Pengawet dalam makanan beri kesan diam-diam pada anak anda, jangan abaikan!

Ibu bapa perlu berhenti membeli terlalu banyak makanan yang diproses untuk anak kerana kesan aditif makanan kepada anak sebenarnya amat teruk!

Jika anda seperti kebanyakan ibu bapa yang sibuk dan selalu menyimpan stok makanan proses untuk anak, kami cadangkan anda pertimbangkan semula perbuatan ini. Tahukah anda kesan aditif makanan kepada anak jika mereka banyak memakan penambah rasa ini?

Bahan aditif adalah bahan yang ditambah dalam makanan diproses secara sengaja untuk memperbaiki dan mengekalkan tekstur, warna, penampilan dan rasa makanan tersebut.

Namun, realiti dan kesan aditif makanan kepada anak sebenarnya sangat berbahaya dan tak patut diambil ringan!

kesan aditif makanan kepada anak

Kredit: geneticliteracyproject.org

Kesan aditif makanan kepada anak, parents patut lebih peka

Beberapa kajian telah membuktikan aditif makanan boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan fizikal dan kesihatan psikologi anak.

Kajian mendapati aditif makanan boleh menyebabkan tingkah laku anak terganggu, kanak-kanak hiperaktif dan suka membuat perangai. Anak juga berkemungkinan untuk mendapat kanser!

Sebuah kajian yang dibiayai kerajaan UK mendapati aditif yang digunakan dalam makanan dan minuman kanak-kanak telah meningkatkan kadar kanak-kanak menjadi lebih resah, suka meradang dan membuat perangai.

Penemuan kajian ini memaksa agensi makanan untuk menarik balik pengeluaran sesetengah makanan dan minuman yang diproses.

Malangnya aditif buatan masih digunakan dalam pelbagai makanan dan adalah mustahil untuk mengelakkannya. Tapi jika ibu bapa tahu serba sedikit mengenainya, kita boleh sama-sama mengurangkan pembelian makanan yang diproses untuk anak kesayangan.

Kesan aditif makanan kepada anak

Pewarna makanan tiruan sudah lama dikaitkan dengan peningkatan kanak-kanak hiperaktif

Cuba elak 9 aditif makanan yang memudaratkan ini

Kebanyakkan syarikat pembuat makanan segera (FMCG) akan menambah aditif makanan dalam produk mereka. Ini termasuklah dalam bijirin, gula-gula, kerepek, minuman ringan serta jus ‘semulajadi’.

Ini bermaksud hampir semua makanan yang dibungkus akan mempunyai aditif makanan.

Ibu bapa boleh mengelak aditif makanan dengan membaca label produk itu dengan terliti sebelum membelinya.

Di sini kami senaraikan 9 aditif yang memudaratkan dan patut dielak, berserta dengan kesan aditif makanan kepada anak anda.

kesan aditif makanan kepada anak

Ibu bapa boleh mengelak kesan aditif makanan kepada anak yang buruk dengan membaca label pada makanan sebelum membelinya. Sumber gambar: Wikimedia Commons

1 – Pemanis tiruan

Kebanyakkan produk ‘tanpa gula’ seperti gula-gula serta minuman akan mempunyai sekurang-kurangnya 1-2 aditif makanan.

Baca label untuk mengelak saccharin, sodium cyclamate, aspartame, acesulfame-K (juga dikenali sebagai acesulfame potassium) dan high fructose corn syrup.

2 – Pewarna tiruan

kesan aditif makanan kepada anak

Pewarna tiruan ialah pewarna buatan kimia yang memberi warna pada makanan dan minuman. Sebelum membeli makanan yang berwarna-warni, semak dulu kandungan pewarna tiruan yang ada.

Baca label produk untuk memastikan tiada pewarna tiruan Blue 1, Blue 2, Red 3, Red 40, Green 3, Yellow 5, Yellow 6, FD&C Lakes (iaitu kombinasi warna) dan Orange B (pewarna ini selalu digunakan untuk mewarnakan karung sosej).

Pewarna tiruan sudah lama dikaitkan dengan kanak-kanak hiperaktif.

3 – Lemak trans dan minyak tumbuhan berhidrogen separa

Pernah tak anda rasa hairan mengapa jeruk dan makanan berasaskan minyak kekal ‘segar’ dalam masa yang lama?

Ini disebabkan oleh partially hydrogenated oils. Apabila anak makan makanan yang mengandungi lemak trans, ini akan meningkatkan kolesterol yang tidak baik dan menurunkan kolesterol yang baik dalam badan. 

Kajian menunjukkan ini juga akan meningkatkan risiko masalah jantung dan penyakit kencing manis

4 – Sodium benzoate

kesan aditif makanan kepada anak

Sodium benzoate adalah aditif yang terdapat dalam minuman bergas dan makanan berasid seperti jeruk dan kuah salad.

Walaupun ia adalah bahan kimia yang hadir semulajadi apabila dicampur dengan vitamin C, ia akan berubah menjadi karsinogen yang dipanggil benzene.

Sebuah kajian mendapati sodium benzoate mungkin punca kanak-kanak hiperaktif. Oleh itu doktor selalu memesan ibu bapa supaya tidak memberi minuman bergas kepada kanak-kanak dan bukan hanya disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi

5 – Pengawet Kimia

Cuba elak pengawet kimia seperti BHA (butylated hydroxyanisole) dan BHT (butylated hydroxytoluene).

BHT boleh didapati dalam bijiran, biskut, kentang yang dikeringkan, minuman bir dan minuman buah-buahan.

Tetapi kedua-dua bahan ini juga didapati bersifat karsinogen dalam beberapa kajian dan boleh memberi kesan kepada sistem saraf, serta fungsi hati dan buah pinggang kanak-kanak.

6 – Sulfit

Sulfit memberi rasa masin dan memanjangkan jangka hayat buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sulfit dalam makanan selalu dilabel sebagai Sodium Sulfite, Sulfur Dioxide, Potassium dan Sodium Bisulfite Sodium, Sodium dan Potassium Metabisulfite. Kajian mendapati sulfit boleh menyebabkan asma pada kanak-kanak.

7 – MSG

kesan aditif makanan kepada anak

Kredit: Business Insider

MSG boleh didapati dalam mi segera, daging yang diproses, sup dan rempah ratus. MSG yang dianggap selamat oleh FDA banyak digunakan dalam restoran di Malaysia. 

Kajian menunjukkan MSG boleh menyebabkan sakit kepala, sakit di dada, peluh dan rasa lemah dalam kanak-kanak.   

8 – Potassium bromate

Ia adalah agen pengoksidaan yang digunakan dalam pembuatan roti. Ia menguatkan doh dan meningkatkan keanjalannya.

Namun, tahun lepas kerajaan India dilaporkan telah melarang penggunaan Potassium bromate sebagai aditif.

Ini berlaku selepas kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains dan Alam Sekitar (CSE) mendapati aditif ini telah menyebabkan kanser.

Olestra:

Olestra boleh didapati dalam keropok dan kerepek goreng dan ialah sejenis pengganti lemak dan mendakwa boleh membuang lemak daripada makanan yang telah diproses.

Tetapi Olestra, atau Olean juga boleh menyebabkan masalah gastrousus seperti perut berangin dan sakit perut. 

Kesan aditif makanan kepada anak

Aditif Olestra mendakwa boleh mengeluarkan lemak daripada kerepek, tetapi ia sebenarnya boleh menyebabkan masalah gastrousus yang teruk di kalangan kanak-kanak (Sumber imej dari laman Youtube Toys Kids TV)

Jauhi pengawet makanan dari anak-anak anda

Apabila lebih ramai syarikat melancarkan makanan yang diproses, ibu bapa perlulah lebih berwaspada.

Pastikan ibu bapa baca label produk yang ingin dibeli dan kurangkan kekerapan membeli makanan yang diproses.

Pilih makanan yang bebas pengawet, aditif dan pewarna. Banyakkan minum air dan jangan galakkan anak untuk minum minuman ringan.

Jangan lupa untuk membawa senarai ini apabila membeli belah supaya ibu bapa tahu bahan-bahan yang perlu dielak.

 

 

 

 

 

Sumber: Livestrong, WebmdTodaysparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Makanan Kantin Sekolah Yang Dilarang. Sedihnya #8!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!