10 Kesan Epidural Selepas Bersalin, Rujuk Doktor Jika Berlanjutan & Makin Teruk

Terdapat beberapa kesan epidural yang akan dialami oleh ibu bersalin yang mengambil suntikan itu, namun risikonya dianggap jarang berlaku.

Melahirkan anak boleh jadi pengalaman yang sangat bermakna dan indah buat ibu. Namun, ia juga boleh jadi mimpi ngeri buat seketika apatah lagi mengenangkan perasaan sakit sebelum bersalin dan juga keperitan ketika melahirkan anak. Disebabkan itu ada yang mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan epidural. Adakah kesan epidural menyebabkan kesakitan kepada ibu?

Ada ibu yang memilih untuk melahirkan bayi secara normal, namun ada juga yang terpaksa membuat pembedahan cesarean. Rasa sakit untuk melahirkan anak menyebabkan ada ibu yang memilih untuk menerima suntikan epidural. 

Terdapat banyak pendapat mengenai suntikan epidural ini sehingga kadang-kala membuatkan ibu ‘pening kepala’ untuk menerimanya atau tidak. Sudah tentu, suntikan epidural mempunyai kebaikan, risiko dan kesannya yang tersendiri. Jadi ibu, baca sahaja perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai epidural dan mengurangkan kekeliruan anda mengenainya. 

Apa Itu Epidural?

kesan epidural, jarum epidural

Anda mungkin biasa mendengar mengenai epidural, namun kurang pasti apakah ia. Secara amnya, epidural berfungsi untuk membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik.

Anestetik epidural, adalah dadah yang berasal dari kokain memasuki tubuh wanita dan akan mengebaskan saraf tunjangnya, seterusnya menyekat penghantaran rasa sakit ke otak. 

Untuk makluman anda, jarum epidural disuntik pada bahagian belakang badan iaitu salah satu susunan saraf pusat di tulang belakang. Epidural akan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk dimasukkan dan tambahan 10 hingga 15 minit untuk memberikan kesan.

Jangan salah faham. Suntikan epidural tidak akan membuatkan keseluruhan badan penerima berasa kebas. Sebaliknya pada kebiasaan, epidural hanya akan membuatkan sebahagian badan saja mati rasa iaitu di antara paras dada hingga bawah kaki. Malah ia juga tidak akan membuatkan ibu pengsan atau hilang kesedaran ya.

Bilakah Epidural Digunakan?

Epidural mengurangkan kesakitan di kawasan tertentu dan dalam kes ini, ia mengurangkan kesakitan di bahagian bawah badan. Wanita sering memilih untuk memilikinya bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami mereka.

Kadang-kala, ia juga merupakan keperluan perubatan jika terdapat komplikasi, seperti bersalin secara cesarean (C-section).

Kebaikan Epidural

Sudah tentu, manfaat terbesar epidural semestinya adalah ia boleh membantu wanita untuk bersalin tanpa rasa sakit. Walaupun anda mungkin masih merasakan kontraksi, kesakitan tersebut akan rasa berkurangan dengan ketara. Semasa bersalin secara normal, anda masih sedar tentang kelahiran bayi dan boleh bergerak.

Epidural juga diperlukan semasa bersalin secara cesarean untuk mengurangkan kesakitan akibat pembedahan bagi mengeluarkan bayi dari rahim. Anestesia am juga digunakan dalam beberapa kes, di mana ibu tidak terjaga semasa prosedur.

Risiko Epidural

kesan epidural, jarum epidural

Meskipun suntikan epidural boleh mengurangkan kesakitan kepada ibu yang akan melahirkan anak baik secara normal mahupun secara cesaeran, namun terdapat risiko yang mungkin dialami akibat daripadanya seperti: 

  • sakit belakang 
  • sakit kepala
  • pendarahan berterusan (dari tempat suntikan)
  • demam
  • kesukaran bernafas
  • penurunan tekanan darah, yang boleh memperlahankan degupan jantung bayi

Namun begitu ibu, walaupun risiko sedemikian wujud, ia dianggap jarang berlaku. Jadi, ibu tidak perlu begitu risau asalkan bayi selamat untuk dilahirkan.

5 Kesan Epidural Yang Selalu Terjadi 

Menurut Center For Disease Control and Prevention (CDC), seramai separuh dari wanita hamil memerlukan suntikan epidural bagi melancarkan proses kelahiran mereka. 

Walaupun ia terbukti selamat digunakan namun terdapat beberapa kesan epidural ini pada anda seperti senarai di bawah ini. 

#1. Gatal-gatal

Beberapa jenis ubat yang digunakan dalam epidural seperti opioid boleh membuatkan kulit gatal-gatal. Jika ia berlaku, doktor akan memberikan pesakit ubat tahan gatal supaya ia beransur pulih. 

#2. Alami demam

 Selepas mendapatkan suntikan epidural, ada ketikanya wanita akan mengalami demam. Menurut Pub Med Health, 23 peratus wanita yang menerima epidural mengalami demam berbanding 7 peratus wanita yang tidak terima epidural. 

#3. Sakit punggung

Selepas beberapa hari melahirkan anak, ibu akan mengalami rasa nyeri di bahagian punggung selama beberapa hari. Ia mungkin kerana regangan pada punggung. 

#4. Tekanan darah rendah

14 peratus wanita yang mendapatkan epidural mengalami penurunan tekanan darah malah suntikan tersebut boleh mempengaruhi saraf yang mengawal kontraksi otot dalam pembuluh darah. 

Namun, jika tekanan darah terlalu rendah, ia dapat pengaruhi aliran darah kepada bayi. Malah sebahagian besar wanita mendapatkan cairan intravena sebelum epidural digunakan. 

Jika mengalami tekanan darah rendah semasa hamil, doktor akan memberi ubat bagi mengatasi masalah tersebut. 

#5. Sukar membuang air kecil

Selepas mendapatkan suntikan epidural, saraf yang menjaga saluran kencing akan mati rasa. Disebabkan itu anda perlu menggunakan kateter untuk kosongkan pundi kencing.

Maka anda akan kembali mengawal kencing setelah bius epidural habis. 

5 Kesan Epidural Yang Jarang Berlaku 

kesan epidural, jarum epidural

Berikut beberapa kesan epidural yang jarang berlaku namun perlu diketahui juga. 

#1. Menyebabkan masalah pernafasan 

Dalam keadaan yang jarang berlaku, bius epidural ini dapat mempengaruhi otot pernafasan hingga menyebabkan masalah terutama bagi ibu yang ada asma atau serangan panik (panic attack). 

#2. Sakit kepala

Menurut American Society of Anesthesiologists, sakit kepala ini hanya berlaku sekitar 1% sahaja selepas bersalin. 

#3. Jangkitan 

Setiap kali mengalami lubang pada kulit (untuk suntikan) maka ia memudahkan bakteria untuk masuk ke dalam badan lantas menyebabkan infeksi. Meskipun ia jarang berlaku tapi epidural memang boleh menyebabkan jangkitan tersebut. 

#4. Kekejangan 

Selain itu, suntikan epidural juga boleh menyebabkan kekejangan kerana aktiviti listrik abnormal di bahagian otak anda. 

#5. Kerosakan saraf 

Pendarahan di sekitar sumsum tulang belakang dan penggunaan ubat yang salah pada epidural boleh menyebabkan kerosakan saraf. 

Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang jarang berlaku ini hanya mempengaruhi kira-kira 1 dalam 4000 kelahiran yang menggunakan epidural semasa bersalin.  Bagi mengelak sebarang risiko yang membahayakan, adalah lebih baik anda berbincang dengan doktor sakit puan supaya proses kelahiran dan penyembuhan berjalan lancar. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu yang akan melahirkan bayi tidak lama lagi!

  1. Healthline (May 7, 2018). Natural vs. Epidural: What to Expect. www.healthline.com/health/pregnancy/treatment-vaginal-cervical-lacerations#outlook
  2. Parents (Nov 9, 2021). The Pros and Cons of Epidurals vs. ‘Natural Births’. www.parents.com/pregnancy/giving-birth/stories/epidural-or-drug-free-birth/

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lalui Czer Tanpa Epidural Hingga Alami Kesakitan Melampau, Wanita Ini Saman Hospital

Baca juga: Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

Baca juga: Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!