Keselamatan di jalanraya pada musim perayaan

Walaupun kita sering diingatkan tentang keselamatan di jalanraya, masih banyak berita kemalangan ngeri yang kita dengar saban tahun terutamanya pada musim perayaan. Kali ini, kami kongsikan beberapa tips keselamatan jalanraya.

 

keselamatan di jalanraya

Setiap kali musim perayaan, pasti kita akan dihidangkan dengan pelbagai berita kemalangan jalanraya yang sungguh tragik dan mengerikan.

Pada 4 Ogos 2013, satu kemalangan maut di Alor Star telah meragut nyawa empat sekeluarga apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori ketika cuba memotong.

Pada 6 Ogos 2013 pula, seorang wanita berusia 50 tahun maut dilanggar lori sendiri oleh penyamun yang merompak lorinya ketika dalam perjalanan pulang selepas berniaga di pasar malam.

Sebelum itu, pada 31 Julai 2013, satu lagi kemalangan maut juga meragut nyawa empat sekawan apabila kenderaan MPV yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh pokok dan tiang lampu yang berada di pembahagi jalan.

Kes-kes di atas adalah antara ratusan dan mungkin juga ribuan kes kemalangan maut yang berlaku di tanah air kita saban tahun.

Maka, bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko kemalangan jalanraya yang bukan sahaja membahayakan diri kita sendiri, bahkan pengguna jalanraya yang lain juga, mari kita ikuti tip-tip keselamatan di jalanraya terutama di musim perayaan.

keselamatan di jalanraya

1. Rancang perjalanan anda

Ambil kira faktor-faktor seperti masa, cuaca, keadaan kenderaan dan keadaan fizikal anda sebelum memulakan perjalanan.

BERKAIT: Hari Raya ’round’ kedua: Jom balik kampung!

 

2. Jangan guna telefon bimbit atau lain-lain gajet komunikasi sewaktu memandu

Risiko anda melanggar kenderaan di hadapan anda meningkat menjadi 400% apabila anda menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu.

Sekiranya anda memang perlu menjawab deringan telefon yang bertalu-bertalu itu, atau terpaksa membuat panggilan, berhentilah di tempat yang selamat dan barulah gunakan telefon atau gajet anda itu.

BERKAIT: DWI – Driving while Intexticated

 keselamatan di jalanraya

3. Elakkan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat

Amalkan Peraturan 2-saat (2-second Rule).  Ini merupakan sebahagian daripada cara pemanduan defensif yang membolehkan anda mengagak sebarang kemungkinan kemalangan dan memberi masa dan jarak yang selamat untuk anda bertindak sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diigini terutamanya pada kenderaan di hadapan anda.

4. Pastikan selamat, baru memotong

Pada musim perayaan, jumlah kenderaan di atas jalanraya pasti bertambah dengan banyaknya. Oleh itu amat penting bagi anda memastikan bahawa keadaan adalah betul-betul selamat sebelum memotong agar tidak membahayakan kenderaan lain.

Pastikan anda mematuhi garis panduan keselamatan ketika ingin memotong. Jangan sekali-kali memotong jika anda ragu-ragu dengan keadaan sekeliling.

 

5. Penyamun jalanan

Anda mungkin mahir dan cekap menggunakan jalan pintas di kawasan yang anda lalui itu tetapi sekiranya anda memandu pada waktu malam, elakkan menggunakan jalan pintas yang sunyi dan gelap bagi mengurangkan risiko dirompak oleh penyamun jalanan yang mungkin sedang menunggu mangsanya di tepi jalan.

 keselamatan di jalanraya

Memandu pada waktu malam

Bagi anda yang gemar memandu di waktu malam, elok juga jika anda beri perhatian kepada tip-tip tambahan di bawah ini:

~ Sedari dan hormati hakikat bahawa pandangan kita adalah terbatas pada waktu malam. Anda perlu lebih berhati-hati kerana pada ketika ini, anda perlu bergantung kepada deria yang lain selain deria penglihatan semata-mata. Ini mungkin juga termasuk bergantung kepada ‘deria keenam’ anda!

~ Beri perhatian pada keadaan badan anda. Maklum  sajalah, waktu malam adalah waktu badan dan otak kita berehat. Oleh itu sekiranya anda mengalami tanda-tanda ‘mental shutdown’ seperti tidak sedar yang anda sedang memandu (keadaan yang dinamakan ‘mental auto-pilot’) atau sukar mengingat kembali perjalanan anda beberapa kilometer yang lalu, eloklah anda kerapkan berhenti bagi merehatkan minda anda yang letih itu.

~ Sekiranya anda telah menguap lebih daripada sepuluh kali dalam masa beberapa minit, itu tandanya anda sudah sangat mengantuk. Kalau boleh, jangan teruskan perjalanan. Carilah hotel atau rumah kawan untuk tumpang tidur dan sambung perjalanan keesokan paginya dengan badan dan minda yang segar.

BERKAIT: Driving safely during the school holidays