Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Anda sedar tak yang kes rogol kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat? Sebenarnya, ada 22,134 kes penderaan seksual yang telah dilaporkan!

Johor Negeri Dengan Bilangan Kes Rogol Kanak-Kanak Yang Tertinggi

Percaya atau tidak – 13,272 kanak-kanak telah dilaporkan dirogol di Malaysia sejak tahun 2010 sehingga Mei 2017. 

Johor pula direkod sebagai negeri dengan bilangan kes tertinggi!

Ya Allah! Ramainya kanak-kanak tak bersalah yang terpaksa menanggung akibat dek nafsu syaitan si keparat durjana!

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Rohani Abdul Karim baru-baru ini mendedahkan dalam Dewan Rakyat 27 Julai tempoh hari yang

  • 2,089 kanak-kanak telah di rogol di Johor
  • Ini bersamaan 15.7% daripada jumlah keseluruhan kes rogol kanak-kanak dalam tempoh 7 tahun!

Secara keseluruhannya, 22,134 kanak-kanak telah didera secara seksual dari tahun 2010 hingga Mei 2017.

Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim
Kredit gambar: Malay Mail Online

Dalam masa yang sama, terdapat 6,014 kes pencabulan, 1,796 kes sumbang mahram dan 1,152 kes seks di luar tabii.

Kenapa jumlah ini semakin meningkat setiap tahun? Kenapa kanak-kanak tak bersalah menjadi mangsa?

Jika Johor mencatat jumlah kes rogol tertinggi, Selangor pula mempunyai jumlah kes pencabulan tertinggi dengan sebanyak 1,052 kes dan kes seks di luar tabii sebanyak 235 kes.

Mangsa Adalah Kanak-Kanak Yang Tak Bersalah

Anda ingin menyalahkan mangsa rogol kerana insiden malang ini? Fikir sekali lagi.

Adakah kanak-kanak ini juga bersalah kerana dirogol?

Semua kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Apa salah mereka? Memakai pakaian yang terlampau seksi? Tak! Menggoda pemangsa? Oh sungguh cetek pemikiran anda.

Berhenti menyalahkan mangsa! 

Di Malaysia, perempuan diizinkan untuk melakukan seks jika mereka sudah berusia 18 tahun ke atas. Jadi, melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia 16 tahun adalah dikira sebagai jenayah rogol dan ia boleh dihukum bawah undang-undang.

Angka yang dinyatakan menteri terbabit adalah berdasarkan statistik polis seperti yang diterbitkan English Daily.

Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Daripada 22,134 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak itu, kes rogol menyumbang nombor tertinggi dengan jumlah sebanyak 13,272 (59.7%) diikuti 6,014 kes pencabulan (27.04%), 1796 (8.07%) kes sumbang mahram dan 1,152 kes seks di luar tabii. 

Anda masih mahu menyalahkan mangsa?

Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan Mahkamah Jenayah Seksual Khas Untuk Kanak-Kanak

Dalam usaha untuk membela kanak-kanak yang tak bersalah ini dan menangani masalah penderaan terhadap mereka, kerajaan telah meminda undang-undang Akta Kanak-Kanak dan memperkenalkan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Malah, kerajaan juga menubuhkan Mahkamah Jenayah Seksual Khas untuk Kanak-Kanak.

Penubuhan mahkamah baru ini akan mendengar kes-kes yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Kredit gambar: News Straits Times

Tapi kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu mahkamah di setiap negeri.

“InsyaAllah, kami akan menubuhkan mahkamah khas ini secara berperingkat,” ulas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rohani mengulas – penubuhan mahkamah ini adalah untuk memberi rasa yang lebih aman kepada mangsa

Hal ini sebab mangsa selalunya menghadapi masalah ketika prosiding mahkamah kerana mereka tidak diasingkan daripada pelaku kesalahan seksual.

Akibat daripada itu, mangsa ketakutan hingga tidak boleh bercakap. Trauma yang diberi oleh perogol benar-benar melumpuhkan mereka!

Menteri itu juga menambah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat giat menjalankan pelbagai program untuk mendidik kanak-kanak tentang cara melindungi diri mereka dari jenayah seksual.

Hati-hati ibu bapa semua. Kita harus akui ada ramai manusia bertopengkan syaitan di luar sana. Langkah terbaik yang boleh kita ambil adalah dengan mengajar anak-anak untuk melindungi diri sendiri. 

Sumber rujukan: Says and Malaysiakini

Kredit gambar: BBC

Baca juga:

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner