Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum

lead image

Apakah kesan sampingan apabila ibu bapa menyuruh anak untuk mengambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum?

Dengan harapan ibu bapa yang semakin tinggi hari ini, ramai kanak-kanak sebenarnya telah mengalami kesan mengambil aktiviti kokurikulum yang terlampau banyak.

“Anak perempuan saya kini dalam kelas tahun 2 dan ada jadual yang sangat sibuk. Pagi dia pergi ke sekolah sampai tengahari. Selepas tidur sekejap, dia perlu pergi kelas piano kemudian kelas tarian.

2 kali seminggu dia juga ikut latihan bersukan di sekolah. Saya berpendapat aktiviti kokurikulum adalah penting untuk anak saya.”

Pernahkah anda mendengar ibu bapa lain membincangkan aktiviti-aktiviti anak mereka? Anak masih kecil sudah sibuk macam orang dewasa. Bagaimana dengan anak sendiri?

Anda sendiri pun ikut juga kan? Ini kerana aktivti kokurikulum boleh mengasah kecerdasan minda, mengajar kemahiran lain dan membina personaliti anak. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/kesan aktiviti kokurikulum swim.jpg Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum

Kesan mengambil aktiviti kokurikulum : dapat belajar kemahiran lain yang penting untuk perkembangan anak

Ya, memang benar, mengalakkan anak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum banyak manfaatnya.

Tapi bagaimana apabila anak tidak berhenti ulang-alik dari sekolah dan aktiviti lain sehingga ke hujung minggu? Bagaimana pula apabila anak enggan pergi atau terlalu letih akibat kesan mengambil aktivti kokurikulum yang terlampau banyak?

Kesan mengambil aktiviti kokurikulum menurut pakar

Menurut pakar psikologi Justin Coulson, ibu bapa hari ini berniat untuk memberikan yang terbaik untuk anak serta peluang untuk belajar.

Mereka akan melakukan apa sahaja agar anak mereka cemerlang. Biarpun niat ini baik, tapi kadang-kadang dengan tidak sengaja ibu bapa boleh memberi dorongan yang terlalu banyak sehingga anak mengalami tekanan yang besar.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/kesan aktiviti kokurikulum trophy.jpg Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum

Kesan mengambil aktiviti kokurikulum : Dorongan ibu bapa yang terlalu banyak hanya akan memberi tekanan kepada anak

Ibu bapa akan rasa risau apabila anak mereka tidak minat untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Mereka merasakan seolah-olah anak mereka kurang daya tahan dan akan meminta pertolongan dari Dr. Coulson.

“Jawapan saya untuk ibu bapa ini selalu jawapan yang sama. Jika keinginan untuk mengejar kecemerlangan ini sudah menjadi lebih penting dari anak sendiri, maka itu adalah tanda ibu bapa kena berhenti mendesak anak. 

Harapan ibu bapa untuk anak hari ini jauh berbeza dengan kanak-kanak dari 20 tahun yang lalu. Walaupun kita hanya mahukan yang terbaik untuk anak supaya mereka ada peluang untuk membina kehidupan yang senang, tapi ini tidak selalunya sesuai pada anak,” kata Dr Coulson.

Tips penting dari Dr. Coulson untuk mengurangkan kesan mengambil aktiviti kokurikulum

1. Membenarkan anak untuk berhenti melakukan aktiviti itu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/kesan aktiviti kokurikulum colouring.jpg Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum

Untuk mengelak kesan mengambil aktivti kokurikulum yang terlalu banyak, ibu bapa perlu memberi kelonggaran kepada anak untuk berhenti apabila mereka ingin berhenti.

Anak tidak akan menikmati sesuatu aktiviti kalau ibu bapa memaksa anak untuk melakukan sesuatu sehingga betul. Contohnya menari sehingga tariannya betul.

Sebaliknya ibu bapa patut memberi dorongan positif dan membantu anak untuk memilih aktiviti kesukaan mereka. Jika anak tidak tahu apa minatnya, ibu bapa bolehlah membuka peluang untuk anak mencuba pelbagai aktiviti.

2. Pilihan anak boleh berubah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/kesan aktiviti kokurikulum rollerblade.jpg Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum

Ibu bapa juga perlu hormati pilihan anak

Dr. Coulson memberi contoh anaknya yang mula ingin belajar berbasikal. Tapi sebulan kemudian, apabila belajar berbasikal dengan kanan-kanak lain, anaknya sedar dia tidak boleh berbasikal seperti rakan-rakannya yang lain.

Dr. Coulson telah menjelaskan kepada anaknya tentang  kepentingan melakukan latihan dan untuk mencuba lagi. Tapi 2 bulan kemudian, anaknya masih tidak menyukai aktiviti itu.

Akhirnya anak Dr. Coulson berjaya mencari aktiviti lain yang dia suka. Menurutnya, walaupun anak mempunyai minat tertentu, ibu bapa tidak patut mamaksa anak untuk untuk mengejar kecemerlangan. 

“Lebih penting untuk membangunkan kelebihan anak, mendorong minat dan memberi peluang kepada anak untuk mencuba akitivti-aktiviti yang bermanfaat sambil memberi kelonggaran agar mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak mereka.”

Apakah pendapat ibu bapa mengenai kesan mengambil aktiviti kokurikulum yang terlalu banyak ini? Adakah ini hanya akan menghalang kemampuan sebenar anak?

Adakah cara mendorong ini sesuai untuk semua kanak-kanak ataupun kanak-kanak patut diberi peluang untuk bermain sahaja? Kongsi pendapat anda bersama kami di ruang komen di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ABC NewsABC Radio Perth 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!