Selalunya bila kita bercakap mengenai kehamilan, apakah benda pertama dalam fikiran ibu-ibu? Betul tak, kalau ramai yang membayangkan perubahan fizikal, perlu makan untuk dua orang, atau emosi yang naik turun. Tetapi ada satu perkara yang ibu-ibu selalu terlepas pandang dan jarang beri perhatian pada bahagian tubuh ini. Apa agaknya?
Kata orang, kesihatan yang baik bermula dari dalam perut. Tahukah para ibu bahawa apa sahaja makanan yang kita makan bukan sahaja beri kesan kepada diri kita tapi juga kepada si kecil yang sedang membesar dalam kandungan. Sebab itulah, kesihatan usus ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam tempoh kehamilan ibu.
Untuk perkongsian kali ini, kita akan membincangkan tentang bagaimana usus yang sihat boleh bantu tingkatkan imuniti ibu dan secara tidak langsung, bantu kesihatan bayi juga.
Jom kenali dunia kecil dalam perut kita
Bercakap mengenai perut, sebenarnya ramai tak tahu bahawa dalam tubuh kita ada satu komuniti trilion bakteria baik yang menjaga kita dari dalam usus dan dikenali sebagai mikrobiom usus. Jadi apa fungsi bakteria baik ini dalam menjaga kesihatan usus kita? Pertama, ia membantu menghalang pertumbuhan berlebihan bakteria jahat (patogenik) yang boleh mengakibatkan masalah pencernaan. Bila bakteria jahat terlalu banyak, mudahlah kita mengalami masalah seperti sakit perut, perut kembung, cirit-birit dan lain-lain.
Selain itu, usus yang sihat ni juga boleh bantu tingkatkan kekebalan tubuh ibu tau! Bukan setakat membantu proses penghadaman makanan sahaja. Malah, risiko penyakit pun berkurangan bila usus ibu ‘happy’!
Nak tahu sesuatu yang istimewa? Bayi dalam kandungan pun dah mula berkenalan dengan mikroorganisma ni sewaktu berada dalam perut ibu, melalui plasenta dan seterusnya ketika dilahirkan. Sememangnya kesihatan usus yang baik adalah amat penting bukan sahaja untuk si ibu tetapi juga untuk perkembangan awal sistem imun bayi.
Kenapa Usus Ibu Jadi Kunci Imuniti Bayi
Terdapat lebih 70% sel imun badan manusia terletak di saluran usus. Fungsi utamanya adalah sebagai barisan hadapan perlindungan tubuh daripada jangkitan dan penyakit.
Jadi, mengapa perkara ini penting untuk ibu hamil? Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa usus ibu bekerja dengan lebih keras sepanjang kehamilan bukan sahaja untuk melindungi tubuh ibu tapi juga untuk memberi ruang selamat kepada si kecil yang berada di dalam rahim.
Kehamilan bukan saja membawa perubahan pada fizikal ibu, tapi turut mengubah keseimbangan mikrobiom dalam tubuh. Bila hormon naik turun, emosi terganggu, atau pola pemakanan berubah, komuniti kecil bakteria baik dalam usus pun turut terkesan.
Apa yang menarik, mikrobiom ini bukan sekadar untuk kesihatan ibu sahaja, tetapi ia juga akan diwarisi oleh si kecil sejak dalam kandungan lagi, sewaktu kelahiran, dan juga semasa penyusuan. Ia menjadi asas penting kepada sistem imun bayi, tahap rintangannya terhadap alahan, dan juga bagaimana tubuhnya memproses makanan sepanjang hayat.
Dengan kata lain, menerusi penjagaan usus yang baik semasa kehamilan, ibu-ibu sebenarnya sedang membentuk asas kesihatan anak untuk jangka masa yang panjang.

4 Rahsia Usus Sihat Ibu Hamil
Jadi apa sebenarnya rahsia untuk membantu menjaga kesihatan usus ibu ini sewaktu hamil? Terdapat 4 cara mudah yang boleh para ibu amalkan bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan usus yang baik. Bukan sahaja ibu boleh mendapat manfaatnya tetapi ianya juga untuk si manja yang berada dalam kandungan.
- Banyakkan bergerak
Perkara ini nampak seperti perkara asas tetapi gaya hidup aktif adalah penting untuk menjaga kesihatan usus ibu sepanjang tempoh kehamilan. Bergeraklah walaupun perlahan kerana ia boleh merangsang sistem penghadaman dan membantu pergerakan usus dengan lebih lancar. Dengan amalkan gaya hidup aktif, ibu boleh mengurangkan risiko sembelit dan gangguan usus lain.

Tak tahu aktiviti apa yang boleh ibu lakukan? Mudah sahaja. Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan sewaktu kehamilan walaupun dalam tempoh 20 ke 30 minit sehari pun boleh beri banyak faedah tau kepada ibu seperti kurang stres, dan hormon yang stabil dalam badan ibu.
- Rehat dan tidur yang cukup
Tidur dan rehat yang cukup boleh membantu ibu mengurangkan keradangan dalam badan. Tahukah anda apakah akibat apabila ibu-ibu kurang tidur? Badan ibu boleh rasa tertekan tanpa ibu sedar. Tekanan ini sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Bila keseimbangan tu terganggu, sistem imun pun jadi kurang kuat, perut mudah rasa tak selesa, dan badan pun cepat rasa letih. Ibu hamil juga cenderung mengalami gangguan emosi seperti kemurungan, masalah tumpuan dan ingatan, serta mungkin bergantung kepada ubat tidur. Kesemua ini boleh beri impak kepada bayi dalam kandungan. Jadi ibu-ibu ingat tau untuk dapatkan rehat dan tidur yang cukup sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 ke 9 jam. Barulah badan ibu tidak rasa stres.
- Amalkan makanan tinggi serat
Pemakanan yang baik dan seimbang semestinya menjadi penyumbang kepada kesihatan usus yang baik. Mungkin ada dalam kalangan ibu yang tidak tahu jenis makanan apa yang sesuai untuk bantu usus kekal sihat. Pertama, amalkan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran hijau serta buah-buahan segar. Sebagai contoh, epal, betik, atau pisang, kekacang, bijirin penuh, dan juga pelbagai jenis ubi.

Serat membantu melancarkan sistem penghadaman dan menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus. Bila usus gembira, badan ibu pun jadi lebih sihat! Selain itu, jangan lupa kekal hidrasi dengan minum air secukupnya dan kurangkan makanan tinggi gula dan lemak. Semua ini membantu mikrobiom usus kekal seimbang dan sihat, sekali gus menyokong imuniti semasa kehamilan.
- Amalkan probiotik dalam diet harian sewaktu kehamilan
Para ibu mungkin sudah biasa mendengar tentang probiotik. Ia adalah sejenis bakteria baik yang hidup secara semula jadi dalam sistem pencernaan manusia. Oleh itu, pengambilan probiotik secara konsisten sangat penting untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik dan menjaga keseimbangan bakteria baik di dalamnya.
Probiotik boleh didapati dalam bentuk makanan seperti tempe, tapai, kimchi dan minuman susu kultur. Nak amalkan pengambilan probiotik dengan mudah untuk menjaga usus? Anda boleh memilih minuman susu kultur seperti VITAGEN, yang berkesan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam saluran pencernaan anda.

VITAGEN bukan sekadar minuman sedap dan digemari rakyat Malaysia. Ia sebenarnya minuman susu kultur yang kaya dengan probiotik, dengan berbilion kultur hidup dalam setiap botol! Diformulasikan dengan dua strain hebat iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei, ianya telah terbukti secara klinikal memberi manfaat seperti membantu meningkatkan kesihatan usus supaya sistem penghadaman lebih lancar, menyokong sistem imun badan jadi lebih kuat dan membantu meningkatkan hormon serotonin (hormon gembira) supaya mood ibu lebih baik dan turut kurangkan stres! Keberkesanan probiotik didalam setiap botol VITAGEN terhadap kesihatan sistem pencernaan dan imuniti turut disokong oleh kajian klinikal dari Kumpulan Penyelidikan GUT, UKM.
Jadi tunggu apa lagi ibu-ibu? Mulakan rutin harian dengan amalkan minum susu kultur yang kaya dengan probiotik seperti VITAGEN. Ia adalah minuman susu kultur pertama dan No.1 di Malaysia sejak 1977, yang dipercayai dan pilihan utama rakyat Malaysia hampir 50 tahun. Diformulasi dengan jus buah sebenar dan ada juga rangkaian kurang gula, memang sedap dinikmati setiap hari serta membantu menjaga kesihatan usus untuk kebaikan ibu dan juga si manja dalam kandungan!
Jom dapatkan VITAGEN segera dengan melayari laman web ini.
Rujukan:
American Academy of Sweet Medicine. (2023). Pregnant Women: Good Sleep is One of the Best Ways to Assure a Healthy Baby. Taken from https://aasm.org/pregnant-women-good-sleep-is-one-of-the-best-ways-to-assure-a-healthy-baby/
Larastining Retno Wulandari (2023). Apa Itu Mikrobiota Usus? Kenali Peran Pentingnya untuk Tubuh. Taken from Hello Sehat from https://hellosehat.com/pencernaan/mikrobiota-usus/
March Ashley (2021). Is It Safe to Walk for Exercise in Every Trimester of Pregnancy? Healthline. Taken from https://www.healthline.com/health/pregnancy/walking-during-pregnancy
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!