5 Kesalahan Ibu Bapa SELALU BUAT Ketika Beri Anak Makan Ubat, Baik Anda Semak!

lead image

Kesalahan pengambilan ubat boleh menyebabkan pelbagai risiko dan masalah kesihatan yang lebih serius ke atas tubuh bayi dan kanak-kanak!

Menurut penyelidikan, kesalahan pengambilan ubat telah dihadapi hampir 71,000 kanak-kanak di bilik kecemasan akibat kecuaian pihak hospital. Malah, ibu bapa sendiri selalu memberi anak makan ubat dengan cara yang salah.

Kesalahan pengambilan ubat boleh menyebabkan penyakit berpanjangan dan kesan sampingan yang lebih serius terutamanya pada bayi dan kanak-kanak. 

Atas sebab itu, Akademi Pediatrik Amerika, AAP tidak mengesyorkan ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak bawah umur enam tahun

Menurut Dr. Daniel, Pakar Kanak-Kanak di Dearborn, Michigan metabolisme kanak-kanak sekitar bawah umur tersebut belum matang dan mudah terjejas jika berlakunya kesalahan pengambilan ubat.

Bagi menghindari sebarang kekeliruan, ibu bapa harus mengikut arahan pada label dan dos yang wajar diberikan pada anak dan jangan buat 5 kesalahan ini: 

5 kesalahan pengambilan ubat pada kanak-kanak

# 1. Terlalu banyak makan ubat dalam satu masa 

kesalahan pengambilan ubat, salah ambil ubat, salah bagi ubat, salah beri ubat, kesalahan memberi ubat pada anak, tersalah bagi anak ubat, ubat untuk bayi, ubat untuk anak, ubat untuk kanak-kanak, pemberian ubat untuk anak, pemberian ubat untuk kanak-kanak, salah makan ubat, anak salah makan ubat, bayi salah makan ubat

Kredit : Mithali Moms

Banyak ubat batuk yang mengandungi bahan aktif sama walaupun gejala yang dirawat adalah berbeza. Sebagai contoh, acetaminophen merupakan ubat demam yang ditemui dalam Tylenol. 

Jika anda merawat demam anak dengan pelbagai produk, dia akan mendapat dua kali ganda jumlah acetaminophen. 

Cara atasi: Pertimbangkan gejala sakit anak terlebih dahulu dan semak label ubat yang digunakan sama ada ia terbaik untuk simptom sakit anak atau sebaliknya. Jangan guna dua ubat sekaligus kecuali diarahkan oleh doktor

#2. Mengabaikan arahan doktor 

Doktor selalu kata, kalau sakit anak sudah pulih, anda boleh henti memberikan antibiotik pada anak. Tapi bakteria boleh datang semula jika anda tidak mengikut kadar rawatan yang betul.

Menurut Dr. Rainu Kaushal, Weill Cornell Medical College di New York City, sekiranya sakit muncul kembali, anak anda perlu makan antibiotik semula yang mungkin memberi kesan sampingan yang lebih teruk. 

Cara atasi: Tanya ahli pediatrik tentang dos antibiotik anak yang lebih tepat. 

#3. Pemberian ubat tidak berdaftar 

kesalahan pengambilan ubat, salah ambil ubat, salah bagi ubat, salah beri ubat, kesalahan memberi ubat pada anak, tersalah bagi anak ubat, ubat untuk bayi, ubat untuk anak, ubat untuk kanak-kanak, pemberian ubat untuk anak, pemberian ubat untuk kanak-kanak, salah makan ubat, anak salah makan ubat, bayi salah makan ubat

Ramai ibu bapa suka memberi ubat tidur ketika naik kapal terbang dan sesetengah kanak-kanak tidak tenang setelah mengambil ubat itu.

Penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Georgetown mendapati, ubat tersebut tidak bantu untuk anak tidur tapi ia menyebabkan mereka lebih hiperaktif. 

Cara atasi: Bawa banyak mainan yang menyeronokkan, makanan ringan yang sihat dan paling penting, sabar sepanjang perjalanan anda di sana. 

#4. Terlebih dos 

Kebiasaannya, sudu di rumah kita dua ke tiga kali ganda lebih besar yang boleh menyebabkan terlebih dos jika anda menggunakannya untuk suap ubat pada anak. 

Menurut kajian International Journal of Clinical Practice dan New York University School of Medicine, 70% ibu bapa terlebih memberi jumlah dos ubat dan ia melebihi paras yang diperlukan kanak-kanak. 

Cara atasi: Elakkan guna sudu teh tapi guna syringe atau penutup ubat mengikut ukuran mililiters (mL). 

#5. Tidak mengasingkan dos ubat mengikut berat dan umur 

kesalahan pengambilan ubat, salah ambil ubat, salah bagi ubat, salah beri ubat, kesalahan memberi ubat pada anak, tersalah bagi anak ubat, ubat untuk bayi, ubat untuk anak, ubat untuk kanak-kanak, pemberian ubat untuk anak, pemberian ubat untuk kanak-kanak, salah makan ubat, anak salah makan ubat, bayi salah makan ubat

Keperluan ubat anak adalah berbeza dan bergantung pada berat serta umur mereka. Perbezaan ini sangat penting jika anak anda mengalami lebihan berat badan atau kurang berat untuk umurnya. 

Satu kajian dari Kolej Farmasi Universiti Minnesota di Minneapolis St Paul mendapati kanak-kanak gemuk memerlukan lebih banyak bahan utama dalam ubat supaya dia cepat sembuh. 

Cara atasi: Sentiasa berunding dengan pakar pediatrik sebelum memberikan ubat pada anak terutama jika berat badan anak berlebihan atau berkurangan daripada apa yang telah ditetapkan mengikut kategori umur yang sesuai pada label ubat. 

Hal ini kerana, ahli pediatrik perlu tahu umur dan berat badan anak untuk maklumat tambahan. Semoga info ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Kredit gambar: Utusan Online 

Sumber: Parents.com

Baca juga

8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah