Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput - ikhtibar tentang keselamatan kanak-kanak di sekolah

lead image

Siapa sangka, gadis ini maut dalam tragedi kepala terbelah dek mesin rumput. Ibu bapa, anda pasti dengan keselamatan kanak-kanak yang patut anda buat?

Sehari sebelum Hari Kekasih, sebuah keluarga telah kehilangan seorang anak gadis kesayangan mereka kerana mesin potong rumput. Kes ini membuatkan kita terfikir, adakah kita benar-benar menjaga keselamatan kanak-kanak?

Tak kiralah sama ada keselamatan kanak-kanak di taska, sekolah mahupun rumah. Kemalangan ngeri seperti kes ini tidak sepatutnya berlaku dan ia sebenarnya boleh berlaku di mana-mana saja!

Keselamatan kanak-kanak: Gadis maut kepala terbelah dek mesin potong rumput

Mangsa tersebut bernama Nor Afini dan beliau baru saja berusia 14 tahun. Kemalangan ini berlaku di padang sekolah Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut saksi kejadian, operator mesin rumput itu sedang memotong rumput di padang sekolah sebelum tiba-tiba bilah pemotong dari traktor itu tercampak ke arah mereka.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/lawnmoweraccident.jpg Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput   ikhtibar tentang keselamatan kanak kanak di sekolah

Kredit: AsiaOne

Tiba-tiba, jeritan kedengaran! Nor Afini terjatuh dan kecederaannya parah. Laporan The Star mengatakan mangsa berada di padang sekolah untuk bersedia bagi upacara Hari Sekolah yang bakal berlangsung.

Hampir 50 kanak-kanak turut berada di padang itu. Seorang pelajar didapati mengalami kecederaan telinga, manakala beberapa pelajar lagi luka di bahagian belakang kepala.

Kejadian ini mengundang persoalan kepada ibu bapa: bagaimana keselamatan kanak-kanak di sekolah? Kenapa mesin potong rumput itu beroperasi ketika ada pelajar berhampirannya?

Penting menjaga keselamatan kanak-kanak dan persekitarannya

Kes yang tragik dan ngeri ini telah membuka mata kita tentang keselamatan kanak-kanak. Walau di mana mereka berada, bahaya boleh datang. 

Jadi demi menjamin betul-betul keselamatan kanak-kanak, lebih-lebih lagi anak kita, cuba elak meletakkan 6 benda ini berhampiran mereka.

Malang tidak berbau. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?

1. Mesin potong rumput

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/2499649175 7fe3d9da2b b.jpg Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput   ikhtibar tentang keselamatan kanak kanak di sekolah

Walaupun mesin itu tidak digunakan, ia tak sepatutnya diletak berhampiran kanak-kanak. Malah, jangan benarkan mereka bermain dengannya!

The American Academy of Orthopaedic Surgeons (AAOS) melaporkan, ramai mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak tercedera kerana menaiki mesin potong rumput!

Jika anda ingin menggunakan mesin ini, pastikan anda telah memeriksa bahagian belakangnya jika anda mengundur. Hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengguna mesin potong rumput.

Namun, itupun yang jenis tolak punya. Jangan bagi mereka naik traktor besar itu pula!

2. Vakum

Tempoh hari, ada kes di mana keselamatan kanak-kanak hampir terancam dek vakum. Kanak-kanak itu didapati melecur hingga ke tahap 4 degree semata-mata kerana vakum!

Jadi, ibu bapa jangan sesekali meninggalkan barang rumah yang boleh mengundang bahaya pada anak tanpa pengawasan. Dalam sekelip mata saja, malang boleh berlaku!

3. Treadmill

Treadmill atau mesin untuk berlari itu juga tidak kurang bahayanya! Jika anda memiliki peralatan ini di rumah, sila pastikan home gym anda itu khas sebagai zon TIADA BUDAK-BUDAK.

4. Pelurus rambut

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/baby boy touching electrical plug in the wall 844189534 5a1d9ae889eacc0037c6f98a.jpg Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput   ikhtibar tentang keselamatan kanak kanak di sekolah

Kredit: The Spruce

Satu lagi bahaya yang kita tidak sedar adalah pelurus rambut atau hair straightener. Alat ini boleh mencapai suhu tertentu dalam masa yang singkat.

Lagipun, ia akan tetap panas selama 15 minit walaupun selepas anda mencabut plugnya! Ada kes seorang bayi 10 bulan telah melecur kerana pelurus rambut ini!

Anda takkan menyangka bayi boleh merangkak (dengan cepat) lalu mencapai hair straightener yang panas.

5. Ketuhar

Ini satu lagi peralatan di rumah yang mampu mengancam keselamatan kanak-kanak! Ketuhar besar mungkin menyebabkan kanak-kanak lebih teruja nak tahu apakah ia. 

Lalu, mereka mungkin akan bermain di kawasan ketuhar. Ada yang sehingga masuk ke dalamnya tanpa ibu bapa sedar!

Jadi ibu bapa, jangan biarkan anak anda bermain di dapur ketika anda tengah masak, ya. Kita tidak tahu kadang-kadang apa yang boleh berlaku jika kita teralih perhatian sekejap.

6. Alat cucian untuk rumah

Begitu juga dengan peralatan pencuci yang diguna untuk mencuci rumah atau tandas. Peluntur dan sabun sepatutnya disimpan berjauhan dari anak-anak. 

Cuba simpan di dalam kabinet dapur yang tinggi. Ataupun, letak pelekat di kabinet hingga anak akan susah untuk membukanya. Apa yang penting, jangan bagi anak-anak kacau kabinet ini. 

Pada pendapat anda, apa lagi bahaya yang tidak dijangka untuk anak-anak? Kongsikan ia agar lebih ramai ibu bapa sedar mereka perlu lebih peka dengan keselamatan kanak-kanak.

 

 

Kredit gambar: WORLD OF BUZZ

Sumber rujukan: Channel News AsiaStomp: Straits Times, The Star

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!