Kesan pilihan perancang keluarga pada kitaran haid anda

Kesan pilihan perancang keluarga pada kitaran haid anda

Penggunaan pelbagai jenis perancang keluarga boleh memberi kesan yang berlainan kepada kitaran haid seorang wanita. Baca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Kesan perancang keluarga yang dipilih

Walaupun pelbagai kaedah perancang keluarga seperti pil, IUD, implan dan suntikan telah digunakan secara meluas untuk mengawal kehamilan, tapi masih ramai juga wanita rasa bimbang dengan kesan perancang keluarga.

Perubahan berat badan, kulit, peluang kehamilan dan perubahan pada kitaran haid adalah antara kesan perancang keluarga yang dibimbangkan.

kesan perancang keluarga

Kredit: Quick and Dirty Tips

Hampir semua perancang keluarga akan memberi kesan pada kitaran haid seorang wanita. Inilah sebab mengapa sesetengah wanita bukan hanya menggunakan perancang keluarga untuk mengelak kehamilan.

Ia juga digunakan untuk mengawal kitaran haid mereka. Jika mahu, anda boleh melangkau dan menetapkan bila anda datang haid!

Kesan perancang keluarga yang ada hormon

kesan perancang keluarga

Salah satu kesan perancang keluarga dengan hormon yang baik ialah mengurangkan kekejangan perut semasa datang bulan

Sebelum kita berbincang tentang kesan perancang keluarga, mari kita faham dulu fungsinya. Selain dari menghalang kehamilan yang tidak diingini, fungsinya juga adalah untuk mengawal hormon. Contoh-contoh kaedah perancang yang menawarkan kawalan hormon ialah pil perancang, NuvaRing, Depo-Provera, Mirena (IUD), patch perancang dan implan seperti Nexplanon. 

Fungsi perancang hormon ini adalah untuk:

  • menghalang ovari dari melepaskan telur,
  • menebalkan lendir serviks untuk mencegah sperma memasuk rahim dan
  • menipiskan lapisan rahim untuk mencegah implantasi.

Kaedah perancang jenis ini juga boleh mengurangkan sakit haid, tempoh haid, atau menghalang haid dari berlaku. Ini kerana darah haid adalah hakisan dari lapisan rahim apabila persenyawaan tidak berlaku.

Kesan perancang keluarga jenis hormon terhadap kitaran haid bergantung kepada individu. Kitaran haid anda mungkin akan menjadi lebih konsisten, lebih ringan, atau berhenti sama sekali.

Kesan perancang keluarga hormon pada haid: kebaikan

Kesan perancang keluarga : Pil perancang membolehkan wanita untuk mengawal kitaran haid mereka

Kesan perancang keluarga : Pil perancang membolehkan wanita untuk mengawal kitaran haid mereka

  • kitaran haid akan jadi konsisten
  • mengurangkan masalah jerawat
  • anda akan melihat perubahan pada kitaran haid, 1-2 kitaran selepas menggunakan pil perancang, NuvaRing dan perancang jenis patch.
  • sesetengah pil perancang boleh memendekkan hari anda datang haid.
  • haid yang sangat ringan, dan hanya spotting sahaja semasa datang haid atau diantaranya.
  • Ada juga pil perancang yang boleh diambil terus dan anda tidak akan datang haid langsung!
  • IUD dan implan dengan hormon juga akan meneyebabkan haid sangat ringan dan anda mungkin akan mengalami spotting sahaja.

Tetapi ini kesan perancang keluarga yang tak diketahui…

IUD dan implan dengan hormon mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Pernah berlakunya kes IUD menembusi rahim sehingga mengakibatkan keradangan, dan kisah implan yang hilang dalam lengan. Ada juga wanita yang mengadu

“Saya sering mengalami kekejangan selepas menggunakan IUD, dan telah mengalami pendarahan yang teruk. Saya rasa sakit dan tidak selesa ketika melakukan seks dan suami kata dia boleh rasa IUD yang ada dalam badan saya. Kehidupan kami hanya kembali normal selepas saya mengeluarkan IUD itu.”

kesan perancang keluarga

Namun bukan semua IUD adalah sama. Jika anda menggunakan IUD dengan dawai tembaga, ia tidak akan memberi kesan kepada kitaran haid anda. Untuk sesetengah wanita, IUD boleh meningkatkan pendarahan!

Salah tanggapan tentang kesan perancang keluarga

Mungkin anda masih risau, kalau saya tak datang haid langsung selepas makan perancang keluarga, macam mana pula? Mereka takut telur dari pembentukan lapisan rahim tidak keluar dengan bersih dan akan bertambah dalam rahim.

Ini adalah tanggapan yang salah. Pembentukan lapisan rahim (endometrium) tidak akan berlaku semasa anda menggunakan perancang. Pendarahan sedikit yang dialami itu sebenarnya adalah withdrawal bleeding akibat kekurangan sokongan hormon ketika anda berhenti mengambil pil perancang.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu untuk berbincang dengan doktor anda tentang kaedah perancang keluarga yang paling sesuai untuk anda.

 

 

 

Sumber: LivestrongPop SugarWeb Md

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner