Kesiannya! Budak 5 Tahun Terbaring Di Kawasan Loji, Muka & Badan Penuh Kesan Luka

Kes penderaan kanak-kanak bagai tiada kesudahan dan berlaku hampir setiap hari melibatkan anak kecil. Paling menyedihkan, mereka takut untuk pulang ke rumah

Acap kali kes penderaan kanak-kanak berlaku di dalam dan luar negara. Tidak hanya melibatkan anak asuhan, si pelaku juga antaranya adalah darah daging mangsa sendiri. Selagi tidak berakhir dengan kematian, insan tidak bertanggungjawab ini  belum berasa puas menindas anak-anak yang masih kecil.

Tidak dinafikan proses membesarkan anak merupakan fasa paling mencabar buat ibu ayah. Namun sekiranya ia berteraskan dengan didikan yang baik, segalanya akan berjalan lancar meskipun terpaksa mengharungi ujian besar.

Kes penderaan kanak-kanak di Kajang

isu penderaan kanak-kanak

Baru-baru ini, penduduk di kawasan Taman Juara Jaya dikejutkan dengan penemuan seorang budak lelaki sedang terbaring berdekatan kawasan loji. Bagi menyelamatkannya, mereka telah membuat laporan polis tentang penemuan kanak-kanak yang berusia lingkungan 2 hingga 3 tahun.

Berdasarkan laporan akhbar Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan ditemui dengan memakai baju-T berwarna merah, seluar putih dan hanya berkaki ayam.

Dia dijumpai dalam keadaan sedang terbaring dan tiada sebarang butiran maklumat peribadi kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi untuk mengesan warisnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kajang dan kini ditempatkan di Unit Kecemasan hospital terbabit bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun menurut individu yang menjumpai kanak-kanak itu, dia mendapati terdapat banyak kesan luka pada bahagian lengan, belakang dan perut. Bukan itu sahaja, ada 3 kesan luka besar pada kepalanya.

Saksi mengatakan mangsa seolah-olah trauma apabila diberitahu mahu menghantarnya pulang ke rumah.

masalah penderaan kanak-kanak

”Ketika suap makanan, bagi minum pastu mandikan dia kasihan sangat. Nampak seperti trauma tadi budak tu. Saya acah-acah cakap meh mami pergi hantar balik rumah adik ya.”

”Dia genggam bahu saya kuat-kuat. Mungkin rasa takut. Dia tak mahu bercakap langsung. Tapi syukur tadi dia tak sempat naik masuk dalam loji, air berputar tu.” kongsinya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau merujuk mana-mana balai polis berhampiran.

Jenis keganasan terhadap kanak-kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan keganasan sebagai salah satu kebimbangan utama manusia sejagat. Menurut kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan kanak-kanak, mereka dijadikan sasaran di rumah dan sekolah.

Beberapa bukti kajian Kesan Buruk Pengalaman Zaman Kanak-Kanak atau Adverse Childhood Experiences (ACE), menunjukkan trauma yang menghantui anak kecil berupaya meningkatkan risiko kemurungan, ketagihan dadah, merokok, penyakit jantung dan kanser setelah dewasa.

Antara penderaan yang sering berlaku adalah melibatkan:

  • Fizikal: Melibatkan pukulan sehingga menyebabkan pendarahan atau lebam, menendang, menolak, menarik rambut dan menumbuk
  • Emosi: Memarahi, mengkritik berulang kali, mengabaikan anak-anak tanpa kasih sayang dan sering mengeluarkan kata-kata negatif seperti ”bodoh” atau ”tidak guna”.
  • Seksual: Murung, sedih, menyendiri apabila bersama dengan orang lain. Bukan itu sahaja, akan berlaku pendarahan di sekitar kemaluan dan kesan pakaian dalam.
  • Pengabaian: Ia berlaku apabila keluarga kanak-kanak gagal menyediakan keperluannya meskipun mereka mampu. Bukan itu sahaja, kurangnya pengawasan boleh mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai jenis bahaya seperti dilanggar kenderaan, terperangkap atau lemas.
dera anak

credit to sources

Justeru, adalah penting untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Anak yang masih kecil seharusnya memperoleh penjagaan terbaik daripada ahli keluarganya sendiri.

Dalam hal ini, ibu ayah memainkan peranan penting untuk menyediakan keperluan asas anak, mengasuh, membimbing dan melindungi mereka daripada bahaya. Proses membesarkan anak pada waktu kini adalah mencabar.

Adakalanya orang dewasa boleh bertindak di luar kawalan sehingga boleh membahayakan darah dagingnya sendiri. Ia berlaku didorong oleh faktor tekanan, kurang kesabaran dan harapan tidak realistik ketika melayan karenah anak-anak.

Jika berlaku sebarang penderaan, masalah mungkin akan terselindung memandangkan anak-anak berasa takut untuk menyuarakannya kepada orang lain sehingga mendatangkan kecederaan serius.

Justeru sekiranya ibu ayah merasai bahawa diri penat dan tertekan, hubungilah ahli keluarga atau rakan-rakan lain bagi mendapatkan sokongan. 

Sumber: Oh mymedia, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdera-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!