Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

lead image

Walaupun anda merokok dalam kereta atau hanya di tempat kerja, kesan merokok itu masih memberi kesan buruk YANG SAMA pada anak anda!

Saya faham, bukan senang nak berhenti merokok. Lebih-lebih lagi kalau anda sudah lama dengan tabiat ini. Untuk mengelak kesan merokok pada anak, anda jauh-jauh merokok dari mereka, kan?

Anda mungkin merokok dalam kereta ataupun hanya di tempat kerja saja. Tapi, tahukah anda ia masih memberi kesan pada anak anda?

Kesan ini dipanggil sebagai third-hand smoking dan ia amat berbahaya!

Kesan merokok: Anak terdedah pada third-hand smoke

Apabila anda merokok, pembakaran tembakau itu akan menghasilkan pelbagai toksin. Salah satu sebab individu merokok adalah kerana nikotin.

Namun, apa yang ada dalam nikotin itu sendiri sudah cukup tidak sihat! Menurut American Lung Association, hampir 600 bahan ada dalam sebatang rokok. 

Apabila rokok dibakar, hampir 7000 kimia terkeluar. 69 daripada kimia tersebut terbukti menyebabkan kanser. Ini termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, aseton, amonia, dan benzena.

Bahan-bahan kimia ini lebih berat dari udara, maka ia akan meresap ke dalam pakaian anda. Beginilah terjadinya third-hand smoke

kesan merokok, bahaya merokok, kanak-kanak merokok, kesan rokok pada anak, anak merokok, halang anak merokok, bahaya rokok, ddicted to smoking

Malah menurut kajian, asap dan bahan toksin yang melekat pada baju anda ini amat berbahaya sama seperti anda membawa anak ke bar yang penuh asap rokok! Bayangkan!

Kesan merokok pada anak anda

Jika anda perasan, sekarang – tanda amaran pada pek rokok telah berubah. Dulu mereka guna amaran “merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru”. 

Kini, amaran itu telah membuang perkataan “boleh” kerana kajian sudah cukup membuktikan rokok penyebab kanser paru-paru

Tapi itu bukan satu-satunya kesan merokok yang patut anda khuatiri. Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan urat dan arteri dalam badan bertentangan. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Kesan merokok ini lebih buruk pada kanak-kanak. Menghisap rokok di hadapan mereka akan meningkatkan risiko mereka turut merokok kelak! 

Malah menurut kajian, purata kanak-kanak telah cuba merokok sekitar usia 12 tahun! 

Satu lagi perkara tentang third-hand smoke yang perlu anda tahu di sini ialah:

  • Asap dari pakaian atau dalam kereta anda boleh “menyentuh” dan memberi kesan pada anak-anak anda
  • Pendedahan yang kecil saja sudah cukup menyebabkan kerosakan kekal pada jantung dan paru-paru anak yang sedang membesar

Bagaimana ingin elak kesan merokok ini?

kesan merokok, bahaya merokok, kanak-kanak merokok, kesan rokok pada anak, anak merokok, halang anak merokok, bahaya rokok, ddicted to smoking

Cara yang paling mudah, tapi paling susah nak dilakukan ialah berhenti merokok. Tapi jangan risau. Ada pelbagai cara untuk berhenti merokok.

Sekarang ini, terdapat bahan-bahan terapi yang mampu merawat ketagihan untuk merokok. Antaranya seperti gula-gula getah dan patches yang perlu ditampal. 

Tapi apa yang paling penting ialah anda memerlukan motivasi dan sokongan. 

Sebatang rokok mungkin akan beri anda sedikit ketenangan, tapi percayalah, masalah anda tidak akan pergi. Bahkan, rokok hanya akan memburukkan keadaan!

Stress anda meningkat, tekanan darah tinggi anda makin naik. Jadi, lebih baik anda berhenti merokok sekarang.

Kalau bukan untuk isteri dan diri sendiri, mungkin anda boleh melakukannya demi kesihatan anak-anak anda 🙂

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Dr. Anay dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Ayu Idris