10,000 Kanak-Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

lead image

Kesan pengambilan mee segera bukan saja boleh terjadi pada kesihatan, malah fizikal anak-anak. Baca untuk ketahui kesannya.

Mee segera tak termasuk dalam senarai makanan berkhasiat yang anda perlu beri pada anak. Tapi apa yang lebih mengejutkan, kesan pengambilan mee segera pada anak ini telah menghantar beribu anak ke wad kecemasan setiap tahun!

Kesan pengambilan mee segera: Kenapa ramai masuk wad kecemasan?

Baru-baru ini, satu kajian yang dijalankan sekumpulan saintis mendedahkan, antara kanak-kanak yang melecur dan dibawa ke wad kecemasan, 20% daripada mereka melecur akibat mee dan sup segera yang dipanaskan dalam microwave.

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/2017/03/list5 3.jpg 10,000 Kanak Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

Tak seperti lecuran biasa, melecur akibat pendedahan pada cecair panas atau wap mungkin memerlukan pembedahan.

Kajian ini menganggarkan, sup dan mee segera menyebabkan 10,ooo kanak-kanak yang duduk di Amerika melecur!

Kajian ini juga menunjukkan yang kanak-kanak usia empat ke tujuh tahun lebih cenderung untuk cedera. 40% kecederaan adalah di kawasan dada.

Dr Courtney Allen, pakar kecemasan perubatan kanak-kanak di Universiti Emory, Atlanta mengatakan, mungkin ibu bapa melihat makanan yang keluar dari microwave adalah lebih selamat dari makanan dari atas stove

Tapi, kajian mengatakan kanak-kanak yang makan sup segera perlu diperhatikan oleh orang dewasa.

Dr Michael Cooper, pengarah Hospital Universiti Pulau Staten di pusat kebakaran mengatakan kajian ini menunjukkan  apa yang berlaku pada dunia sebenar.

“Kami memang lihat kanak-kanak usia ini melecur kerana mee atau sup segera,” katanya.

Kesan pengambilan mee segera: Bagaimana lecuran ini boleh berlaku?

src=https://sg 10,000 Kanak Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

Kebanyakan masa, ibu bapa akan panaskan sup atau mee segera dan beri pada anak. Biasanya anak akan terlanggar bekas yang diberi dan kandungan panas tertumpah atas mereka.

Selain dari boleh mendapat kecederaan, mee dan sup segera juga mempunyai nutrisi yang sangat sikit dan tak sihat untuk anak-anak

Kesan pengambilan mee segera: Adakah ia sihat?

Menurut pakar nutrisi, Ms Swati Kapoor, makanan segera mengandungi:

Secara khusus, ada tiga bahan penting dalam sup segera yang tak baik untuk kesihatan anda:

src=https://sg 10,000 Kanak Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

1. Tepung jagung

Sup dan mee segera mengandungi banyak tepung jagung supaya ia pekat. Tepung jagung tak baik untuk badan kerana ia meningkatkan kandungan gula dalam darah dan menyebabkan berat badan turun naik.

Berat badan turun naik boleh menyebabkan penyakit kencing manis, lemak hati dan sakit jantung.

2. Garam

Sup dan mee segera mengandungi banyak garam. Garam yang berlebihan tak baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi dan kanak-kanak.

3. Bahan pengawet

Sup dan mee segera mengandungi bahan pengawet yang tak baik untuk kesihatan.

Nutrisi makanan segera pula datang dari bentuk serbuk. Apabila nutrisi serbuk terkena panas, nutrisinya akan hilang.

Jadi, kalau anda tak boleh hentikan anak anda makan sup atau mee segera, sebaiknya kurangkan dan pastikan anak anda tak melecur kerana makanan mereka panas!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!