Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

Ibu melakukan penderaan ke atas anak sendiri selepas berpisah dengan bekas suami

Tak sangka kes penderaan kanak kanak berlaku disebabkan ibu bapa sendiri yang melakukan keganasan ke atas anak-anak dengan tidak bertanggungjawab.

Seperti yang berlaku ke atas seorang wanita yang berasal daripada Filipina apabila mencatatkan dirinya seorang yang kejam setelah melakukan penyeksaan terhadap anak perempuannya sendiri.

Namun, wanita itu telah ditangkap oleh pihak polis di Abu Dhabi.

Kes penderaan kanak-kanak oleh ibu kandung sendiri

kes penderaan kanak kanak

Menurut pihak berkuasa UAE, wanita itu sebenarnya telah berpisah dengan bekas suaminya.

Namun begitu dia terus tinggal di Abu Dhabi walaupun telah bercerai dengan suami pertamanya. Kemudian, dia berkahwin semula dengan suami kedua dari keturunan yang sama.

Disebabkan itu, wanita ini bertindak memuat naik video kes penderaan kanak-kanak terhadap anaknya sendiri untuk mengusik bekas suaminya bagi membalas dendam kepada bapa kanak-kanak itu.

Bapa fail aduan kepada pihak polis

Lantas dengan itu, bekas suami wanita berkenaan memfailkan aduan kepada pihak polis Abu Dhabi selepas melihat video berkenaan.

Susulan itu, kes penderaan kanak-kanak ini telah dikenalpasti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Keluarga Abu Dhabi.

Wanita tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain namun mendapat hak penjagaan terhadap kanak-kanak itu.

Disebabkan itu, dia berani menyeksa gadis kecil itu lalu merakamnya untuk mengusik bekas suaminya yang mempunyai pertikaian keluarga.

Tiga klip video yang tular itu membuatkan rata-rata netizen marah kerana terganggu dengan video yang dimuat naik itu.

Dalam satu klip video, wanita itu mengheret anaknya ke atas lantai sambil berkata “Kamu orang Arab, memang sepatutnya kamu didera. Pergi ke tandas, sekarang”.

Anak kecil itu tidak berdaya dan lebam di tubuhnya

kes dera

Gadis kecil yang tidak berdaya itu dilihat hanya berseluar dalam menangis dengan lebam di sekitar tubuhnya.

Malah tangisannya juga kedengaran tanda sakit dan amat mengerikan.

Walaubagaimanapun, wanita berkenaan akan menghadapi tindakan undang-undang yang sewajarnya kerana kes penderaan kanak kanak ini.

Buat pengetahun, kes penderaan kanak kanak ini meliputi campur tangan terhadap kesihatan, kesejahteraan fizikal mahupun psikologi yang terancam.

Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai penderaan, penghinaan, pengabaian atau eksploitasi oleh ibu bapa atau golongan tertentu hingga mendesak untuk melakukan keganasan terhadap kanak-kanak.

Ambil peduli isu penderaan terhadap kanak-kanak

kes dera kanak-kanak

Masyarakat perlu mengambil peduli isu menangangi penderaan terhadap kanak- kanak khususnya yang dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri.

Menurut Hannah Yeoh, tindakan pantas melaporkan aduan kepada pihak berwajib boleh menyelamatkan kanak-kanak dari terus menjadi mangsa penderaan tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui berdepan dengan cabaran yang melibatkan kes dera daripada kalangan ahli keluarga.

Jika dihantar ke taska mestilah mengikut garis panduan malah pengasuh yang menjaga lebih daripada empat kanak-kanak juga perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun begitu, kementerian akan mengambil langkah dalam meningkatkan kesedaran awam berkaitan isu penderaan dan saranan memilih pengasuh yang berdaftar.

Bahkan tahun lepas, kementerian akan melancarkan infografik bagi tujuan mendidik masyarakat mengenai panduan memilih pengasuh.

Meskipun kerajaan telah meletakkan pelbagai kaedah namun ibu bapalah yang harus menjadi orang pertama menghalang gejala ini dari terus berlaku.

Justeru, kami di theAsianparent berharap kes dera yang berlaku pada kanak-kanak itu dapat diselesaikan dengan cara baik dan mungkin penjagaan boleh berpindah kepada bapa kandungnya semula.

Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Gulfnews, Sinar Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuami-ceraikan-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!