Hasil Kesabaran 21 Tahun, Pasangan Ini Sambut Kelahiran Bayi Sulung Bernama Aisyah

Kesabaran pasangan ini menunggu cahaya mata pertama selama 21 tahun, cukup mencabar, namun mereka percaya dan yakin pada ketentuannya.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan cahaya mata, tidak kira cepat atau lambat. Buat pasangan ini, ternyata kesabaran mereka selama 21 tahun cukup berbaloi apabila lahirnya bayi sulung perempuan. 

21 tahun sememangnya satu tempoh yang cukup lama, hanya kesabaran dan keyakinan menjadi penguat untuk pasangan ini. 

Perkongsian daripada Muhammad Fauzy di salah satu group di Facebook mendapat perhatian ramai, pasangan ini masing-masing berusia 51 tahun (suami) dan 44 tahun (isteri). 

Buah kesabaran dan keyakinan di dunia

kesabaran, bayi

Sepasang suami isteri, Bapak Somidi (51 tahun) istri, Ibu Su’udiyah (44 tahun) setelah penantian selama 21 tahun, akhirnya mereka dikurniakan buah hati pertama mereka. Baby Aisyah. Bayangkan mereka menanti selama 21 tahun, selama penantian itu tentu banyak hal yang Allah uji. Kesabaran, kesungguhan, ketaatan, keyakinan terbaik mereka diuji. Sehari-harinya mereka berjualan keripik singkong di Komplek Asta Tinggi.

Ini adalah bukti bahwa kita tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah. Tugas kita sebagai manusia hanyalah ikhtiar & berdoa, sisanya serahkan padaNya Aamiin Ya Allah.

Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Artinya :
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az Zumar: 53).

Cara cepat hamil 

kesabaran

#1. Kira waktu subur

Penting untuk para isteri tahu waktu subur. Apabila melakukan hubungan seks ketika waktu subur atau semasa proses ovulasi, peratusan untuk wanita itu hamil sangat tinggi.

Perhatikan juga tanda-tanda subur melalui tekstur keputihan anda. Jika teksturnya seakan melekit-lekit dan jernih (seakan hingus yang pekat) maka itulah waktu subur anda. 

Kalau dah tahu waktu subur, lakukan hungan intim tiga hari berturut-turut atau selang sehari. 

#2. Elak seks yang kerap

Kebanyakkan orang selalu anggap buat seks dengan kerap akan dapat hasil yang lebih baik. Sedangkan, tak ada pun kajian mana-mana yang cakap macam itu. Sebab itu, tak semestinya kena kerap buat seks baru cepat hamil.

Ia bergantung kepada seseorang itu untuk melakukan hubungan seksual. Ada yang dua tiga kali buat sudah hamil dan ada juga yang makan tahun. Sabar ya, nanti Allah kurniakan juga seorang cahaya mata buat kalian. 

Tapi kekerapan melakukan hubungan intim ketika waktu yang sesuai atau subur boleh  membuatkan wanita cepat hamil. 

#3. Selepas bersama, lakukan perkara ini

  • Selepas melakukan hubungan intim, isteri perlu berada dalam posisi baring dengan kaki diangkat pada dinding. Biarkan dalam 10-15 minit. 
  • Elakkan terus ke tandas dan buang air kecil buat isteri, biarkan seketika melainkan sudah tidak tahan. 
  • Jangan cuci vagina serta merta, tunggu beberapa minit dan cuci seperti biasa. Juga elakkan penggunaan sabun.
  • Suami jangan terus keluarkan zakar anda selepas ejakulasi, biarkan seketika dan pastikan ia benar-benar ‘kosong’.
  • Suami jangan ‘masturbate’ sehari sebelum melakukan hubungan intim. 

#4. Gaya hidup sihat

  • Sentiasa amalkan senaman setiap hari, cukup sekadar senaman ringan seperti jogging atau stretching. 
  • Kawal pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang, barulah sistem reproduktif anda sihat.
  • Jangan merokok atau menjadi second hand smoker.
  • Beri fokus ketika melakukan hubungan seksual jangan terlalu fikir untuk dapat anak. Lakukan ia secara semula jadi. Jangan stress!

#5. Bijak mengawal klimaks

Isteri-isteri perlu take note, kalau nak cepat hamil jangan ‘fake orgasm’ anda. Menurut kajian isteri yang mencapai klimaks ketika suaminya ejakulasi (pancut dalam) peratusan untuk persenyawaan berlaku antara sperma dan telur sangat tinggi!

Jadi anda berdua kenalah mencapai orgasm pada masa yang sama, elakkan suami memuaskan isteri dahulu atau isteri puaskan suami dahulu. Sama-sama okey!

#6. Kesabaran, berdoa & redha selepas berusaha

kesabaran, hamil

Selain kesabaran yang diperlukan, anda perlu banyakkan doa, usaha dan kemudiannya barulah redha. Berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya dikurniakan zuriat yang baik, soleh dan solehah. Kemudian amalkan baca doa Nabi Zakaria ini. 

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74). 

Baca juga doa dalam surah Al-Anbiya ayat 89 yang mempunyai maksud untuk mendapatkan anak. 

Sumber: Muhammad Fauzy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Kesalahan Biasa Dilakukan Menyebabkan Lebih Sukar Untuk Hamil!

Baca juga: Masih Belum Hamil? Ini Cara-Cara Mudah Untuk Tingkatkan Peluang Hamil Anda

Baca juga: 7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!