Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

lead image

Kesan jerebu boleh menjejaskan janin dalam kandungan serta ibu mengandung. Ketahui kesan-kesan dan cara untuk mencegah risiko kesan jerebu.

Musim jerebu datang lagi. Jika anda keluar rumah, anda akan dapat lihat keadaan seperti kabur dan kadang-kadang terbau asap. Tapi tahukah anda jerebu memberi kesan pada ibu hamil? Apa kesan jerebu pada ibu mengandung ini?

Kesan jerebu: Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh percampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Kesan jerebu: Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada bahan pencemar udara seperti bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida bagi menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

src=https://hellodoktor.com/wp content/uploads/2018/06/haze.jpg?x13626 Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

Kesan jerebu: Bagaimana ia boleh menjejaskan saya dan bayi dalam kandungan?

Oleh kerana pencemaran udara memberi kesan terhadap kesihatan semua orang, jadi ia juga boleh menjejaskan wanita hamil.

Jerebu boleh menjejaskan kualiti udara dengan ketara, dan banyak kajian telah membuktikan bahawa pencemaran udara dan kualiti udara yang sangat rendah boleh membahayakan bayi yang belum lahir dalam pelbagai cara.

  • Apabila bahan pencemar dalam udara disedup oleh ibu hamil, ia akan memasuki ke dalam rahim melalui tali pusat.
  • Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum dilahirkan dikaitkan dengan IQ yang rendah pada kanak-kanak.
  • Pendedahan kepada jerebu sebelum kelahiran dikaitkan dengan berat badan bayi yang rendah, kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kematian selepas dilahirkan.
  • Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang ada tahap ozon dan karbon monoksida adalah tiga kali ganda bayi dilahirkan mendapat sumbing bibir dan lelangit, dan kecacatan injap jantung. Risiko terbesar berlaku semasa bulan kedua kehamilan iaitu apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ.

Kesan jerebu: Bagaimana meminimakan pendedahan kepada jerebu semasa hamil?

i) Semasa di dalam rumah

src=https://hellodoktor.com/wp content/uploads/2018/06/shutterstock 795819457.jpg?x13626 Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

  • Tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh jangan buka kipas, sebaliknya buka penghawa dingin dan jika anda mampu pasang penghawa dingin dengan penapis HEPA
  • Sentiasa membersihkan rumah dengan cara mengemop untuk mengurangkan debu dan habuk yang terangkap di dalam rumah

ii) Gunakan topeng N95

src=https://hellodoktor.com/wp content/uploads/2018/06/shutterstock 666108391.jpg?x13626 Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

Jika anda perlu berada di luar rumah, gunakan topeng muka (mask) N95 kerana ia mampu menapis 95% daripada partikel habuk bersaiz lebih daripada 0.3 mikron. Ia lebih sesuai daripada topeng pembedahan.

Walaubagaimana pun, bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor kerana ia boleh menyekat aliran udara.

iii) Jauhkan diri daripada jalan raya

src=https://hellodoktor.com/wp content/uploads/2018/06/shutterstock 154114685.jpg?x13626 Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

Kurangkan pendedahan luar melainkan atas urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta membantu mencegah pengurangan kualiti udara dan mengurangkan risiko kemalangan akibat jarak penglihatan yang terhad.

Jika anda perlu memandu pastikan:

  • Tutup semua tingkap dan buka penghawa dingin
  • Buka lampu untuk meningkatkan penglihatan
  • Tidak tinggalkan anak dalam kereta tanpa pengawasa
  • Tidak merokok dalam kereta

Apakah perkara lain yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil semasa jerebu?

  • Minum banyak air: Pakar-pakar kesihatan mengesyorkan minum dua liter sehari apabila jerebu tidak teruk.
  • Jauhkan diri daripada perokok: Jika anda juga seorang perokok, hentikan segera.
  • Cuci tangan dan muka: Bersihkan debu dan kotoran sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Pastikan ahli keluarga anda yang lain juga melakukannya.

Jadi hati-hati ya ibu!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png Jerebu boleh sebabkan kelahiran pramatang! Ini cara kurangkan risiko jerebu

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

Kajian: Ibu Yang Stress Ketika Hamil Punca Bayi Kurang Berat Badan