Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Pastikan keselamatan anak terjamin antaranya dengan anda boleh mengecat semula bilik anak-anak terutamanya dengan cat anti-virus Nippon Paint VirusGuard.
Apabila bercakap mengenai keselamatan anak di rumah tentu ibu bapa ramai yang berasa runsing sekarang kerana kebanyakan masa kini dihabiskan di rumah.
Ramai ibu bapa yang bekerja dari rumah, dan anak-anak juga rela dijaga sendiri berbanding di hantar ke pusat jagaan, walaupun ia telah pun dibuka demi memastikan kesihatan anak-anak terjaga waktu pandemik ini.
Namun dalam memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjaga daripada anasir luar, di rumah juga ibu bapa perlu peka. Kebanyakan kejadian yang tidak diingini kebanyakannya berlaku di rumah, akibat kecuaian penjaga dan anak-anak yang semakin berperasaan ingin tahu.
Setiap pelosok rumah harus dijamin keselamatannya seperti pintu tandas perlu sentiasa ditutup, cermin tingkap yang tiada gril perlu dipastikan dikunci dan sebagainya.
Namun dalam kita memastikan anak terjaga dari sudut keselamatan objek merbahaya, tahu tak masih ada benda yang tanpa sedar menyerang anak-anak kita?
Ya, virus dan kuman yang hinggap di rumah juga perlu dipastikan bebas daripanya. Antaranya anda boleh mengecat semula bilik anak-anak terutamanya dengan cat anti-virus Nippon Paint VirusGuard.
Cara memastikan keselamatan anak terjaga
#1. Sentiasa kunci pintu tandas
Bilik air adalah satu tempat yang sering dilaporkan kecederaan dikalangan kanak-kanak. “Kanak-kanak boleh lemas dalam air yang hanya beberapa inci,” kata Jururawat Pediatrik Maryland, Meghann Wellard.
Kata Wellard lagi, bayi dan kanak-kanak suka bermain di bilik air, malah mereka sangat tertarik untuk membuka laci kabinet di dalam bilik air yang mana disitulah terletaknya pelbagai produk-produk kimia yang berbahaya untuk kanak-kanak.
Mengikut laporan di Amerika sahaja, lebih 90 kanak-kanak lemas di dalam rumah sendiri setiap tahun. Menjadikan perbuatan mengunci tandas atau bilik air adalah sesuatu yang amat penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Bercakap mengenai kesihatan pula, tahukah anda, bilik airlah tempat di rumah kita yang menghasilkan lebih banyak kuman dan virus? Jadi hati-hati ya ibu bapa, anak akan mudah terkena jangkitan, lagi-lagi apabila bermain di mangkuk tandas.
#2. Jadikan katil bayi anda selamat
Lebih 36 kematian bayi dilaporkan berlaku di dalam katilnya sendiri pada tahun 2011-2013. Untuk mengelakkan sebarang kecederaan, Wellard memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa pantau keselamatan katil bayi.
Daripada ketinggian penyandang katil bayi hinggalah objek atau fabrik di dalam katil bayi pelru dipastikan selamat. Elakkan meletak mainan seperti patung, selimut dan apa-apa yang boleh membuatkan bayi lemas.
#3. Simpan objek dan jauhkan kabinet berat yang berpotensi untuk jatuh
Bayi dalam lingkungan usia 6 bulan sudah pandai berguling dan mengengsot, jadi segala objek yang boleh dicapai bayi juga kabinet yang berpotensi boleh jatuh perlu dijauhkan dari kawasan bayi berguling.
Untuk melihat daripada pandangan bayi, anda boleh meniarap seperti bayi dan lihat apa-apa objek yang boleh dicapai dalam kedudukan itu.
#4. Lindungi soket elektrik
Sekarang ini terdapat banyak item yang dijual untuk melindungi soket elektrik daripada terdedah begitu saja. Memandangkan bayi cukup tertarik dengan item berbahaya seperti ini (mungkin kerana mereka gemarkan suis elektrik) maka ibu bapa perlu melindungi barangan dan soket elektrik yang merbahaya buat bayi.
#5. Jauhkan objek kecil yang boleh buat bayi tercekik
Setiap ibu bapa patut alert dengan objek kecil yang boleh dicapai bayi, mereka akan memasukkannya dalam mulut tanpa kita sedari. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti ini berlaku, simpan segala objek kecil jauh atau ditempat tinggi. Lagi-lagi untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang lebih besar dan bermain permainanan seperti lego. Pastikan mereka simpan berjauhan dari adik kecil mereka.
Nak tahu besar mana objek yang boleh membahayakan bayi? Cuba ambil segulung tisu dan ambil bahagian penggulung itu, masukkan apa-apa objek, jika objek itu melepasinya dengan mudah, ia dianggap objek yang membahayakan bayi.
#6. Guna penghadang pada tangga
Tidak dinafikan kanak-kanak atau bayi memang suka bermain di tangga, walaupun mereka masih merangkak. Jadi penghadang tangga adalah satu keperluan penting!
#7. Pastikan tingkap dipasang alat keselamatan
Anak terjatuh dari tingkap sering berlaku tidak kiralah di rumah yang tinggi atau rendah. Jadi penting untuk anda pastikan keselamatan anak dengan memasang alat keselamatan pada tingkap. Jika boleh pasangkan gril keselamatan terutamanya di rumah pangsa atau kondominium.
#8. Kesihatan & keselamatan anak terjamin dengan Nippon Paint VirusGuard
Setiap hari anak-anak di rumah jadi pastikan anak anda bebas daripada menyentuh barangan yang mengandungi kimia dan tempat yang pembiakan virus. Dan tahu tak ibu bapa semua, dinding adalah bahagian rumah yang paling besar malah menjadi tempat hidup virus tanpa kita sedari. Ia juga sering disentuh lagi-lagi untuk kanak-kanak. Jadi penting untuk ibu bapa mengambil langkah cat dinding terutamanya di bilik anak-anak dengan Nippon Paint VirusGuard.
Nippon Paint VirusGuard adalah cat anti-virus pertama yang dihasilkan dan terbukti mampu melawan koronavirus manusia (strain 229E), H1N1 dan HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut).
Dengan menggunakan teknologi Ion Perak (Silver Ion Technology) yang mana merupakan antimikrobial dunia yang paling lama, ia berupaya melawan penularan mikro-organisma seperti virus, bakteria, kulat dan fungus. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan!
Bagaimana ia bertindak?
Ia akan bertindak dalam 6 jam selepas sapuan cat dilakukan. Selepas virus dan bakteria menyentuhi saja permukaan dinding yang dicat, Silver Ion akan bertindak memusnahkan membran sel dengan segera.
Dalam hanya 6 jam, virus serta bakteria akan mati.
Ia terbukti secara saintifik sebanyak 99.9% cukup efektif dalam melawan virus dan bakteria.
Dan ia akan kekal efektif sekiranya lapisan cat dijaga dengan baik.
Ada kebanyakan cat menawarkan cat dengan formula anti-bakteria, namun sebenarnya ia memberi keberkesanan yang berbeza. Cat anti-bakteria hanya mampu melawan bakteria.
Manakala Nippon Paint VirusGuard ini telah terbukti mampu melawan kedua-duanya iaitu bakteria dan virus!
Jangan lepaskan peluang!
Kini dengan setiap pembelian cat Nippon Paint VirusGuard anda berpeluang untuk mendapatkan *Nippon Paint Care Mask yang berharga RM19.90 secara percuma!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint VirusGuard klik di sini.
*Sementara stok masih ada.