Memukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pukul anak sekarang!

lead image

Sebenarnya, kesan memukul anak lebih banyak negatif berbanding positif. Jika anda baca 5 sebab ini, pasti anda mahu berhenti memukul anak sekarang.

Kesan memukul anak sendiri – ada banyak keburukan berbanding kebaikan

Anda sudah biasa memukul anak jika mereka nakal? Tak kisahlah pukul gaya mana pun. Mungkin dengan menampar atau memukul punggung mereka. Tapi tahukah anda tentang kesan memukul anak ini?

Sebenarnya, memukul anak selalu dijadikan pilihan utama buat ibu bapa di Malaysia. Kita di sini diajar untuk mendidik anak dengan disiplin yang ketat.

Akan tapi, memukul mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan! Kesan memukul anak termasuklah trauma, anak membesar jadi ganas dan yang lebih buruk, anak bakal memukul anak mereka juga kelak!

Anda pasti tidak mahu jadi begitu, kan? Jadi, mari semak apa 5 kesan memukul anak dari sudut negatif, agar anda boleh mempertimbangkan untuk berhenti memukul anak sekarang:

1. Kesan memukul anak: tradisi kekerasan berulang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/bahaya memukul anak 1.jpg Memukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pukul anak sekarang!

Masa kecil adalah masa untuk kanak-kanak meniru perbuatan orang dewasa. Kalau anda sudah terbiasa memukul anak, jangan hairan jika mereka akan memukul adik mereka pula.

Apabila ibu bapa kerap memukul anak, anak akan anggap “kekerasan” boleh dibuat untuk mendapatkan sesuatu. Maka mereka akan berperangai agresif. 

Selepas itu, mereka akan mula agresif pada teman sebaya dan apabila dewasa, mereka akan jadi orang tua yang suka memukul anak. 

Selain dari pukulan, kekerasan verbal seperti ugutan, cacian dan teriakan juga dianggap sebagai kekerasan. 

2. Kesan memukul anak: merendahkan nilai diri anak

Semasa kecil, anak memahami tentang harga diri dari pandangan orang tentang dirinya. Jika anak kerap dipukul, mereka akan menganggap diri mereka ini tidak disayangi dan tidak dihargai.

Kekerasan akan membuatkan anak menyoal sama ada ibu bapa betul-betul menyayangi mereka atau tidak. 

Sekejap anda menyayangi mereka, manakala sekejap lagi anda memaki-hamun dan mencerca mereka. Ini menimbulkan kekeliruan dalam nilai diri anak.

3. Memukul tidak membuatkan anak jadi berdisiplin

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/5eab6964f51f9ff848e47ce6c058e026.jpg Memukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pukul anak sekarang!

Kredit: kidspot.com.au

Menjadikan pukulan sebagai hukuman untuk mendisiplinkan anak sebenarnya tidak mengubah apa-apa pun. Sebaliknya, anda sedang menggalakkan mereka untuk membantah.

Seperti perumpamaan “semakin dilarang semakin dibuat“, itulah yang akan terjadi pada anak. 

Sebenarnya, ibu bapa perlu bijak untuk membuatkan anak patuh. Nak buat anak patuh bukan bergantung pada kekerasan saja. 

Prinsip untuk mendisiplinkan anak yang betul adalah dengan memberitahu mereka yang perbuatan mereka itu salah. Apabila anak tahu yang mana perbuatan salah dan betul, mereka akan melakukan benda betul.

4. Memukul buat anak makin marah lalu membenci ibu bapa

Anak kecil masih belum berfikiran rasional sama seperti orang dewasa. Ibu bapa fikir pukulan adalah hukuman untuk anak. 

Tapi anak pula menganggap hukuman itu sebagai satu bentuk ketidakadilan, penghinaan dan rasa tidak dihargai. 

Maka anak pun mula menyimpan rasa marah dalam hati mereka. Mereka juga akan menjauhkan diri dari si pemukul. Jika perbuatan memukul ini berterusan, jangan terkejut jika anak mula membenci ibu bapa.

5. Kesan memukul anak dalam jangka masa panjang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/bahaya memukul anak 3.jpg Memukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pukul anak sekarang!

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengetahui apa kesan memukul anak dalam jangka masa panjang. Hasil kajian akan mengejutkan anda!

Anak yang biasa dipukul biasanya akan:

  • menjadi orang yang egois dan anti sosial. Mereka akan menggunakan kekerasan untuk menyampaikan perasaan mereka
  • mendapat gangguan psikologi jika jarang dipuji.
  • kanak-kanak yang pernah dipukul akan memilih untuk memukul anak mereka juga kelak
  • lebih agresif dengan orang lain
  • lebih agresif pada pasangan 4 kali lebih tinggi berbanding individu yang tidak dipukul ibu bapa
  • menjadi penjenayah dan melakukan kekerasan berlebihan

Walau apapun alasannya, janganlah kerapkali memukul anak. Memang kita mahu anak mendengar kata dan berdisiplin. 

Tapi cuba guna cara berdisiplin yang lain. Anda boleh memukul anak, tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan. 

Sebenarnya, memukul anak tidak akan membuatkan anak menjadi lebih baik. Tapi mereka akan semakin jauh dari anda.

Anak berhak untuk membesar dalam suasana keluarga yang sihat secara fizikal mahupun mental.  Maka, mari hentikan kebiasaan kita untuk memukul anak itu, walaupun ketika mereka nakal. 

 

 

 

 

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!