Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

lead image

Ekoran dari video tular beberapa hari lepas tentang kes dera anak di taska. Ibu-ibu ini meluahkan apa yang mereka rasa di Facebook. Baca luahan mereka ini.

Siapa sangka tempat yang sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak kita, yang kita percaya akan menjaga dan membimbing anak kita, kini ia telah menjadi tempat kes dera anak.

Tempat belajar yang kita beri amanah dan kepercayaan untuk mendidik anak telah bertukar menjadi tempat yang menakutkan untuk anak-anak kita.

Kes dera anak: Dua guru taska memukul kanak-kanak semasa mengajar

Baru-baru ini kecoh apabila satu video tular mendedahkan kes dera anak di taska dimuatnaik di media sosial.

Video ini menunjukkan dua orang guru pra-sekolah swasta di Melaka – berusia 21 dan 40 tahun – dilihat telah menampar dan memukul kanak-kanak yang tak bersalah ini.

Nasib baik, perbuatan mereka dirakan oleh CCTV di dalam taska dan pemilik taska ini telah mengambil tindakan yang betul dengan melaporkan perkara ini ke pihak polis.

Kini, dua guru ini telah ditahan untuk disiasat.

Lihat tindakan pekerja taska dalam video di bawah ini:

Kes dera anak: Luahan hati ibu

Dua orang ibu telah meluahkan perasaan mereka di Facebook selepas kejadian kes dera anak ini tular di media sosial.

Nur Hasriha Mohamad, ibu kepada anak yang digoncang badannya telah meluahkan perasaannya di Facebook. Dia yang masih belum boleh menerima penderaan yang dilakukan kepada anaknya Dina Hanania berkata:

“Assalamualaikum. Berkenaan dengan kes dera anak saya itu, terus terang saya katakan yang saya tak boleh terima apa yang dia buat pada anak saya.

Tak sangka orang yang saya percaya boleh menjaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf terkasar bahasa).

Kami bukan dari keluarga yang senang dan dengan yuran bulanan yang mahal sebanyak RM380, kami mengharapkan penjagaan yang diberkan adalah setimpal dengan harga. 

Sepanjang saya menghantar anak, cikgu-cikgu semua kelihatan baik di hadapan saya sehinggakan bila anak saya tak mahu ke sekolah saya hanya fikir positif sahaja. Rupanya ini sebab anak saya tak nak ke sekolah.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/39083526 2050101378342298 4559764231800487936 n.jpg Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

Kredit gambar: Facebook Nur Hasriha Mohamad

Anak saya juga ada menceritakan yang cikgu telah memukulnya tapi saya tak percayakan anak saya dan saya dan suami masih cuba untuk berfikiran positif.

Sekarang bila saya buka Facebook, penuh cerita tentang Dina dan video tersebut sehingga ia menghantui fikiran saya. Hati saya masih belum boleh menerima apa yang terjadi…

Hari ini 14 Ogos 2018 genap anak ummi Dina Hanania binti Shahrulzaman tiga tahun. Perancangan awal saya nak sambut di sekolah dengan kawan-kawannya.

Tapi, bila dah jadi macam ni memang tak buatlah. Ini adalah tahun pertama dia bersekolah, dia dah rasa benda macam ni.

Sebelum tidur tadi, saya katakan yang saya nak hantar dia ke sekolah baru. Seronok betul dia bila dengan Ummi cakap macamtu. Mungkin dia rasa syurga bila dengar tak perlu lagi pergi ke sana.

Harapnya di sekolah baru, benda macam ni tak akan berulang lagi, kesian anak-anak yang bersalah ini dianiaya.

Kepada si pelaku, saya tak akan maafkan awak sampai bila-bila dan saya harap nasib anak saya akan terbela.”

Seorang ibu yang turut menghantar anak di taska yang sama juga turut meluahkan perasaanya di Facebook selepas melihat video tular ini dan baru memahami kenapa anaknya sering tak mahu ke sekolah.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/39083469 2022244127832080 8840417681703174144 n.jpg Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

Kredit gambar: Nordiana Borhan

“Aku bersyukur sangat. Kalau tak disebabkan Cikgu Atika viral video ini, sampai bila-bila kekejaman akan berlaku di taska PPKK.

Aku sedih sebab aku paksa anak aku pergi sekolah. Aku cakap ‘Kalau baby tak nak pergi sekolah, mama tak nak belikan mainan’. P

atutlah bila setiap kali hantar ke sekolah mesti dia akan menangis merayu ‘ibu jangan tinggal baby’, ‘ibu tolong baby’. Bila kejut waktu pagi dia buat-buat meninggal. Ya Allah sedihnya.

Sekarang baru aku tahu kenapa peha baby lebam-lebam. Bila tanya dia cakap kawan-kawan buat. 

Pada 11 Ogos aku terbaca laporan polis tentang kes dera anak di taska dia. Berderau darah, sedih, luluh hati bila teringat semula kesan-kesan lebam.

Setiap kali aku hantar anak, pasti aku belikan sarapan untuk cikgu-cikgu sebab kenangkan jasa mereka jaga anak aku dalam keadaan baik, tapi rupanya syaitan!

Maafkan ibu, baby sebab selalu paksa baby pergi sekolah. 

Aku harap cikgu-cikgu zalim ini kena tindakan yang setimpal. Selama ini ibu bapa beri kepercayaan tapi kau buat anak aku macam ini.”

Luah Nordiana Borhan di Facebook miliknya. Dia juga turut mengatakan yang dia tak boleh nak bayangkan perasaan anaknya yang ketakutan itu.

Ibu mana yang tak kesal apabila tahu anak mereka didera? Kita sendiri pun tak sampai hati nak angkat tangan pada anak, tapi mereka tergamak buat anak kita seperti ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nur Hasriha Mohamad, Nordiana Borhan

Baca juga

Pengasuh dera 3 bayi berbeza di Johor akhirnya terbongkar!