk dengan tugas dalaman sekolah dan perkeranian. Tugas seorang guru di sekolah amat luas dan mereka tidak dapat memantau 100% kegiatan anak-anak. Adalah dengan ini, pentingnya peranan murid-murid terutamanya pengawas di sekolah untuk menjadi mata dan telinga guru untuk mengawal kes disiplin pelajar.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga