Inilah kesan ambil pil perancang dalam jangka masa panjang yang ramai wanita tak sedar!

lead image

Walaupun pil perancang menawarkan pelbagai manfaat untuk wanita di seluruh dunia, tapi ia juga ada kesan sampingan. Baca tentang kisah ibu ini yang mengalami kerosakkan hati akibat makan pil perancang dalam jangka masa yang lama.

Walaupun menelan pil perancang adalah kaedah perancang yang agak selamat, berkesan dan murah, ramai wanita juga pernah menjadi mangsa kesan pil perancang.

Ikuti kisah ibu ini yang telah mengambil pil perancang selama 12 tahun dan kini mempunyai masalah hati akibat bertumbuhan tumor pada hatinya.

Sarah Brown, seorang ibu dari Newcastle, United Kingdom, kini berkongsi bahayanya kesan pil perancang apabila digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Kesan pil perancang : Tumor hati dan kesakitan teruk

"Saya telah mengambil pil perancang selama 12 tahun. Tapi saya juga telah mengalami sindrom usus rengsa (IBS) kira-kira 11 tahun lalu."

Sarah masih ingat keadaannya yang seringkali letih dan rasa seperti bertoksin. Ia bermula dengan rasa perut kembung, berat badan yang semakin naik, senak, dan pengumuhan makanan yang tidak dapat dicerna.

Lama-kelamaan Sarah rasa tidak tahan dengan keadaannya.

"Beberapa bulan selepas itu, saya mula merasakan sensasi yang pelik di hati saya ketika saya berbaring. Tapi sensasi pelik itu terus berubah menjadi rasa sakit setiap kali selepas makan.

Ia rasa seperti terbakar di bahagian atas belakang dan kesakitan di sebelah kanan bahu saya."

kesan pil perancang keluarga, kesan pil perancang, pil perancang, makan pil perancang, pil perancang keluarga, kesan sampingan pil perancang, kesan sampingan makan pil perancang, kesan sampingan makan pil perancang yasmin, kesan sampingan makan pil perancang noriday, kesan sampingan mengambil pil perancang, kesan sampingan pengambilan pil perancang, kesan sampingan berhenti makan pil perancang, kesan sampingan ambil pil perancang

Pada bulan Ogos 2016, MRI mengesahkan Sarah ada pertumbuhan tumor. Walaupun ia bukan tumor yang berbahaya, ia dipercayai akibat kesan pil perancang apabila diambil dalam jangka masa yang panjang.

"Disebabkan risiko tumor itu mungkin pecah atau bertukar menjadi kanser, pilihan yang paling selamat adalah untuk mengeluarkannya," jelas Sarah.

Sarah terpaksa tinggal di hospital selama seminggu selepas menjalani prosedur liver-resecting, pembedahan yang telah mengambil masa hampir 7 jam.

"Sebab itu penting untuk semua wanita tanya semua soalan dulu apabila mempertimbangkan kaedah perancang jangka panjang," kata Sarah memberi nasihat.

"Ketahui kesan pil perancang serta kesan sampingan kaedah perancang lain sebelum membuat pilihan yang sesuai. Kemudian jangan lupa untuk memantau tubuh badan sendiri untuk sebarang perubahan."

Kesan pil perancang: Kesan sampingan lain

Meskipun Sarah telah mengalami kesan pil perancang yang negatif, ini tidak bermakna semua ibu akan mengalami kesan sampingan yang sama.

Mana-mana ubat, jika diambil dengan kerap untuk tempoh masa yang lama, mungkin boleh memberi kesan kepada tubuh badan - ataupun organ-organ badan tertentu, seperti buah pinggang dan hati.

Sebelum memulakan sebarang pengambilan ubat hormon, sebaiknya beritahu doktor mengenai sejarah kesihatan anda. Juga, amat penting untuk memberitahu doktor jika berlaku sebarang tindak balas badan terhadap ubat tertentu.

kesan pil perancang keluarga, kesan pil perancang, pil perancang, makan pil perancang, pil perancang keluarga, kesan sampingan pil perancang, kesan sampingan makan pil perancang, kesan sampingan makan pil perancang yasmin, kesan sampingan makan pil perancang noriday, kesan sampingan mengambil pil perancang, kesan sampingan pengambilan pil perancang, kesan sampingan berhenti makan pil perancang, kesan sampingan ambil pil perancang

Ingat - jangan lupa untuk bertanya doktor tentang peningkatkan risiko masalah jantung, seperti pembekuan darah, strok, serangan jantung, atau trombosis vena dalam (DVT) jika anda mengamalkan sebarang kaedah perancang.

Selain pertubuhan tumor hati, di bawah adalah kesan sampingan lain yang mungkin berlaku:

Sekiranya anda mengalami mana-mana tanda di atas, beritahu doktor pakar wanita anda dengan segera. Jangan lupa untuk berbincang dengannya untuk menentukan kaedah perancang yang paling sesuai dengan anda dan suami anda.

Marilah kongsi artikel ini sebagai peringatan dan untuk meningkatkan kesedaran semua pasangan!

 

 

 

 

 

Sumber: National Center for Biotechnology Information (NCBI)Mayo Clinic, Medical News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/perancang-jenis-implan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!