20 Kesalahan Lucu Yang Sering Dibuat Oleh Ibu-Ibu Baru Di Luar Sana!

Siapa percaya, dulu kita sering buat semua kesalahan-kesalahan lucu ini. Maklumlah, ibu baru yang pertama kali hamil dan dikurniakan cahaya mata...

Semalam saya ke majlis baby shower salah seorang teman rapat. Dia bakal melahirkan anak sulungnya.

Dalam keseronokan merai ketibaan bakal cahaya mata itu, teman saya juga sedikit khuatir. Dia sempat bertanya pendapat saya tentang apa yang mungkin saya akan buat dengan cara yang berbeza (tentang membesarkan anak), jika berpeluang.

Selepas persoalan itu, terus saya ingin buat senarai kesalahan lucu yang sering dibuat ibu-ibu baru ini. Ia inspirasi daripada artikel yang ditulis Diedra Romero dari Baby Center. Jom baca apa 20 kesalahan lucu yang sering dibuat oleh semua bakal-bakal ibu baru di luar sana!

Setelah bertahun-tahun menjadi seorang ibu atau bapa... banyak perkara berubah pada anda! Dan berikut antara 25 kesalahan lucu yang sering anda buat dulu:

20 kesalahan lucu yang dibuat oleh ibu-ibu baru

1. Keluar rumah tanpa lampin

Ya Allah, lampin terlupa bawa! Macam mana nak buat? Ada kawan saya yang terpaksa menggunakan beg plastik untuk mengganti lampin. Terdesak...

2. Anda segera ke hospital walaupun sebab hidung saja berdarah

Maklumlah, risau kan? Semua benda anda nak rujuk doktor dengan kadar segera!

3. Anda lupa bayi anda...

Mengaku saja! Mesti anda pernah terlupa akan si kecil itu, sekali...

4. Tertekan kerana isu jadual dan terlepas waktu berehat

Tahu tak kami (ibu-ibu baru ini) semuanya penat?!!

kesalahan lucu

5. Anda lupa untuk memakaikan tali pinggang keledar pada anak-anak

Umpama terkena serangan jantung sekejap bila tengok anak-anak tak pakai tali pinggang keledar ketika dalam kereta. Ibu lupa pasangkan, maaf!

6. Anda tak bawa baju salin

Kalau anda lupa bawa baju salin untuk si manja, bersedialah melalui blow-out secara tiba-tiba. Teman saya bawa bayinya yang bogel ke pasaraya untuk beli baju baru!

7. Anda letak bayi di sofa dan berpaling

Ha... jangan tak tahu! Si manja tu pun bijak. Dia tunggu anda berpaling sebelum dia ingin mencapai sebarang objek.

8. Anda rasa kagum dengan teknik keibubapaan anda sendiri

Kita kan seorang ibu yang power... dan perasan?! Haha.

kesalahan lucu

9. Anda menggalakkan si manja berjalan terlalu awal

Sebenarnya, tiada masalah pun jika mereka berjalan sedikit lambat!

10. Anda biar si kecil tidak tidur, supaya dia tidur nyenyak pada waktu malam

Dan ia tak pernah berhasil!

11. Anda merancang pelbagai aktiviti dan permainan untuk si kecil

Tapi ia berakhir dengan anda terpaksa mengemas rumah.

12. Anda gelabah bila si manja tidak melakukan apa yang buku kata dia akan buat!

Macam mana nak buat ni???

13. Anda rasa hidup anda akan berakhir kerana kurang tidur

Penatnya, boleh saya tidur?

kesalahan lucu

14. Anda cabut semua tag untuk basuh semua baju dengan sabun khas

Sedangkan pada 8 minggu pertama, bayi hanya pakai baju tidur...

15. Anda tengok kanak-kanak lain mengamuk di pasaraya

Dan anda berjanji perkara seperti itu tak akan terjadi... Tapi, anak anda mengamuk dengan lebih dahsyat...

16. Anda risau tentang semua perkara, setiap hari

Semua perkara. Setiap masa. Setiap hari.

17. Anda cuba untuk membantu si manja anda berfikir dengan cara anda

Dan anda fikir dia pasti akan bersetuju dengan semua logik ini.

kesalahan lucu

18. Anda nampak ibu lain beri anak mereka iPhone dan anda kata anda tak akan buat sedemikian!

Tapi kini... YouTube kan ada?

19. Anda beli permainan mahal, tapi...

Anak anda lebih gemar bermain tupperware dan botol plastik.

20. Anda berlebih-lebihan pada majlis hari jadi pertamanya.

Nama pun majlis hari jadi yang pertama, kan? Sebab itu berlebih sikit! Hehehe.

Bagaimana? Pasti ada beberapa kesalahan lucu yang pernah anda lakukan. Betul tak? Hehe. Jangan khuatir ibu bapa semua. Kita sedar tentang semua kesalahan yang kita lakukan. Dan sebagai ibu bapa yang prihatin, kita akan berusaha sehabis baik demi anak-anak tercinta.

Jom kongsi artikel ini untuk memberi pengetahuan baru pada ibu-ibu baru di luar sana agar mereka tidak melakukan sebarang kesalahan lucu lagi remeh ini.

 

Sumber rujukan: Baby Center