KEJAM! Suami Bunuh, Kerat, Bekukan Mayat Isteri Sebab Fail Penceraian

Siri kejadian mencederakan dan kes bunuh isteri nampaknya sering berlaku sejak kebelakangan ini. Seolah-olah langsung tiada harga nyawa itu di mata pelaku.

Beberapa siri kejadian mencederakan dan kes bunuh isteri nampaknya sering berlaku sejak kebelakangan ini. Seolah-olah langsung tiada harga nyawa itu di mata pelaku.

Yang peliknya, suami berbuat demikian kerana isteri meminta cerai sedangkan pemintaan itu selalunya berpunca daripada kaum adam itu juga!Kegilaan apakah ini?

Paling banyak berlaku, isteri minta cerai kerana lelaki berkenaan didapati berlaku curang, atau minta kahwin lain. Sudahlah terkantoi, mahu bunuh pula si isteri. Ego sangatkah mereka ini atau terlalu tamak mahukan semuanya?

Murah benar agaknya maruah dan nyawa seorang wanita di mata mereka ini. Semoga mereka mendapat pembalasan sewajarnya!

Kes bunuh isteri makin menjadi-jadi

kes bunuh isteri

Menurut Sinar Harian yang memetik Gulf News, lelaki berkenaan dipercayai terlebih dahulu mengelar leher isterinya sebelum memotong tubuh badan wanita itu dan menyimpannya dalam peti sejuk di apartmentnya. 

Difahamkan, menurut polis lelaki berkenaan bertindak demikian kerana isterinya memfailkan penceraian terhadap perkahwinan mereka.

Mayat wanita berkenaan yang sudah dipotong-potong dimasukkan ke dalam beg dan dibekukan dalam peti sejuk di rumah mereka di Giza, Mesir.

Kantoi sebab bau busuk

Perbuatan itu terbongkar selepas keluarga yang pergi ke rumah mereka menemukan bau busuk, apabila diperiksa rupa-rupanya ia datang daripada arah dapur iaitu terletak peti ais yang diisi dengan mayat mangsa.

Selain itu, menurut jiran mereka, pasangan itu didapati sering bertengkar dan pada hari kejadian mereka turut mendengar pasangan itu bertengkar sebelum lelaki berkenaan meninggalkan kediaman itu dan tidak pulang dalam beberapa hari.

Apa nak buat kalau anda didera suami?

kes bunuh isteri

Perkara pertama anda perlu ingat, wanita bukan untuk dipukul ya. Lebih-lebih oleh si suami yang sepatutnya melindungi. Anda perlu pertahankan hak anda. Walau sayang macam mana sekali pun, salah macam mana sekali pun, ada cara lain untuk mengajar anda.

Keganasan rumah tangga bukan perkara baru, boleh kata ia seperti menjadi halwa telinga kita setiap hari. Tapi tidak sepatutnya ia begitu kerana wanita bukan punching bag suami.

Jadi apa nak buat jika ia terjadi kepada anda? Seperti dikongsikan di laman Facebook, Peguam Syarie Johor ini antara perkara yang patut seorang isteri lakukan bila dipukul suami adalah isteri harus mengemukakan bukti bagi menguatkan dakwaannya. Sekiranya isteri dipukul atau didera, isteri hendaklah :

#1. Segera mendapatkan rawatan, laporan perubatan dari hospital kerajaan

Jika anda didera atau dipukul, jangan diam saja wahai wanita. Bersuaralah. Dapatkan bantuan segera dengan pergi ke hospital terdekat untuk membuktikan perbuatan itu. Laporan perubatan penting untuk menentusahkan yang anda memang dipukul bukan terjatuh atau sebaliknya.

Sayangi diri anda. Jangan diam saja!

#2. Buat aduan di balai polis

kes bunuh isteri

Buat aduan di balas polis dengan mengemukakan surat laporan perubatan yang telah diterima dari hospital. Apabila sudah dapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital, bawa laporan itu ke balai polis terdekat untuk laporan polis pula.

Jangan takut polis bukan nak makan anda, buat saja aduan pada mereka, tahulah mereka jalankan tugas selepas itu.

#3. Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagi mengukuhkan lagi tuntutan, disarankan agar isteri pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana pegawai kebajikan masyarakat akan membawa mangsa (isteri) ke mahkamah untuk mendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya suami dilarang menganggu isteri.

Ada suami yang bagai tak puas-puas menyiksa isteri. Jadi tidak salah jika anda pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan nasihat seterusnya dibawa ke mahkamah untuk dapatkan Perintah Larangan Sementara.

Isteri perlu melakukan tindakan-tindakan di atas kerana jika tidak, maka akan sukarlah bagi isteri untuk meyakinkan mahkamah atas dakwaannya. Lengkap diri anda dengan ‘senjata’ yang sepatutnya.

#4. Laporan perubatan penting

Laporan perubatan dari hospital dan laporan polis tersebut sangat penting diperolehi oleh isteri bukan saja dalam proses mendapatkan cerai, akan tetapi juga agar suami dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Memukul atau mendera isteri, termasuklah secara emosi dan mental, adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga mana suami boleh dihukum sehingga dipenjarakan sekiranya didapati telah mencederakan isteri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia. 

Sumber: Peguam Syarie Johor, Sinar Harian

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsebab-isteri-marah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!